My dear friends
Let us share what Datuk Dr. Fadzilah Kamsah used to say:
' Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '..
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luarbiasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... '
Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ' DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
2. Adakala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanyalebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kitadi lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalahlebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi man usia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebihbaik...adakah dengan merasakan itu kita seme man gnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dantingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerjamembantu te man -te man yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw katakhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
Renungilah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
'mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'
No comments:
Post a Comment