Thursday, May 13, 2010

[ thursday thought ]

Terkaget seketika ~~~
dapat email tentang 'Facebook dan dosa-dosa'
lebey kurang begini laaa citer email nie ~~~

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan,
melarang kemungkaran melalui facebook.
Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya
yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut
kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang
boleh mengundang dosa terlalu banyak,
namun di kesempatan ini,
cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara
langsung atau tidak langsung, pemilik facebook
meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah
terhadap pasangan di ruang status mereka.
Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook.
Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta,
pinggan, perabot, baju, dan macam-macam
lagi melalui status mereka. Kemudian,
status tersebut mendapat komentar pelbagai
dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist
di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita
suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka
kepada orang lain sebagai pelepas
kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin
bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya,
bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau
untuk mencari penyelesaian.
Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong
dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam.
Semua perlu memahami bahawa mereka tidak
boleh sewenangnya bercerita perihal
rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka
sama ada melalui facebook atau kepada
rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah
yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya,
hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada
seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa,
mertua dan adik beradik yang diyakini boleh
berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.
Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak
ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama
ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh
mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN
sama sekali disebarkan melalui facebook.
Apabila ia dilakukan,
ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak
secara langsung mengaibkan pasangan,
tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca'
dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik
sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya.
Ada juga yang difahami,
suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya,
bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya.
Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah,
jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah,
berikan suami dan isteri and password facebook anda,
[ sehingga kini my skandal sentiasa pantau FB dee]
agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej
yang dihantar kepada anda.
Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak
dan memadam (delete) mana yang perlu jika
dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah
mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi
lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan
dan pujian terhadap kecantikannya.
Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka,
sama ada jarak dekat, sangat dekat
( sehingga memenuhi ruang kotak gambar)
dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).
Ditambah pula lagi dengan gaya , aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka
sudah bersuami dan kelihatan suami mereka
memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan
gambar sedemikian kepada khalayak,
tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin.
Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya,
sebahagiannya memberikan pujian,
malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu
mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika,
kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu
(seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami)
tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,
si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri
dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat
dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan.
Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun,
ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia
termasuk dalam kategori larangan Allah
‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang,
ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek
kerana gambar isteri terdedah aurat
( atau menutup aurat kurang sempurna)
ditayang sehabisnya di facebook.
Baca perihal ciri lelaki dayus di sini
( http://www.zaharudd in.net/index. php?option= com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend
dan seterusnya mendapat maklumat wanita.
Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang
kerana tidak diluluskan menjadi
‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat
kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut.
Bagi membolehkannya mendapat akses,
terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita,
meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh
dijumpai secara mudah tertebaran di internet,
diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu,
lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh
gambar wanita terbabit dan berbuat
apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat
kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya,
rupanya masih terdedah gambarnya kepada
yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu,
walau anda hanya membenarkan friend untuk
menatapi gambar anda, pastikan semua gambar
tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan

Dimaklumkan juga,
akibat dek kerana gambar wanita yang
terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati
buas yang memuat turun gambar tersebut
dan disimpan sebagai koleksi peribadinya.
Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan
Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan
ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat
perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya,
golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah
menjaja gambar mereka untuk mendapat
lebih banyak pujian dan ...'DOSA'.
Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda,
cukuplah ia buat tatapan suami.
Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda.
Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan
bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri?
Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan
sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain,
kerana boleh wujud gejala suami yang
membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya.
Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar
merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan
gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan.
Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini.
Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa
penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend'
menyebarkan gambar-gambar lama,
dan kemudian meletakkan tagging kepada individu
di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag',
akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit
mungkin dahulu tidak menutup aurat,
tetapi kini telah menutup aurat.
Justeru penyebaran gambarnya yang tidak
menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah,
bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu
sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau
di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan
sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat.
Gambarnya yang sedemikian tersebar.
Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete
'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia
tidak mempunyai sebarang pengenalan.
Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu
yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya,
sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka
boleh ‘untagged' nama mereka.
Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun,
penyebaran gambar sedemikian tetap salah
dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain.
Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat,
tetapi dalam situasi mengaibkan.
Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya
kerana dia dalam keadaan baik dan bagus.
Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan,
tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang'
yang terhormat, punyai kedudukan
baik di mata masyarakat,.
Apabila gambar sedemikian disiarkan,
ia mencemar nama baiknya.
Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara
langsung di khalayak ramai, sama ada
sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda
mungkin bebas menyiarkan gambar anda,
namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi
terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita
berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra
caution dalam bab aurat sewaktu zaman
universiti atau sekolahnya. Namun sesudah
masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya
berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas
menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya,
yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya
tidak sempurna dan macam-macam lagi.
Alasannya? Seribu satu macam.
Suami pula mungkin bukan dari jenis
yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar
lamanya yang berpakaian extra caution
lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama.
Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu
dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada
secara langsung atau tidak langsung.
Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem',
‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci',
'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah
tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya,
ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri,
apabila berkata zaman solehah,
bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah,
tidak suci dan sebagainya?.
Demikian juga ayat-ayat lain di atas.?
Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu.
Ingatlah wahai diri,
jika tidak mampu istiqamah atas pakaian
dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya.
Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik,
seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN


Itulah facebook,
ia boleh menjadi sumber pahala,
jika diguna dengan betul,
boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi.
Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama,
sekolah dan sebagainya tidak sama sekali
boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan
senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki
dan wanita yang bukan mahram.
Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan
dan keruntuhan rumahtangga.
Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa
kepada ingatan kepada Allah,
mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran.
Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah
sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

~~~ timbul rasa bersalah terhadap my skandal... bukan sebab yang tak patut
tapi keinsafan datang sendiri...gambar ku di privated kan ~~~



No comments: