Showing posts with label email. Show all posts
Showing posts with label email. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

TANDA AWAL TSUNAMI YANG TIDAK DISEDARI

makin hari makin banyak spekulasi atau omongan kosong tentang tsunami yang melanda Jepun pada Jumaat lepas.. bukan saje akhbar tabloid, malah disekeliling dee sana sini kecoh menceritakan perihat bencana tersebut.. entry dee bukan bebelan yang tak pasal-pasal nak salah kan orang sana sini, sebab dee jugak ORANG kan? muahahaha ~~ maap gelak sekejap! 

email jugak tak lepas dari alkisah nya tsunami... lepas sorang ke sorang memforwardkan email pada kengkawan! Dee tak mo forward email just tepek kat blog je.. Okeh, let' share..



Satu kejadian anih telah berlaku dipantai Acapulco, Mexico beberapa hari sebelum ini...Orang ramai yg datang ke pantai itu merasa agak hairan dan mereka berebut rebut menangkap ikan dengan tangan yg terlalu banyak menghampiri tepi pantai.


Ribuan ikan sardin, ikan-ikan bilis dan anak anak ikan tenggiri berkumpulan merapati sepanjang pantai tempat peranginan Mexico itu. Baru kini orang orang yg hadir itu berfikir dan mempercayai bahawa apa yg menjadi adalah berkait dengan tsunami yg melanda Jepun kelmarin
Nelayan-nelayan amat gembira dan sebuk dengan motorbot-motorbot kayu nya, meninggalkan jaring-jaring yg mereka guna dan mereka hanya mengaut ikan ikan dengan baldi sahaja.
Beberapa pakar percaya fenomena secara langsung adalah berkaitan dengan tsunami yg berlaku diJepun. Nelayan-nelayan menyifatkan fenomena pelik ini dan arus luar biasa mempunyai kaitan kejadian tsunami yang meranapkan sebahagian dari Negara Jepun. Nelayan-nelayan di Acapulco mengatakan mereka tidak pernah melihat kawan ikan yg sebegini banyak berada berhampiran gigi air dimana mana pantai sekali pun.


Monday, January 31, 2011

Chewing gum is a banned stuff In Singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.

Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore

Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang!

Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapora?

**macam sengalkan? hikhik~~

Monday, January 10, 2011

after 30 years...


Kesian dia.. Tadi dee terbaca kisah mamat berkulit hitam ni dalam email.. Selepas 30 tahun meringkuk dalam penjara, tinggal dalam sel berjeriji besi kelam tanpa cahaya, dipukul banduan lain, keluarga dihina dan hilang kasih sayang manusia lain, kini selepas 30 tahun baru dia dibuktikan tidak bersalah.

Bukan 3 minggu, bukan 3 bulan, bukan 30 bulan tapi 30 tahun terkurung di penjara!! Paris Hilton yang dipenjarakan 3 hari pada 1997 pun menangis terisak-isak bila dihukum, apa lagi jika dihukum 30 tahun, agaknya dia pengsan dan terkencing dalam seluar...

Kejamnya dunia...30 tahun tersiksa menanggung hukuman atas suatu kesalahan yang tak pernah dilakukan...kejamnya manusia...kejamnya Yang Arif Tuan Hakim yang sebenarnya tak arif ketika menjatuh hukuman.

30 tahun lalu (tahun 1980), Cornelius Dupree yang ketika itu berusia  baru 20 tahun dihukum penjara selama 75 tahun oleh sebuah mahkamah di Dallas, Amerika Syarikat atas tuduhan merogol seorang wanita pada 1979 . Tapi selepas melalui ujian DNA baru-baru ini, pihak pendakwaraya mendapati dia tidak bersalah.

Selepas 30 tahun tersiksa dalam jerejak besi, barulah dia mendapat keadilan dan dibebaskan dari penjara Isnin lepas. Baca selanjutnya kat sini...

Itu di Amerika. Bagaimana pula di Malaysia, apakah hakim-hakim Malaysia lebih bijak dari hakim-hakim Amerika yang selalu dipuji sangat bijak itu?

Hakim adalah manusia. Sebagai manusia mereka juga punya emosi yang berbeza setiap hari, setiap saat. Sebagai manusia mereka juga seperti manusia lain kadang-kadang demam, sakit perut, marah, naik angin, tenang dan pelbagai lagi sifat yang boleh mempengaruhi penghakiman mereka. Dan kerana mereka manusialah kadang-kadang hukuman yang dijalankan dilihat tidak adil: mereka yang tidak bersalah dihukum kononnya kerana ada kes prima facie yang kukuh manakala yang lain, kerana kebijaksanaan peguam bela dilepaskan dari hukuman, walaupun dia memang bersalah. Apabila ini berlaku, lalu yang tak bersalah masuk penjara, yang bersalah pula meneruskan jenayahnya.

Dalam kes Cornelius, nasib baik juga dia cuma dihukum penjara 30 tahun, tapi jika dia telah dihukum gantung? Jika dia telah dihukum gantung, bagaimana hakim berkenaan akan meminta maaf kepada mayatnya yang telah lama mereput di dalam kubur itu??

Kerana ramai hakim tak berlaku adillah agaknya mengapa hadis Nabi ada menyatakan bahawa dua pertiga atau majoriti hakim akan masuk neraka:

” Ada tiga jenis Hakim.Dua Hakim masuk neraka dan satu lagi masuk syurga. Hakim yang masuk syurga ialah hakim yang mengetahui hukum (peraturan) yang haq (benar) kemudian memberi keputusan dengan hukum tersebut. Sedangkan Hakim yang masuk neraka ialah : 1) Hakim yang mengetahui hukum yang sebenar tetapi  sengaja membuat keputusan yang salah; 2) Hakim yang tidak mengetahui hukum yang sebenar, kemudian membuat keputusan salah disebabkan kelalaiannya itu.” ( Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi).

Didunia ini, hakim-hakim ini boleh menunjukkan kuasanya, memasukkan orang ke penjara, menyebat mereka atau membawa masuk leher banduan ke tali gantung, tapi di akhirat nanti hakim-hakim curang ini akan menerima hukuman setimpal dari Allah kerana kelalaian mereka menjatuhkan hukuman di dunia...

Sunday, October 31, 2010

[Ada apa dengan 26?]

Salam ari minggu~~
semalam seharian di Majlis Konvokesyen my son's -- Fitri Daniel! tak berkesempatan untuk berblogging! haiishhh... buka jerk email berlambak info.. gossip dan macam-macam lagikss! rasanya email bertajuk APA YANG ADA PADA TARIKH 26 memang patut di kongsi bersama! jom baca~~ mari bermuhasabah diri!

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Bencana Tahun 1500-2000:

26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan 26.? Ternyata..dalam Al-quran, jus 26 surat asy-syu'ara yang didalamnya pengertian tentang azab Allah... Subhanallah

Photobucket

Friday, October 29, 2010

[nenek ooh nenek]


apabila usia emas terpaksa bekerja macam nie laa keadaannya.. tanpa pengetahuan mengenai IT yang kureng dan tak ambek tau langsung dan mungkin jugak malu bertanya [walopun nanti sesat jalan] tak pe... jenis nenek rock! kasi redah baeek punya~~ kelakar pixa nenek nie kan?
ayoorrrk! padam guna liquid di desktop? huh~~
Photobucket

Monday, June 28, 2010

[ ilmu Palmistry ]

sekadar ingin berkongsi info ngan korang~~~ hikhikhik... baru sehari gap updated blog [disengajakan] dah rasa cam bertahun-tahun lamanya... suka ati korang nak cakap dee tak de story nak post atau apa... tapi kan entry yang dee pos ari nie sangat menarik~~ tentang garis tangan yang mencerminkan perjalanan idop seseorang... wah, bley caye ke nie? perkara macam nie tak bley nak percaya, sebagai umat Islam kena percaya kepada qada' dan qadar Allah swt, okeh? tapi tak salah nak share info ilmu Palmistry~~~

Palmistry seperti layaknya astrologi di perbintangan, adalah salah satu metode dilengkapi referensi tertentu untuk membaca nasib berdasarkan garis tangan. Sekali lagi, Anda boleh percaya atau tidak - tapi ingat selalu - serahkan semuanya kepada yg di Atas, niscaya segala sesuatunya akan diberikan yang terbaik kepada Anda.
Ilmu ini percaya bahwa beberapa garis yang ada dalam telapak tangan merupakan kondisi dari beberapa pusat otak. Itu merupakan cerminan dari pikiran bawah sadar yang membentuk garis-garis tersebut. Karena garis tersebut mewakili pikiran kita, mereka terus menerus berubah, dalam menjaga harmonitas antara pikiran dan juga sikap kita yang dinamis dan terus berubah. Artinya sikap positif yang kita miliki akan berdampak pada garis lurus yang memiliki arti baik, sedangkan pikiran negatif membuat efek sebaliknya. Maka itu banyak sekali wejangan yang beredar dalam masyarakat kita untuk terus menjaga pikiran positif, dalam arti kata sebenarnya dapat mempengaruhi jalan nasib seseorang.

Sebahagian orang percaya bahwa garis tangan berhubungan dengan nasib dan watak seseorang. Menurut mereka, tangan merupakan ujung dari jutaan sel saraf yang berhubungan langsung dengan otak. Di daerah tanganlah terjadi lalu lintas impuls dua arah, ke otak dan dari otak. Dari segi kesehatan lalu lintas impuls saraf tersebut sering di jadikan media untuk pengobatan, misal pijit atau urut. Dipercaya, dari telapak tangan semua penyakit bisa disembuhkan minimal dikurangi.




1. Garis Korset Venus
- Tidak ada garis, Kepribadian yang terkendalai baik, tenang.
- Bertanda jelas, Emosional berlebihan, membutuhkan sesuatu yang merangsang dan variasi
- Pendek, Amat menyadari perasaan orang lain
- Kabur atau putus-putus, Terlalu sensitif
- Memotong garis nasib dan garis matahari, Jenaka, berbakat
- Berakhir pada bukit Merkuri, Mempunyai cadangan tenaga yang besar, tetapi mempunyai kecendrungan menjadi ekstrem
- Menelusuri sisi tangan, bukan berbentuk setengah lingkaran, Bimbang, gentar.

2.
Via Lasciva (Bima Sakti)
- Lurus, Gelisah, mudah bosan
- Lurus dan panjang, mencapai bukit Merkuri, Pembicara yang Fasih perihal moralitas yang meragukan
- Melengkung, Orang yang memusuhi dirinya sendiri
- Melengkung dan berawal di dalam bukit Venus, Menanggapi segala hal berlebihan. Orang yang mudah kecnduan - candu, alkohol dsb.
- Garis cabang mencapai garis matahari, Berbakat menjadi orang yang kaya jika garis-garis tesebut tidak benar-benar bersentuhan. Kerugian keuangan sebagai akibat suatu hubungan (misal penyelesaian perceraian yang mahal) jika garis itu bersilang.

3.
Rascettes (Gelang)
- Paralel dan jelas, Kehidupan yang sehat, sejahtera, panjang dan damai.
- Bagian atas seperti rantai, Kehidupan yang berbahagia setelah mengalami kesulitan
- Bagian atas melengkung ke dalam telapak tangan paa tangan wanita, Mungkin mengalami kesulitan ketika melahirkan.
- Garis dari bagian atas ke arah bukit Jupiter, Perjalanan yang panjang dan menguntungkan.
- Garis dari bagian atas ke arah bukit matahari, Perjalanan ke negara beriklim panas
- Garis dari bagian atas ke arah bukit Merkuri, Kekayaan mendadak.
- Garis dari bagian atas ke arah bukit bulan, Setiap garis mewakili sebuah perjalanan

4.
Hepatica (Garis Kesihatan)
- Tidak ada garis, Keadaan fisik yang kuat dan sehat
- Terukir dalam, Daya tahan tubuh rendah
- Bergelombang, Masalah pencernaan
- Kabur, Stamina kurang
- Menyentuh garis kehidupan, Memerlukan perawatan kesehatan ekstra pada saat itu.

5.
Garis Mars (Garis Kehidupan Dakhil)
Jika ada, dapat bertahan pada saat terserang penyakit atau bahaya.

6.
Garis Perkahwinan
- Terlihat jelas, Perkawinan atau hubungan akrab. Jumlah garis dianggap mengindikasikan jumlah hubungan.
- Tidak tampak jelas, Tidak garis mengindikasikan ikatan romantis yang tidak terlalu penting
- Panjang dan lurus, Hubungan yang lama dan bahagia
- Terputus, Perceraian atau perpisahan
- Garis terputus saling tindih, Berkumpul kembali setelah berpisah, mungkin menikah kembali dengan orang yang sama.
- Garis Ganda, Hubungan dengan dua orang pada saat bersamaan, kedalaman relatif dari hubungan ini diindikasikan dengan kuatnya garis.
- Melengkung ke bawah, Berusia lebih panjang dari suami (istri)
- Melengkung kuat ke atas ke arah dasar jari kelingking, Tidak menikah tetapi tidak selibat.
- Melengkung ke atas ke arah garis matahari, Perkawinan dengan orang terkenal atau kaya jika garis-garis tersebut tidak benar-benar bersentuhan. Jika berpotongan, perkawinan tersebut tidak bahagia.
- Berawal dengan bentuk garpu, Penundaan atau frustasi pada awal hubungan.
- Berakhir dengan bentuk garpu, Perceraian atau perpisahan
- Terpotong garis yang berasal dari dasar jari Merkuri, Kebaikan dari suatu hubungan.
- Terpotong korset Venus, Perkawinan yang tidak bahagia, pasangan hidup yang rewel

7.
Garis Anak
- Jika ada, Garis-garis tersebut bersumber dari dasar jari Merkuri ke arah garis perkawinan. Jumlah garis dianggap mengindikasikan jumlah anak; garis yang lebih kuat menunjukkan anak laki-laki sedangkan yang lebih lemah anak wanita.

~~~
Sesuai kah garis tangan korang dengan keterangan di atas? hanya korang yang tahu.. believed or not ! whoops~ jangan terlalu taksub ngan ilmu berikut okeh! dee rasa info nie datangnya dari negara Indonesia bila melihat pada ayat-ayatnya~

Photobucket

Tuesday, June 8, 2010

[sos ba alif ba ya]


nak cerita lagi~~~
email diterima...sumber email lagi...
bagus gak selalu cek email ni kan? hehehe...

ceritera tentang sos prego ~~ alaa...sos spaghetti tuu...
begini laa alkisahnya~~

Orang kita bab makan …….makan dulu tgk kemudian……
En Anuar ingin memesan kepada kita semua andainya anda membeli
sos tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc.
Anak en. anuar nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya
semua cukup, isteri en.anuar pun masakkanlah.
Bila speghetti dah selesai dimasak, anak en.anuar, Kamal pun bertanya,
"umi, daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?"
Si abang Salim pun jawab
"rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin."

Anak en.anuar, Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat
spegetti Umi masak dan kebetulan pula memang favouritenya,
en.anuar cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu beliau sauce
speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi
yang ini lain sedikit.....

en.anuar pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama
Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..
Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa
mual macam
orang hamil. Tiba-tiba terlihat
INGREDIENTS: tomato,bla-bla, bla-bla.. ... ... pork minced

meat!
Astaghfirullaahalaz iim..............
isteri en.anuar masak speghetti dan sosnya mengandungi babi.
Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat
kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali en.anuar
buang.. Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.
Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients
sebelum membeli. en.anuar kira sauce tomato manalah ada taruh daging
babi........
kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat
REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi?
40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZ IIM.
Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, en.anuar nak bersihkan
perut
yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan
mual.
Taubat tak nak masak spegetti lagi.

erm...cam tuu laa story en.anuar tuu...
risau pulak ngan pemakanan dizaman skarang nie~~~

Thursday, May 13, 2010

[ thursday thought ]

Terkaget seketika ~~~
dapat email tentang 'Facebook dan dosa-dosa'
lebey kurang begini laaa citer email nie ~~~

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan,
melarang kemungkaran melalui facebook.
Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya
yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut
kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang
boleh mengundang dosa terlalu banyak,
namun di kesempatan ini,
cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara
langsung atau tidak langsung, pemilik facebook
meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah
terhadap pasangan di ruang status mereka.
Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook.
Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta,
pinggan, perabot, baju, dan macam-macam
lagi melalui status mereka. Kemudian,
status tersebut mendapat komentar pelbagai
dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist
di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita
suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka
kepada orang lain sebagai pelepas
kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin
bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya,
bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau
untuk mencari penyelesaian.
Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong
dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam.
Semua perlu memahami bahawa mereka tidak
boleh sewenangnya bercerita perihal
rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka
sama ada melalui facebook atau kepada
rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah
yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya,
hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada
seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa,
mertua dan adik beradik yang diyakini boleh
berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.
Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak
ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama
ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh
mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN
sama sekali disebarkan melalui facebook.
Apabila ia dilakukan,
ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak
secara langsung mengaibkan pasangan,
tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca'
dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik
sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya.
Ada juga yang difahami,
suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya,
bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya.
Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah,
jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah,
berikan suami dan isteri and password facebook anda,
[ sehingga kini my skandal sentiasa pantau FB dee]
agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej
yang dihantar kepada anda.
Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak
dan memadam (delete) mana yang perlu jika
dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah
mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi
lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan
dan pujian terhadap kecantikannya.
Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka,
sama ada jarak dekat, sangat dekat
( sehingga memenuhi ruang kotak gambar)
dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).
Ditambah pula lagi dengan gaya , aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka
sudah bersuami dan kelihatan suami mereka
memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan
gambar sedemikian kepada khalayak,
tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin.
Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya,
sebahagiannya memberikan pujian,
malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu
mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika,
kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu
(seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami)
tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,
si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri
dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat
dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan.
Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun,
ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia
termasuk dalam kategori larangan Allah
‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang,
ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek
kerana gambar isteri terdedah aurat
( atau menutup aurat kurang sempurna)
ditayang sehabisnya di facebook.
Baca perihal ciri lelaki dayus di sini
( http://www.zaharudd in.net/index. php?option= com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend
dan seterusnya mendapat maklumat wanita.
Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang
kerana tidak diluluskan menjadi
‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat
kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut.
Bagi membolehkannya mendapat akses,
terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita,
meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh
dijumpai secara mudah tertebaran di internet,
diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu,
lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh
gambar wanita terbabit dan berbuat
apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat
kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya,
rupanya masih terdedah gambarnya kepada
yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu,
walau anda hanya membenarkan friend untuk
menatapi gambar anda, pastikan semua gambar
tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan

Dimaklumkan juga,
akibat dek kerana gambar wanita yang
terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati
buas yang memuat turun gambar tersebut
dan disimpan sebagai koleksi peribadinya.
Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan
Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan
ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat
perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya,
golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah
menjaja gambar mereka untuk mendapat
lebih banyak pujian dan ...'DOSA'.
Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda,
cukuplah ia buat tatapan suami.
Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda.
Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan
bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri?
Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan
sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain,
kerana boleh wujud gejala suami yang
membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya.
Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar
merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan
gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan.
Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini.
Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa
penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend'
menyebarkan gambar-gambar lama,
dan kemudian meletakkan tagging kepada individu
di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag',
akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit
mungkin dahulu tidak menutup aurat,
tetapi kini telah menutup aurat.
Justeru penyebaran gambarnya yang tidak
menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah,
bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu
sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau
di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan
sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat.
Gambarnya yang sedemikian tersebar.
Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete
'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia
tidak mempunyai sebarang pengenalan.
Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu
yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya,
sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka
boleh ‘untagged' nama mereka.
Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun,
penyebaran gambar sedemikian tetap salah
dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain.
Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat,
tetapi dalam situasi mengaibkan.
Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya
kerana dia dalam keadaan baik dan bagus.
Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan,
tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang'
yang terhormat, punyai kedudukan
baik di mata masyarakat,.
Apabila gambar sedemikian disiarkan,
ia mencemar nama baiknya.
Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara
langsung di khalayak ramai, sama ada
sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda
mungkin bebas menyiarkan gambar anda,
namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi
terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita
berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra
caution dalam bab aurat sewaktu zaman
universiti atau sekolahnya. Namun sesudah
masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya
berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas
menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya,
yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya
tidak sempurna dan macam-macam lagi.
Alasannya? Seribu satu macam.
Suami pula mungkin bukan dari jenis
yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar
lamanya yang berpakaian extra caution
lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama.
Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu
dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada
secara langsung atau tidak langsung.
Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem',
‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci',
'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah
tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya,
ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri,
apabila berkata zaman solehah,
bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah,
tidak suci dan sebagainya?.
Demikian juga ayat-ayat lain di atas.?
Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu.
Ingatlah wahai diri,
jika tidak mampu istiqamah atas pakaian
dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya.
Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik,
seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN


Itulah facebook,
ia boleh menjadi sumber pahala,
jika diguna dengan betul,
boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi.
Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama,
sekolah dan sebagainya tidak sama sekali
boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan
senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki
dan wanita yang bukan mahram.
Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan
dan keruntuhan rumahtangga.
Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa
kepada ingatan kepada Allah,
mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran.
Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah
sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

~~~ timbul rasa bersalah terhadap my skandal... bukan sebab yang tak patut
tapi keinsafan datang sendiri...gambar ku di privated kan ~~~



Tuesday, May 11, 2010

[ kesah spiderman di sentul ]

ish ~~~
sedang membuat sesi pemutihan dee terjumpa laa email
dengan tajuk yang agak mencemaskan penduduk sentul terutamanya..
" kejadian tren terbabas di SentuL "

email nie dah lama dee terima bulan mac 2010...
tapi tak perasan dan tak baca...
bila wat pemutihan nie mula laa meraban semua benda nak baca...
hehehe...
sangat sengal beliau yang mereka citer nie...













~~~ huhuhu...maap eh penduduk sentul, dee pun tertipu...