Monday, June 7, 2010

[ palestin oh palestin ]

Malam tadi~~~
dee menonton dengan asyik tentang wawancara 'Palestin Kami
Bersamamu' yang dibawakan khas oleh TV1...
sedikit sebanyak apa yang telah ditemubual malam tadi memberi
impak yang mendalam kepada rakyat Malaysia khususnya...
ye laa...selama nie rata-ratanya kita semua cuma membayangkan bahawa
apa yang terjadi di Palestin bagaikan sebuah filem sahaja...
Kematian~keganasan~pembunuhan kejam~keseksaan memang
mainan di Palestin...Ye~~siapa yang tau!
sekembalinya sukarelawan Malaysia pagi ahad yang membahagiakan
bagaikan mimpi terhadap mereka semua...
setelah puas berdepan dengan kekejaman rejim zionis untuk beberapa
ari~~erm~~~kadang kala dee pun tak paham dengan situasi
sebenar di Palestin~~
karang salah cakap susah pulak kan?



~~sumber petikan UTUSAN MALAYSIA [ Isnin 07 Jun 2010 ]

BERSYUKUR kita kepada Tuhan kerana enam sukarelawan Malaysia
yang menaiki kapal MV Rachel Corrie yang dirampas Israel Sabtu lalu dibebaskan
di sempadan Israel-Jordan semalam.

Semua rakyat Malaysia juga berterima kasih kepada pegawai di Kedutaan
Malaysia di Jordan dan kerajaan negara itu yang banyak membantu
dalam misi membebaskan 12 sukarelawan kita ekoran insiden rampasan
kapal Turki, Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Sungguhpun dua kumpulan sukarelawan dari Malaysia gagal menuju ke
destinasi bantuan di Gaza tetapi ada perkara yang tidak kurang
penting telah dibawa pulang oleh mereka.

Pertama mereka membawa pulang semangat sukarelawan rakyat Malaysia
yang sedia berkorban walaupun sudah mengetahui risiko yang ditempuhi.

Kita percaya dengan semangat yang ditunjukkan oleh 18 rakyat
Malaysia
ini yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama
akan mencetus satu
gelombang baru untuk lebih ramai sukarelawan
muncul membantu
insan yang tersiksa dan memerlukan bantuan
di mana sahaja khususnya di Palestin.


Kedua, sukarelawan kita membawa pulang bukti dan pengalaman
bagaimana
teruknya kezaliman dan kekejaman rejim Israel
terhadap orang awam yang
tidak bersenjata.

Di atas kapal Mavi Marmara dan di penjara Israel,
sukarelawan kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana layanan
diberikan kepada tahanan. Kalau begitu teruk layanan yang diceritakan
oleh rakyat kita, bayangkan bagaimana azab seksa yang diterima oleh
rakyat Palestin
apabila ditahan pihak berkuasa Israel.

Selain dua perkara penting itu,
kini dunia sudah mendapat cerita sebenar betapa Yahudi Israel memang
bangsa yang degil, bongkak dan tidak berperi kemanusiaan.

Sebagai mana kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
insiden itu telah mencetuskan satu kesedaran di dunia mengenai
kekejaman
rejim Zionis itu sehinggakan dikutuk habis-habisan
oleh negara-negara
lain termasuk Amerika Syarikat.

Dunia sepatutnya bukan sekadar membuat kenyataan dan mengutuk
tentang kekejaman Israel tetapi bertindak dalam bentuk apa sahaja,
asalkan matlamat akhirnya Israel akan tunduk menghormati
undang-undang
antarabangsa dan membebaskan Palestin.

Kita tahu, pemimpin Israel juga bimbang dengan keberanian
sukarelawan dari beberapa negara menyabung nyawa untuk mengikuti
misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Kesanggupan dan keberanian sukarelawan Malaysia serta negara-negara
lain telah memberi dorongan kepada segelintir rakyat kita untuk bersedia
menyumbang tenaga dalam misi kemanusiaan.

Kita harap akan lebih ramai sukarelawan akan tampil ke depan.
Perlu diingatkan bahawa sebagai sukarelawan,
mereka pergi bukan untuk berseronok melawat negara orang.
Ini kerana banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi.

Mungkin tiba masanya kita perlu memikirkan usaha melatih ahli-ahli badan
bukan kerajaan dan sukarelawan Malaysia dalam aspek keselamatan
diri dan mengguna senjata. Insiden Mavi Marmara adalah contoh
perlunya persediaan mental dan fizikal untuk rakyat kita ketika
berhadapan
dengan suasana yang cemas dan mengancam nyawa.

Malaysia antara negara yang bersungguh-sungguh membantu rakyat
Palestin.
Kita berharap, insiden yang terjadi dalam misi bantuan
kemanusiaan
ke Gaza tidak melemahkan semangat sukarelawan
sebaliknya
membuak-buakkan lagi semangat sukarelawan lain
untuk ke Palestin.

Inilah jihad yang perlu ada dalam diri kita.

No comments: