Friday, September 17, 2010

[Luahan hati politik]


Salam 1 Malaysia dan Selamat Hari Malaysia~~~
dalam tahun nie baru dua kali dee menonton movie Hati Malaya nie! sedey dan sentap laa bila melihat perwatakan pemimpin -- pemimpin terdahulu... movie yang memberi impak kepada dee dan my skandal~~~ kenapa laa ahli--ahli UMNO skang tak berjiwa macam kami nie! bukan apa, rata--rata skang pemimpin UMNO khususnya sama ada di bahagian ke.. cawangan ke.. negeri ke.. mahupun ke peringkat menteri nie memang dah ilang semangat dalam menjiwai erti UMNO itu sendiri... tak payah nak blame sesape~~~ no wonder laa wujudnya PAS laa.. PKR laa... sebabnya korang sendiri ada jawapan! kebanyakan ahli U*** skang kaki ronggeng sana ronggeng sini dan perabis duit peruntukan ke karaoke tak pun melancong ke Indon laa apa laa! sewajarnya korang gunalaa duit untuk kebajikan ahli atau apa--apa yang sewaktu dengannya! dee tau tak semua macam tuu dan tak semua macam dee~~~ tapi dee benci ngan sikap ahli U*** skang termasuk laa sesapa yang disamping dee skang! bila dee bertelagah mengenai makna U*** itu sendiri, korang kata yang zaman skang dah tak relevan dengan cara pemerintahan zaman Dato' Onn... memang zaman dah berubah tapi sepatutnya corak pemerintahan patut sama! korang katakan benci ngan gejala sosial... tapi tak membendung~~ korang tau tak yang negara kita nie lagi teruk dari US tuu tahap sosialnya! huhuhu~~ ati sedey untuk terus berbicara hal nie! patut laa rata--rata mereka yang menyokong parti pembangkang dahulunya adalah ahli U***, tapi dek kerana perangai dan tahap sosial melampau dikalangan ahli, ramai yang menukar parti! pembangunan bukan kehendak rakyat tapi mereka mahukan parti yang bley memerdekakan mereka ke arah Islam yang moden dan bukan Islam yang jahil! tiada hukum ajnabi ketika bersalaman! tiada perasaan malu bila berbicara soal lelaki dan perempuan~~~ ilang sudaa maruah sama ada seseorang itu suami atau isteri mahupun anak dara! ingat laaa! idop nie bukan lama mana~~~

Photobucket

No comments: