Saturday, May 7, 2011

Untuk mak-mak aje! Selamat Hari Mak, Mak!

'Terima kasih mak kerana menjaga saya ketika saya demam'

urghhh.. sorry dee bukan demam tapi nie ayat pinjam dalam iklan tv.. hahaha! dee suka ayat tuu bila iklan tuu ke udara dan kadangkala bila my skandal ada di sisi dee mula tunggang langgang kan ayat tuu.. tapi bila dee renung sendiri betapa besarnya ucapan TERIMA KASIH itu buat mereka yang bergelar ibu, emak, mama, mummy, ummi kan? dee pun salah sorang tak terkecuali..

Iklan hari ibu merata termasuk dalam internet..
my little bee pun tak terlepas jugak.. sangat alert dengan hari istimewa, besday sesape aje dalam rumah nie.. dengan gaya gedik dan manja dua tiga hari nie selalu peluk dee dan ucap "Selamat hari ibu, mummy" [ayat time mengada-ngada tapi dee suka..hik] kekadang pulak "Selamat hari ibu, mama" [ikut suka hati dia nak panggil dee kan?] tak pe laa asalkan bee tak panggil nama sudaa... pengertian tetap sama..

My eisha pulak lain halnya, semalam petang berbual dengan ica.. tetiba ica cakap 'mama, esok bagi kakak RM 3.50 boleh tak?' dee agak terkejut dan bertanya kenapa... lantas si kakak menjawab 'kat sekolah kakak ada jual bunga harga RM 3.50, boleh tak mama?' adusss... terkedu sampai gitu sekali anak-anak nak membahagiakan hati si ibu.. alahai...

My handsome boy pulak selalu cakap 'nanti bila adik dah besar, adik nak belikan mama cincin..' erk.. Amin.. mudah-mudahan..

Bahagia kan menjadi ibu bila anak-anak mula menampakkan kematangannya?
Okiessss dalam life dee kan, wujud 3 orang ber title ibu..

Pertama -- Of course laa my mak PN APIDAH BINTI ARIFFIN..
Untuk mak tersayang.. 
Mak sekiranya mak ada didepan akak, ingin sekali akak memeluk dan mencium mak, akak rindukan pelukan mak, alangkah seronoknya jika kita dapat bersama macam dulu berpeluang untuk menatap wajahmu dan memelukmu, tapi sekarang tidak…mak makin jauh dari kami dek kerana kebizian yang kadang kala difikirkan langsung tiada pekdahnya, namun ingatan kami terhadap mak tak pernah luntur walau sekali pun,  mudahan mak sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki walau apapun akak sayang mak!…Selamat Hari Ibu, mak.*alahai feeling sudah*

Kedua -- Dah tentu ibu mertuaku PN HALIMAH BINTI HJ TAMIN
Untuk ibu mertua yang dikasihi.. 'alaaa kassimm' opss.. hehehe..
Mak, terima kasih kerana menyayangi diri ini, suami dan anak-anak, mak sangat baik hati, sebab tu kami pun seronok nak balik kampung, mak tidak membeza-bezakan anak menantu mak, mak sayang dengan cucu-cucu mak, seronok bila kita dapat berjumpa, bergelak tawa bersama, masak sama-sama, makan sama-sama, shopping sama-sama, best kan mak…kami doakan mak panjang umur murah rezeki, Amin.

Ketiga -- agak korang sape? erm.. My stepmother.. PN DILA
Untuk ibu tiri dee also, dee ucapkan Selamat Hari Ibu...*nothing to say*no [icture*
 
Ouwhhh.. sangat panjang bebelan dee mengenai hari ibu kan.. Okiesss pesanan buat korang semua,
"wahai anak-anak muda, sayangi lah ibu bapa kita kerana tanpa mereka siapa lah kita yang bisa berpijak di bumi nyata ini. Ucapkan Selamat Hari Ibu, Semoga Panjang Umur kepada ibu-ibu kita."


No comments: