Sunday, July 3, 2011

Mengapa ada benci?



Assalaamu’alaikum w.b.t

Isnin yang damai dan angin sepoi-sepoi bahasa di pagi hari nie, terpanggil aku nak menghujahkan sikap manusia.. cuma layakkah kita membenci seseorang? Okiesss.. Orang yang membaca artikel ni dan kalau KAU antara salah sorang yang membacanya lepas kau baca kau pi duduk bawah pokok dan renungkan apa yang pernah kau buat dari kau kecil sehingga sekarang.. adakah kau juga salah seorang yang dibenci manusia lain? Renung-renungkan~

Mengapa ada benci?
Ya , suatu pertanyaan yang sudah zaman berzaman sentiasa ditimbulkan. Manusia memang tidak lari dari bersifat benci-membenci dan tak kurang juga yang membenci pada permulaan tetapi akhirnya sayang. Dan telah popular juga pepatah tak kenal maka tak cinta. Sebelum kenal benci bukan main, tetapi selepas kenal rapat maka timbul pula rasa sayang. Dan selepas hati dah sayang, hilang semua benci-benci lama jadi nostalgia sahaja.

Tetapi ada pula yang dah lama sayang, tetapi datang kemudiannya rasa benci yang teramat. Akhirnya percintaan yang sudah lama terbina berakhir dengan perpisahan. Dulu amat mudah mengucap sayang, tetapi kini bukan main muak dan benci sehingga tidak boleh bersefahaman lagi. Maka kita lihat di situ, begitu mudahnya manusia membenci sesama manusia sedangkan ada jalan untuk menyayangi. Tetapi apabila hati sudah dikaburi, syaitan sudah menguasai, jalan kasih-sayang sudah tidak dapat dilihat lagi. Yang ada hanya pintu kebencian yang menguak luas.

Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu kebencian boleh mengundang kesengsaraan? Mengapa perlu membenci sedangkan kita tahu ianya akan menghuru-harakan keamanan? Jika kerana harta, pangkat dan rupa kita membenci manusia, maka kita sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana masih tidak bersyukur dengan seadanya pemberian dari Allah S.w.t.

Benci berbeza dengan marah. Marah ada tahap-tahapnya. Ada manusia yang jenis marahnya sekejap, ada yang tak hilang2 berbulan lamanya. Maka jika sekiranya kita ada tidak berpuas hati dengan manusia yang lain, adalah perkara yang biasa jika kita marah pun. Tetapi sebaiknya kawal lah kemarahan itu. Cuma apa yang saya mahu tekan kan di sini, marah itu adalah perkara biasa sebagai seorang manusia. Tetapi kerana ketidak puas hatian kita kepada seseorang itu sehingga membuatkan kita benci kepada nya, itu bukan lagi lumrah, tetapi itu sudah melampau. [yang makan cili sila rasa kepedasannya.. sebab ini bukan ayat aku sendiri, ini dari mereka-mereka yang alim..huhuhu]

Cer korang  baca contoh kat bawah nie supaya korang sedar yang korang bukan manusia yang sempurna dan masih dalam proses menuju kesempurnaan...
Aku bagi contoh jika ada segolongan manusia yang sesat dari ajaran Islam yang tulin. Biasanya kita akan marah-marah golongan tersebut dan menyimpan perasaan benci kepada mereka. Sehingga kita lupa apa yang sebenarnya patut dibenci leh kita. Yang patut dibenci adalah perangai atau perbuatannya itu, bukannya tuan empunya diri yang membuat angkara itu. Sepatutnya apabila ada seseorang yang sesat jalan, kita lah yang perlu membimbingnya, bukan terus membenci, memulaukannya dan melebih2 (GHULUW) dalam beragama. Kita lah yang sepatutnya memberi panduan, memberi hujjah2 kepadanya sampai dia kembali ke pangkal jalan. Maka semua itu perlu dilakukan dengan sabar, bukannya dengan jalan membenci , kutuk-mengutuk, caci-mencaci dan busuk hati padanya.

Kita imbas sejarah Nabi Muhammad S.a.w, baginda ketika mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, bukan nama anak beranaknya yang disebutkan, tetapi umatnya. Sebagaimana yang kita tahu, bukan semua umat Nabi Muhammad S.a.w ini mengakunya sebagai nabi, tetapi nabi tetap menyebut2 ummati ummati. Kerana kasih dan kesian belasnya nabi pada umatnya ini. Tetapi adakah kita ini ada kesian belas terhadap sesama saudara kita yang masih berada dalam kejahilan, kesesatan dan sebagainya?

Pemikiran kita ini diajar dari dulu lagi agar memandang negatif dan terus membenci kepada golongan yang tersesat. Tanpa kita berfikir bagaimana cara untuk mengembalikan dia ke pangkal jalan dengan berhikmah. Sememangnya bukan semua cara kita ini berjaya membuatkan orang2 yang tersesat itu dapat kembali ke pangkal jalan, tetapi sekurang2 nya kita mencuba dengan sebaik mungkin. Bukannya dengan hanya menuduhnya sesat , kemudian memulaukannya dan membencinya terus. Kita tidak tahu sama ada orang yang kita benci itu adalah ahli syurga atau bukan. Mana lah tahu di akhir hidupnya dia diredhai dan diampuni dosa2nya oleh Allah kerana kebaikan hatinya, maka jadilah dia ahli syurga nanti insyaAllah. Tetapi kita ni, kita dapat tentukan ke kita ahli syurga atau tidak? Adakah anda sangat yakin bahawa anda adalah ahli syurga sedangkan di hati anda masih ada perasaan benci sesama saudara Islam, masih ada busuk hati, buruk sangka, berniat jahat dan seumpamanya?
Nasihat aku pada korang yang rasa diri korang perfect pada kami yang serba kekurangan ni..

Maka aku nasihatkan diri aku dan sesiapa sahaja, agar kita sama2 perbaiki akhlak kita. Kerana Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Tidak dinafikan kita ini ada mempunyai sifat marah, tetapi semoga kita dapat mengawal dengan baik sifat marah yang tercela ini. Kalau nak marah sangat pun, marah lah sekejap jer, kemudian ambil air wudhuk dan buat apa sahaja yang baik untuk redakannya. Dan jangan lah dibiarkan kemarahan itu berjangkit kepada kebencian pula. Malah yang sebaiknya adalah kita cuba sedaya upaya untuk menanamkan rasa kasihan belas kepada golongan yang kita marahkan itu. Bak kata pepatah, marah2 sayang. Marah kerana sayangkan dia kerana tidak mahu lihat dia dan orang lain susah di kemudian hari. Wallahu a’lam
**Nota kepala - aku sedih dengan kejadian disekeliling aku kerana dalam hidup aku, aku pernah membenci tapi aku benci perangai seseorang, berlainan sikap manusia itu yang membenci seseorang sehingga mati. Bukan itu sahaja, aku pernah membenci salah seorang kaum keluarganya, tapi aku segera memaafkannya kerana aku sedar masih jauh perjalanan hidup aku dan aku takut orang lain membenci aku.. Nasihat aku pada KORANG dan juga diri aku sendiri..berhenti membenci seseorang kerana sedikit sebanyak hidup kita pasti ada effectnya. Kita sakit, kita susah itu semua penangan sikap angkuh kita sendiri. Manusia yang kita benci semakin sedar akan KEPARATAN hidupnya satu masa lalu, sehinggakan berjabat tangan pun kita buat tak nampak. Wallahualam.. itu antara diri sendiri dengan Allah S.W.T... Sekian!







No comments: