Tuesday, August 16, 2011

Jika suami...


Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

Alhamdulillah... segalanya yang di atas sehinggalah ke saat ini dan waktu ini dan diharapkan ianya berkekalan hingga ke akhir hayat kami.. InsyaAllah!


Friday, August 12, 2011

Duit merubah segalanya

Salam sebelum berbuka puasa dan masih dalam Ramadhan ke-12... Nak bercerita tentang sorang kawan, masih panassss Dan ianya baru sahaja berlaku.

Around jam 4 petang tadi..
Muka dia agak masam sebab aku lambat Dan tak seperti yang dijanjikan. Ok fine! Dia bawak kete dah macam drifter formula one. Agak menakjubkan Dan Ada jugak buat aku rasa terkujat.. Erk! Tu lah yang mampu aku katakan.

Singgah umah sorang kawan ambik barang.. Drifter meneruskan perjalanan! Perrghh.. Ambik ko! Jalan slow Dan jammed trafik light. Muka masing-masing dah macam haapaaa tah!

Singgah di petrol Pam nak carik ATM. Ok, dengan lemah gemalai menuju ke ATM Dan terasa malu pulak nak cek baki.. Maklumlah bulan masih muda.. Hahaha baki kat bank pun takat idong je.. Tetiba si kawan terkujat melihat amount dalam akaunnya. Berkira-Kira dalam kete..

Teruuuss ajak aku ke Bazar Ramadhan. Beli berbagai-bagai dengan muka yang sangat ceria.

See..
Wang boleh merubah segalanya.. Percayalah!

Kisah BENAR disebalik operasi JAIS

Moh baca isu hangat sekarang nie...Kisah sebenar di sebalik Operasi JAIS serta pihak polis Gereja Methodist Church bebaru nie!

Kisah ini diceritakan oleh seorang daripada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlibat dengan operasi pemeriksaan 12 orang Islam di di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13 ,46700 Petaling Jaya, Selangor pada 2 Ogos lalu.

Difahamkan ppemeriksaan dibuar berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke majlis berbuka puasa yang dinamakan 'Thanks Giving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas. Tindakan berdasarkanSeksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1955 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam. siasatan juga dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988. program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan thanksgiving.

Operasi tersebut disertai oleh 13 pegawai penguatkuasa agama JAIS dibantu oleh sepasukan Polis DiRaja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park. Modus operandi yang dijalankan bermula dengan taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam dan kemudiannya bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam. Pihak terbabit tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke dewan 3. Pada jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan. Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda sedang buat pengucapan awam di atas pentas ketika itu. 
Situasi di gereja terbabit semasa operasi dijalankan pada masa kejadian
Beberapa orang Pegawai JAIS dilihat sedang memeriksa dewan terbabit

Pihak berkenaan kemudian didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan. Mereka yang memasuki dewan kemudian diminta keluar sambil diberi arahan untuk hormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. selain itu, mereka nyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka punyai hak ke atas kawasan. Sedikit pertelingkahan berlaku antara mereka dan penganjur. Mereka telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam. Pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.

Maklumat pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. anggota akhirnya memperolehi tentatif program. terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahu Akhbar'. Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sementara itu, Mereka yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang. Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk benarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat ke atas individu yang berkenaan. 

DUA BELAS ORANG ISLAM YANG DIPERCAYAI TERLIBAT

Dalam operasi itu terdapat dua belas orang Islam yang dipercayai telah terlibat. Antara mereka yang berkenaan dikenali sebagaiNadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) kad pengenalan 79xxxx-01-6094, Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah(69xxxx-08-6039), Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018), Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609), Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778), Rasyidah Binti Abd Razak (77xxxx-01-5908), Nur Umrah Binti Abd Razak (95xxxx-01-6002), Mmohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045), Faridah Binti Abdul Rahman(71xxxx-12-5478), Nur Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072), Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256),Sahrunida Binti Assad (81xxxx-08-6246). Difahamkan terdapat juga para ibu bapa yang beragama Islam didapati membawa anak-anak kecil.
Bukti, tentatif program yang disyaki timbulkan kemusykilan sebenarnya

[Sementara itu antara elemen-eleman yang menimbulkan syak yang menjurus kepada oeprasi tersebut ialah jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam. Manakala, peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap. Selain dari itu terdapat nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahu Ahkbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja). Terdapat juga soalan kuiz islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

Majlis tersebut juga disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan, baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung. Terdapat juga cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur, majlis diadakan di premis kristus dan salah seorang peserta ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya. Jawapan yang diberikannya ialah 'I Believe In God'. Difahamkan juga tiada serbuan dilakukan oleh pihak terbabit, sebaliknya rundingan. Justeru itu, semua pihak diharap tidak menimbulkan spekulasi akan kes ini yang akhirnya akan jadi kontroversi].


Kad raye

As salam Ramadhan ke 12 ~~
si anak-anak kecil sangat ligat menghitung hari nak raya, yang si mama ngan papa agak berpeluh ketiak mendengar si anak mengira detik syawal.. Ouch.. itu aksi sebilangan keluarga lah walopun bukan yang sedang aku alami.. hehehe! sekarang nie, terasa my kids dah dapat kad raya di hari ke3 puasa.. so sweet! datangnya dari sorang gegurl yang chubby menurut kata my big boy, Totoi... namanya juga sweet, Juju! hehehe... yang kelakarnya si kakak siap kata "mama, nie nak kena balas nie.." adussss!

Seterusnya... kesebelas hari berpuasa, tup..tup..terima kad raya dari sorang abang opis aku.. ouch, terharu say kata-katanya. maklumlah dah 6 tahun berganding bahu bekerjasama.. pahit manis masin masam semua dah rasa! hehehe~ thanks abang izam atas ingatan!

Actually, ramai yang kata KAD RAYA nie membuang masa sebab dah ada teknologi moden, tapi bila kita imbas kembali.. kad raya nie sangat nostalgia kan? haaisshhh....


Thursday, August 11, 2011

Restoran Insaf Jalan TAR

Salam Ramadhan ke - 11 kawan-kawan!

Dah sebelas ari berpuasa tapi sehingga ke hari nie, aku masih belum ada planning untuk berbuka puasa di luar.. bajet bukan problem tapi mood lum datang! Dan yang kepelikannya, my kids pun langsung tak request nak buka puasa kat mana-mana... Walopun sehingga hari nie dah sebelas hari mereka berpuasa.. Alhamdulillah Ya Allah... tanpa keluh kesah dari mereka..Alaa, lagipun my skandal tak ada kat sini, out station ke Kuantan. Maka, akulah SuperMAK! [kenalkan?..erkk]

Okiesss..
Ouwh, topik aku yang jauh tersasar dari landasan sebenar.. sebenarnya nak cerita tentang Restoran Insaf yang glamer ngan nasi beriyani yang kaw-kaw sedapnya.. korang pernah gi makan kat sini? Alhamdulillah sebab aku tak pernah laa jejak kat sini.. tak layan pun! 
Cuma... bebaru nie dalam satu serbuan oleh pegawai kesihatan DBKL ke atas restoran nie. Yang bestnya, kat bahagian depan memang tip top dan tersusun cantik tapi bila melangkah ke bahagian belakang dapur bau meloyakan mula menusuk hidung... Najis tikus dan lipas bersepah di lantai terutama di stor dan tandas, sampah tidak dibuang, peti sejuk dan lantai kotor seperti tidak pernah dibersihkan dan bahan mentah masakan dibiarkan bersepah di merata tempat.. [ouwh... iyaarrkkk!]

Menurut sumber berita ~ Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pegawai kesihatan sudah memberikan notis awal kepada pemilik restoran dua minggu lalu supaya membersihkan premis dan mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Kesihatan, namun mereka gagal melaksanakan arahan. [memang tak paham bahasa lah depa nie]


Pesanan aku kepada korang yang teringin nak berbuka puasa atau makan-makan, carilah tempat yang bersih dan terjamin.. ataupun memula masuk tuu, gi lah cari toilet dan sambil tuu dapatlah jeling-jeling dapur kedai tuu.. ye dop? Pesanan khas ini juga ditujukan kepada my skandal yang suka gak gi makan-makan kat luar sana..

Okiesss... 
Selamat berpuasa semua!

Tuesday, August 9, 2011

Bonus Ouwh Bonus!

Salam Ramadhan ke - 9 dah untuk hari nie.. dikesempatan nie, aku nak ucap selamat berpuasa walopun aku lambat seminggu untuk mengucapkan kata-kata itu...

makin lama makin malas untuk meng'updated' blog nie, sibuk dengan cekelat aku lagi, lum on projek kuih raya mak lagi tuu.. ouwwh... tidak! malam tadi korang tengok berita tak? sah..sah.. berita yang belum pun cukup 24 jam tu, dah heboh seantero kan? dapat bonus setengah bulan gaji... pelbagai reaksi aku nengok diorang nie.. ada yang begitu memanjatkan syukur (Alhamdulillah) malah ada yang merungut tak mo sokong kerajaan lagik? macam bongok je kekadang... dari tak merasa langsung ye dop? 

Tapi, keluhan mereka-mereka ini ada betulnya.. dengan kewangan sekarang nie, tshirt kat mydin pun harga dah setanding parkson dah... bebaru nie, aku ngan my skandal bawak my kids shopping baju raya pun dah cukup terasa.. untuk 3 orang je bajet kami memang lari, estimated RM600 for 3 kids.. tapi dah melebihi sehingga menjangkau RM700++.. kasut raya belum lagi tuu.. padahal dah abis bajet dah tuu! belum lagi turn my skandal shopping, sebab style dia shopping tak suka sekali dengan my kids.. tak bley concentrated katanya.. sekali shopping RM1k++, itulah perangai my skandal.. aku? aku baju bundle jerk! huwaaaaa... tak terpikir lagi untuk diri nie.. sebab aku suka shopping last minit, tak pun time my skandal shopping nanti, aku buat-buat lah muka sedih untuk dia offer aku beli sehelai dua blouse + jeans... muahahaha... tu lah yang paling manisssss...

Ouwh.. korang dengar  hot chat HotFM pagi nie kesah 'Bonus aku yang punya'.. kebetulan pulak aku ngan my skandal dah berjanji, kali nie kalau bonus.. lu..lu punya.. wa..wa punya! hehehe~~ bukan apa.. kekadang kesian jugak pada dia ngan diri aku sendiri.. sampai nak beli kehendak sendiri pun terbatas dek kerana nak share semua benda.. sharing is caring bukan pada bonus... hurm.. okeh laa.. menanti masuknya bonus untuk membeli kehendak hati! lalala~~  

Mode : Sabar menanti!

Wednesday, August 3, 2011

Dia dah 30's ~

My buddies dah 30's pada 23 Julai lepas! 
Aku sayang dia sebab dialah yang memahami aku dah berbelas tahun sudah..
Malam 22 Julai dengan penuh suprised nya aku ke sebuah port!
Yipppaaaaa ~ 





Beb... 
Semoga ko seronok dengan karenah aku dan my little bee.. Aku sebagai sahabat sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ko! Kita kan KAWAN tak mo lawan...