Showing posts with label KESIHATAN KENA JAGA. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN KENA JAGA. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

Kenali Kehebatan Herba Maharani




Hai..

Saje je aku nak perkenalkan dan sambil mempromosikan herba MAHARANI HAI O.. Bak kata sesetengah orang 'Herba Kebahagiaan & Peransang'... (Amboi...)

Bagi pengalaman aku..

Herba MAHARANI HAI O ni adalah herba yang membantu untuk mendapatkan zuriat juga..(Cheewaah..) kerana antara keberkesanan herba ni adalah mampu mengatasi masalah sukar hamil, senggugut semasa period, keputihan dan macam-macam lagi maalah dalaman wanita..

Ouwh...

Takkan kita nak makan sebarangan ubat tanpa tahu kaedah pembuatannya kan? Ok, jom check it out!


Sedikit Cerita Pil Maharani :

-Dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan.
-Ianya adalah keluaran Beijing Tong Ren Tang yg merupakan tanda perniagaan yg bersejarah melebihi 300 tahun di China

-Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan adalah diperakui sebagai ‘Produk Terkenal di China’ pada tahun 1994.

-Juga diiktiraf sebagai ‘Spesis Ubat Herba Yang Terpelihara’ pada tahun 1998.
-Pengiktirafan HALAL oleh Pertubuhan IFANCA (China Islamic Association – badan Islam luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM)
-Diluluskan oleh Jabatan Kawalan Dadah Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL20014419T)
-Menggabungkan 16 jenis ramuan herba terpilih dan bernilai dgn pati ayam hitam sbg ramuan utamanya.

Antara fungsi fungsinya :

-melancarkan peredaran darah
-menyelesaikan masalah wanita (keputihan, senggugut, peredaran haid)
-melegakan masalah sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dlm badan, lenguh2, kebas & urat saraf
-menegang dan memberi keanjalan pd kulit (payudara, ovari, pinggul)
ubat gantian utk jamu, ubat periuk semasa berpantang, menyuburkan badan selepas bersalin, mengecutkan rahim dgn cepat
-Untuk golongan wanita yg hampir menapous, ia menguatkan tulang & daya tahan penyakit
-Mengeratkan hubungan suami isteri

Cara Pengambilan:-

Cara makan Herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari.
Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid).
Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.

Makan mestilah bersama air suam.
Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba (tindakbalas badan yang berbeza).

Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.
Atau, boleh juga mulakan dengan 10 biji. Kalau rasa okey (tak panas badan) boleh tambah dos kepada 15 atau 25 atau 50.

Jangan ambik kurang dari 10 biji sehari ye sebab nanti tak berkesan.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba

  • jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)
  • jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period)
  • jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung selepas period

** Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama.

Keberkesanan & Kehebatan

  • Membantu menyelesaikan masalah persekitaran - Ovari , rahim iaitu senggugut , keputihan,kegatalan , haid tidak teratur , menopose dan lain-lain.
  • Membantu menyelesaikan masalah persekitaran payu udara iaitu sebarang ketumbuhan, saluran yang tersumbat dan akan memberi keanjalan pada payu udara.
  • Mengawal selia tekanan darah,emosi dan sraf.
  • Membantu menyelesaikan masalah sengal-sengal sendi, asma,urat timbul,peranakan jatuh(prolebsis), sakit pinggang dan lain-lain.
  • Menyerlahkan kecantikan luaran iaitu seri muka , lebih bermaya, bersemagat, kulit halus , awet muda, dan dapt memberikan kebahagian kepada pasangan.
  • Amalan selepas bersalin - mengelak daripada kemurungan , membantu membetulkan kedudukan , ovari , rahim dan lain-lain.
Pil Maharani merupakan pil kesuburan bagi wanita, sesuai diambil untuk wanita yang inginkan cahaya mata atau wanita yang akan mendirikan rumahtangga sebagai persedian kesuburan awal. Pil Maharani ini juga boleh diambil untuk wanita yang sedang berpantang selepas bersalin.



Pil maharani, jika para suami tahu khasiatnya untuk isterinya, sudah pasti mereka merayu isteri masing-masing mengamalkannya


Hanya RM98, postage RM10 sm / RM12 ss to your doorstep seluruh negara 

To order SMS saya 012-326 2957..Cuba dulu baru tahu hasilnya..pasti ummpph!!


Tuesday, October 23, 2012

Hipotensi & Aku



Baru-baru ini aku mengalami pening kepala yang sangat panjang. Pening kepala berterusan lebih daripada satu hari. Apabila check di klinik, aku mengalami tekanan darah rendah. Nasib baik tak pitam.

Nak tau pasal Tekanan darah rendah (hipotensi)? Sila membaca... 

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi Tekanan darah rendah ( HIPOTENSI )

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia ( terasa tua lak... huhuhu )
  • aktiviti seharian 
  • perasaan ( stress kot.. )
  • ubatan 
  • pendarahan ( sedang mengalaminya... )
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke 
  • penyakit jantung 
  • penyakit pada mata 
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah 
  • pening kepala ketika posisi badan berubah 
  • sukar untuk berkonsentrasi 
  • mata berkunang-kunang 
  • mual 
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap 
  • pernafasan cepat dan pendek 
  • defresi 
  • cepat haus 
  • kurang daya ingatan
Jika anemia amat teruk,ia akan menyebabkan:
  • kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.
  • kaedah rawatan anemia
  • antara tanda seseorang itu sihat ialah apabila sistem peredaran darahnya dalam keadaam normal.

*** Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.


Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal 
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit. 
  • Masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat. 
  • Keadaan otot yang lemah

Dulukan....

Aku selalu ignore semua simptom-simptom tu. Aku selalu pening kepala. Selalu dahaga dan minum air berais...  Selalu lelah dan semput..  Mata selalu berpinar. Masalah kabur bila melihat tulisan tapi bila periksa mata tak ada apa-apa pun. Kadang-kadang orang tegur muka aku pucat. Selalu depressed (itu memang jadual rutin hidup aku). 

Semua tu simptom rupanya.  

Bila pening kepala aku selalu ingat aku ni bakal menerima wasiat darah tinggi. Keturunan memang belum ada. Selalu minum air sebab ingatkan aku ni nak ke arah simptom diabetes, lagipun aku memang dah capai tahap obesiti. Mata berpinar sebab selalu tengok screen laptop lama-lama walaupun sebenarnya aku dah berkacamata. Kanta khas untuk silau kononnya. Siap bodohkan kedai cermin mata sebab ingatkan dorang yang salah buat cermin mata.

Aku malas bersukan. Antara solution untuk tekanan darah rendah ni ialah kena selalu beriadah. Supaya ada circulation darah untuk dipam ke jantung, otak dsb.

Ish... tak boleh jadi ni. Kena cari insurans cepat-cepat. Better safe than sorry! Tapi kena tunggu lagi 5tahun, bagi gaji stable dulu.


p/s: hipotensi = hyppo + tension dalam bahasa melayunya AKU YANG TERTEKAN... hehehe!





Thursday, June 21, 2012

Kebersihan Tin Minuman



Salam 1 Malaysia

Just wanna shared dengan korang satu artikel yang wajib dititikberatkan. Selama ni kita langsung tak ambik port, bahaya beb sebenarnya... Nak tau apa cer baca topik yang aku copy dari kawan-kawan pesbuk..



Cerita sebuah family yang bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari pertama, dua anggota keluarga dibawa ke hospital dan ditempatkan di  Intensive Care Unit (ICU).

Dia meninggal pada hari ketiga. Hasil autopsi membuktikan bahawa ia jangkitan Leptospirosis. Hal ini disebabkan mereka suka minum minuman tin tanpa straw atau tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering dan  mengandungi leptospira.


Disarankan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan akan dihantarkan ke kedai-kedai tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteri.)

Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis jangkitan kuman.

Don't take it easy ye kengkawan!


Tuesday, February 28, 2012

Extra Joss

Holaaa...
amboi.. dah macam orang perancis pulok..
selasa yang damai, mood terasa nak jadik pakar pemakanan dan kesihatan, bley gitu?

Korang pernah dengar EXTRA JOSS..?
Aku kenal benda ni pun sebab my skandal yang perkenalkan.. my skandal kenal pun dari kawan-kawan site yang terdiri dari mat-mat indon tuu.. ermmm.. aku meragui akan khasiatnya dan ternyata keraguan tu sangat tepat pada ketikanya... sedang aku meng'google' maka terbaca artikel ni..

Semoga petikan artikel ni bley memberi manfaat dan dikongsi bersama info mengenai EXTRA JOSS ni.. sebaiknya minum air kosong jerk! tak yah nak minum air manis atau extra strong gitu, penat buah pinggang bekerja..bak kata gary lembap! Erk..


Hati-hati dengan produk makanan dan minuman yang mengandung Aspartame karena dapat menyebabkan pengerasan otak atau sumsum tulang belakang dan lupus.

Saat ini sedang ada wabah Pengerasan Otak atau Sumsum Tulang Belakang dan Lupus . Kebanyakan orang tidak mengerti mengapa wabah ini terjadi dan mereka tidak mengetahui mengapa penyakit-penyakit ini begitu merajalela. Saya akan beritahu Anda mengapa kita menghadapi masalah yang serius ini. Saat ini banyak orang menggunakan pemanis buatan.

Mereka melakukan ini karena iklan di televisi yang memberitakan bahwa gula itu tidak baik buat kesehatan mereka. Hal ini memang benar sekali. Gula itu merupakan racun bagi tubuh kita, akan tetapi, apa yang orang-orang gunakan sebagai pengganti gula, lebih mematikan. Apa yang saya maksudkan di sini adalah Aspartame. Ini adalah biang wabah yang disebutkan di atas. Aspartame merupakan bahan kimia yang mengandung racun, yang diproduksi oleh perusahaan kimia bernama Monsanto. Aspartame telah dipasarkan ke seluruh dunia sebagai pengganti gula dan dapat dijumpai pada semua jenis minuman ringan untuk diet, seperti Diet Coke dan Diet Pepsi .

Hal ini juga dapat dijumpai pada produk pemanis buatan seperti Nutra Sweet, Equal, dan Spoonful; dan ini banyak digunakan di produk-produk pengganti gula. Aspartame dipasarkan sebagai satu produk diet, tapi ini sama sekali bukanlah produk untuk diet. Kenyataannya, ini dapat menyebabkan berat tubuh bertambah karena dapat membuat Anda kecanduan karbohidrat.

Membuat berat tubuh Anda bertambah hanyalah sebuah hal kecil yang dapat dilakukan oleh Aspartame. Aspartame adalah bahan kimia beracun yang dapat merubah kimiawi pada otak dan sungguh mematikan bagi orang yang menderita parkinson.

Bagi penderita diabetes, hati-hatilah bila mengkonsumsi untuk jangka waktu lama atas produk yang mengandung Aspartame ini, karena dapat menyebabkan koma, bahkan meninggal. Bila ada produk yang mengklaim bahwa produk itu bebas gula, Anda Sudah tahu bahwa hal ini mengandung Aspartame. Jangan mengkonsumsi produk tersebut.

Salah satu minuman suplemen yang mengandung ASPARTAME adalah serbuk effervescent EXTRA JOSS! Pada kemasan tertulis: Mengandung Aspartame 0,06% [ADI 40 mg/kg BB].

Berdasarkan hasil survei di salah satu supermarket di Bandung, selain EXTRA JOSS, produk-produk minuman lainnya yang juga mengandung ASPARTAME yaitu M-150, Hemaviton, Neo Hormoviton, Marimas, Hore, Frutillo, Segar Sari, POP ICE Es Blender, Segar Dingin, OKKY Jelly Drink, Sari Vit C, Naturade Gold, AQUA Splash of Fruit, FORTY PLUS.

Source: Peneliatian Badan POM

Thursday, August 11, 2011

Restoran Insaf Jalan TAR

Salam Ramadhan ke - 11 kawan-kawan!

Dah sebelas ari berpuasa tapi sehingga ke hari nie, aku masih belum ada planning untuk berbuka puasa di luar.. bajet bukan problem tapi mood lum datang! Dan yang kepelikannya, my kids pun langsung tak request nak buka puasa kat mana-mana... Walopun sehingga hari nie dah sebelas hari mereka berpuasa.. Alhamdulillah Ya Allah... tanpa keluh kesah dari mereka..Alaa, lagipun my skandal tak ada kat sini, out station ke Kuantan. Maka, akulah SuperMAK! [kenalkan?..erkk]

Okiesss..
Ouwh, topik aku yang jauh tersasar dari landasan sebenar.. sebenarnya nak cerita tentang Restoran Insaf yang glamer ngan nasi beriyani yang kaw-kaw sedapnya.. korang pernah gi makan kat sini? Alhamdulillah sebab aku tak pernah laa jejak kat sini.. tak layan pun! 
Cuma... bebaru nie dalam satu serbuan oleh pegawai kesihatan DBKL ke atas restoran nie. Yang bestnya, kat bahagian depan memang tip top dan tersusun cantik tapi bila melangkah ke bahagian belakang dapur bau meloyakan mula menusuk hidung... Najis tikus dan lipas bersepah di lantai terutama di stor dan tandas, sampah tidak dibuang, peti sejuk dan lantai kotor seperti tidak pernah dibersihkan dan bahan mentah masakan dibiarkan bersepah di merata tempat.. [ouwh... iyaarrkkk!]

Menurut sumber berita ~ Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pegawai kesihatan sudah memberikan notis awal kepada pemilik restoran dua minggu lalu supaya membersihkan premis dan mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Kesihatan, namun mereka gagal melaksanakan arahan. [memang tak paham bahasa lah depa nie]


Pesanan aku kepada korang yang teringin nak berbuka puasa atau makan-makan, carilah tempat yang bersih dan terjamin.. ataupun memula masuk tuu, gi lah cari toilet dan sambil tuu dapatlah jeling-jeling dapur kedai tuu.. ye dop? Pesanan khas ini juga ditujukan kepada my skandal yang suka gak gi makan-makan kat luar sana..

Okiesss... 
Selamat berpuasa semua!

Tuesday, July 19, 2011

Apendiks ibarat bom jangka...

Jangan tak tau aku pernah alami apendikss.. memang apendiks bagaikan bom jangka bagi aku.. Ya rabbi, sakitnya tak tertanggung... utusan online hari nie ada topik KESIHATAN yang amat menarik untuk dikongsi...  aku rasa perlu share di blog ni, kalau aku setakat print pas tu buang tah ke mana.. kalau dalam blog at least, sesapa boleh share info nie ye dok? Let's read...





Petikan UTUSAN MALAYSIA - Selasa ( 19/7/2011 )





JANGAN salahkan keturunan, gaya hidup mahupun apa yang dimakan apabila tiba-tiba anda didiagnosis dengan penyakit apendiks.

Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Peh Kiam Heng, penyakit tersebut ibarat bom jangka yang boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tanpa mengira gaya hidup atau apa jua faktor lain.

Jelas beliau, ia sebenarnya bermula dari bahagian abdomen atau perut.

"Bila kita makan, makanan akan masuk ke salur pemakanan dari perut ke usus kecil dan akan ke usus besar.

"Makanan yang kita kunyah akan dihadam, kemudian dicerna dengan sebaiknya oleh organ penghadaman.

"Makanan tersebut akan bertukar menjadi bentuk serbuk dan usus besar menyerap air. Apabila menjadi bentuk ini, ia senang masuk dan sekali gus menyumbat satu ruangan kecil yang diberi nama apendiks," jelasnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Menurut beliau, apendiks kalau tersumbat pasti menyebabkan perjalanan dan bekalan darah seseorang terganggu.

Apabila terganggu, mudah jangkitan berlaku menyebabkan apendiks tersebut membengkak dan menimbulkan kesakitan.

"Apabila bercakap tentang penyakit apendiks, kita sering mencari punca mengapa boleh terkena penyakit ini. Sebenarnya, bukanlah disebabkan tabiat pemakanan, atau genetik.

"Sesiapa yang mengalaminya boleh dikategorikan sebagai kurang bernasib baik kerana apendiks bukanlah disebabkan anda seorang pemakan cili padi tegar atau bagi masyarakat Cina tabiat terus berlari lepas makan.

"Kesemuanya tidak ada kena mengena. Tiada kajian yang membuktikan perkara tersebut puncanya. Ia memang ibarat bom jangka," jelasnya.

Beliau menjelaskan, salah satu simptom sakit apendiks adalah kesakitan pada bahagian sebelah kanan bawah pusat hingga kadang kala menyebabkan pesakit demam, rasa memulas, loya dan muntah-muntah.

Namun, ada juga simptom yang tidak klasikal, contohnya perut rasa tidak selesa selepas makan dan berlanjutan hingga berhari-hari.

"Ada juga yang terasa kelainan di dalam perut. Namun, pesakit tidak pasti sakit di bahagian mana.

"Kalau kes yang sebegini, kita akan tahan pesakit di wad untuk pantau keadaan seterusnya.

"Cara diagnosis apendiks adalah mengikut prosedur klinikal sepenuhnya yang mana ia bergantung pada pengalaman doktor memeriksa keadaan pesakit dan ujian darah.

"Bila pesakit disyaki menghidap apendiks, biasanya langkah pertama kita akan ambil darah untuk melihat sama ada sel darah putihnya meningkat atau sebaliknya.

"Selepas itu barulah kita ambil sampel air kencing.

"Memang ada pesakit yang akan bertanya kenapa perlu ambil air kencing. Prosedur ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit secara tepat kerana penyakit kencing kotor juga mempunyai simptom yang sama.

"Jadi untuk mengelakkan salah diagnosis dan rawatan sebaiknya, ujian dijalankan terlebih dahulu," ujarnya.

Sepanjang bergelar pakar, Dr. Peh mengakui perubahan corak pesakit yang dirujuk kepadanya.

"Pesakit zaman ini ramai yang berpendidikan tinggi, mereka rajin mencari maklumat tentang penyakit di Internet.

"Seperkara lagi, mereka memang sangat prihatin dengan tahap kesihatan diri masing-masing. Kebanyakan pesakit saya di hospital swasta ini selalunya sudah dirawat di peringkat awal.

"Berbeza dengan kebanyakan kes yang saya terima ketika berkhidmat di hospital kerajaan dulu ada di antara kes yang apendiksnya pecah dan terpaksa dirawat di ICU," katanya.

Beliau juga meminta pesakit apendiks agar tidak takut dengan pembedahan.

"Prosedurnya seperti pembedahan konvensional lain. Namun, kini terdapat cara moden iaitu laparoskopi iaitu potongan kecil dilakukan untuk kamera, manakala dua lubang lagi untuk peralatan umpama guna penyepit untuk menyingkirkan apendiks.

"Selepas pembedahan, pesakit biasanya tinggal di wad selama tiga hari," jelasnya.






Friday, May 6, 2011

Orang yang PEMBERSIH menuju ke arah TEKANAN


Rumah, kereta, motor, tandas, jamban [opsss..] dan meja kerja yang bersih memang boleh membuat kita berasa nyaman, selesa, bahagia [konon laa]. Memang bagus sebenarnya, tapi jangan terlalu obsesi dengan kebersihan kerana level bakteria dan kotoran yang rendah memang wujud  di sekitar kita sehinggakan ianya boleh membuat sistem kekebalan tubuh jadi lemah dan mengganggu fungsi otak. 

Ni bukan cakap kosong okeh.. jangan korang tak tau, manusia seperti ini memang wujud.. secebis kertas pun dia boleh nampak dan "KUTIP SAMPAH TUU" walopun sebesar kuman.. hohoh~~ Ini kisah benar!
Kalau nak tau, hal ini menurut penelitian yang dilakukan team dari Atlanta, Amerika Serikat. diketahui bahawa sistem kekebalan tubuh yang lemah cenderung bereaksi berlebihan terhadap debu dan kotoran dalam bentuk peradangan atau alergik. 

Keadaan ini ternyata dapat memperlambat pengeluaran serotonin, bahan kimia otak yang menciptakan perasaan bahagia. Sehingga, seseorang jadi mudah mengalami tekanan walaupun dek hanya secebis kertas tadi?... Penelitian dilakukan dengan memasukkan ubat untuk hepatitis C pada 27 orang pesakit. Ubat tersebut boleh menyebabkan reaksi yang mirip dengan alergik. [boleh ke kita ke klinik di Malaysia dan menyatakan kepada dokter cinta bahawa 'dokter, rumah saya bersepah. Semalam balik keje, ada kertas atas lantai?' huh.. sangat memualkan...

Korang yang poyo tentang kebersihan dan pendek kata fussy sila baca nie -- sistem kekebalan tubuh berhubungan dengan tekanan. Saat tumbuh berkembang, sistem kekebalan tubuh juga akan berkembang macam iklan susu baby tuu.. tapi bukan dee yang cakap Dr. Andrew Miller, salah sorang penganalisis penyakit nie.

Jika terpapar bakteria dan parasit, sistem kekebalan tubuh akan berfungsi dengan lebih baik. Sistem akan lebih mudah mengesan bakteria yang dapat memicu penyakit, termasuk dapat kontrol peradangan.

Dan pada masa ini lingkungan memang lebih bersih dan higienis. Tetapi hal itu membuat sistem kekebalan tubuh kita tidak belajar bagaimana menghadapi bakteria dan virus yang menimbulkan penyakit.. So, jangan laa fussy sangat, orang sekeliling pun menyampah.. Takkan laa manusia sekeliling kita tak pandai jaga kebersihan.. diorang punsekolah gak dedulosss.. 

Takpun korang taruk je signboard nie kat memana yang korang rasa wajar.. hikhik...



Apamacam? Ada berani kaa? Lalala...

Jom jalan kaki...


Korang malas jalan? huk aloh... Tau tak korang yang berjalan itu merupakan terapi mudah untuk menghilankan macam-macam jenis penyakit tanpa perlu kuarkan duit gaji, ASB.. KWSP.. erk.. hehehe... suka yang 'free' kan? haaa apa lagi mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Bak kata Lisa Surihani "WALK FOR LIFE".. erk per kaitan Lisa ngan tag line nie.. hehehe..Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.



1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.


Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.


2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.


3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.


4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.


5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).


Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.


7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.


8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

**Jom renung-renungkan dan selamat beramal... daaaa!


Monday, March 21, 2011

INFO KESIHATAN : Awas Pembunuh Utama Wanita

Kanser payudara merupakan antara pembunuh utama wanita di dunia. Malah, kaum lelaki juga sebenarnya tidak ketinggalan menghadapi risiko ini. Kerana itu, pemeriksaan rutin merupakan langkah yang paling baik bagi menangani masalah kanser payudara. Sebarang kelainan atau keganjilan dari pemeriksaan tersebut harus diambil tindakan segera.

1. Benjolan
Gejala Kanser payudara yang paling mudah dikenali adalah munculnya benjolan yang tidak normal. Benjolan itu boleh umumnya diraba sendiri, biarpun kadang-kadang hanya boleh diketahui adanya benjolan itu melalui pemeriksaan mammograph.

2. Pembengkakan
Biarpun tidak ada benjolan, payudara yang membengkak atau terasa berat perlu diberi perhatian. Kehamilan dan retensi (penumpukan) cairan akibat terlalu banyak penggunaan garam sebenarnya juga boleh menyebabkan payudara membengkak.

3. Iritasi kulit
Gejala Kanser juga boleh diamati dari kulit payudara atau 
puting yang memerah, tebal dan bersisik. Jika tanda-tanda itu muncul biarpun tidak sedang mengalami jangkitan kulit dan tidak memiliki alahan terhadap bahan kimia pada pakaian, sabun dan lotion, sebaiknya segera berjumpa doktor.

4. Nyeri di bagian puting
Kista di payudara juga boleh menyebabkan rasa nyeri di bahgian puting. Untuk membedakannya dengan Kanser payudara, periksakan segera dan mintalah doktor untuk melakukan pemeriksaan ultrasonik yang boleh membezakan kista dengan sel Kanser.

5. Puting tenggelam (nipple retraction)
Biarpun jarang, pertumbuhan sel Kanser payudara di sekitar areola juga boleh menyebabkan puting tenggelam. Jika gejala ini muncul tiba-tiba, ada kemungkinan terjadi penarikan atau pengencangan kelenjar susu yang terjadi kerana terdesak oleh sel tumor.

6. Cairan aneh di puting
Selain susu, cairan apapun yang keluar dari puting perlu diberi perhatian terutama jika berwarna merah atau coklat. Biasanya doktor akan melakukan ductogram yakni sejenis mammograph untuk memeriksa kelainan kelenjar susu, dan mengamati cairan yang keluar dengan bawah mikroskop untuk mengetahui adanya sel Kanser di dalamnya.

7. Pembengkakan kelenjar getah bening
Kanser payudara selalu ditandai dengan pembengkakan kelenjar getah bening di kawasan ketiak. Periksakan segera untuk menjangkakan kemungkinan tersebut, biarpun kadang-kadang jangkitan juga boleh menyebabkan bahagian ini membengkak.



♥ Pemakaian Premium Beautiful boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan anda. Ia boleh dijadikan bantuan rawatan alternatif kepada sesiapa yang mempunyai LUMP, CYST, fibroid atau benjolan terutamanya di payudara, rahim, perut, malahan benjolan di lengan juga boleh hilang. TERBUKTI! dari kebanyakkan testimoni-testimoni kami, sesiapa yang memakaiPremium Beautiful set ini, selepas hanya beberapa minggu mengamalkan pemakaian Premium Beautiful ini (melepasi minima 8jam sehari) ternyata TERBUKTI benjolan / lump semakin HILANG dibadan / HAMPIR tidak dapat dikesan!! 

** Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati... Betul tak?



Tuesday, November 23, 2010

bagaikan raja berhari-hari

bagaikan raja berhari-hari.. kalo kawen, raja sehari je! kalo sakit, raja berhari-hari tau! hik~~ dua hari yang lepas dee ke klinik pasal sakit perut dan demam... doktor tuu kata macam appendiks! erm~~ status hari nie perut dee masih sakit dan tak upaya untuk berbuat apa-apa selain mengarang blog? [huh, statement keterlaluan] ye laa.. berdepan dengan lappy atau tv bermaksud sedang beristirehat dan bagaikan bercanda..tidak sama sekali..perut sebelah kanan masih dalam keadaan tak stabil! my skandal balik terkedek-kedek demi nak angkut dee sekali lagi ke klinik keluarga.. huh~~ mengeluh panjang sebab dee rasa takut. takut sebab nanti dokter kata macam-macam pasal sakit yang dee alami.. [macam budak-budak kan?] yang my mak pulak, suruh makan bubur nasi.. [dilayan bagaikan bayi? ooh!]

bubur nasi tanpa rasa.. huh~~ terima kaseh mak!

hari ahad tuu ari dee dapat 5 jenis ubat~~ ubat yang ada kait mengait dengan gastrik dan appendiks! tq dokter cinte ! poyo sungguh ayat dee kan?
ke klinik waktu lunch tadi.. 
my skandal nampak gundah gulana dan macam susah hati.. nama dee dipanggil, my skandal ikot jerk! dokter picit sana sini sekitar perut kanan yang sakit. tetiba dokter yang sorang lagik datang untuk buat scan [ala-ala scan baby pulak] dari placenta [rahim] nampak clear.. no baby! bawa ke sebelah kanan berhampiran kidney kanan dee, kelihatan ada ketulan di monitor scanner... risau nya yang teramat! dee dengar je discuss antara dokter dengan dokter yang satu lagi.. dee di suruh urine test! okeh~~ selesai dan dok menanti keputusan urine.. nama dee dipanggil semula oleh dokter tadi... dokter tuu kata dia sendiri tak dapat pastikan tapi dari result urine test nie ternyata dalam urine dee ada bakteria pada tahap maksimum [500 ke atas] dan terdapat darah dalam urine tuu.. hati mula risau bila dokter kata dee mesti datang selepas seminggu untuk confirmkan semula sama ada ianya appendiks atau kidney's problem.. apakah ini dugaanMu.. adoyai~~ ubat yang berbagai-bagai dibekalkan kepada dee dan kena makan kesemua ubat yang dee dapat...tekak dee dah sakit rasanya mungkin panas ubat agaknya... huhu~~
my skandal kata on da' way hantar dee balik umah "makan ubat tau ayang! abang sayang ayang!" huh~~ cedey dengar!

Monday, November 22, 2010

dee dan appendiks

Today dee mc.. 
semalam ke klinik dah 3 hari dee demam dan dah 2 hari jugak laa dee alami sakit perut yang sangat luarbiasa dan melampau tahap kesakitan tuu.. rasanya lebey sanggup sakit nak bersalin dari sakit perut yang datang menyerang kali nie... tak pernah dee rasa denyutan dan tak tergambar dengan kata-kata... dah berhari-hari mendengar bebelan dari my skandal dan adik beradik suruh ke klinik.. selama nie hanya bertemankan panadol dan buat-buat muka selamba bagaikan tak ada apa-apa.. bila malam ambik ko rasakan penangan sakit perut tuu... tak tahan rasanya! semalam hari minggu ke klinik untuk dapatkan rawatan, agak terperanjat dee bila doktor tekan perut sebelah kanan terasa sakitnya yang amat sangat tapi bila dilepaskan ia makin sakit.. doktor buat beberapa kali dan seterusnya apabila dilepaskan makin lama sakit makin kurang.. Doktor agak kompius, menurut beliau ianya simptom apendiks tapi he said i'm a lucky person.. first time that he press my stomach belah kanan sakit dan dilepaskan makin sakit... and after that he do again and again dee dah kurang sakit.. sepatutnya dee sakit bila dilepaskan tapi skang dee cuma sakit apabila ditekan. erm.. memula dee ingat ianya cuma sakit ringan tapi menurut doktor.. Apendiks bukan sejenis penyakit yang mudah dan jangan buat tak tau.. sebab jika kita tak ambik peduli dengan penyakit nie, kadang kala ia boleh mengundang maut... huh~~~ risau dan mengalir gak laa air mata dee nie!maklum laa sakit nie hanya mereka yang pernah alami je tau macam mana rasanya..  dee diberi mc sehari dulu, dan rawatan susulan akan diadakan lusanya. that's mean dee masih belum bley bekerja seperti sediakala... makanan dah tentu kena jaga dan time makan kena makan.. tak bley skip! Dek kerana tahap takut dan serius my skandal cuba mencari info tentang appendiks.. let's share!

RADANG APPENDIK
Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.

Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :
  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.


KOMPLIKASI

  1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.
  2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).
RAWATAN
PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.
Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.
sumber : mayoclinic

Friday, November 19, 2010

ini bukan gigitan cinta!

it's not a love bites okeh! ia gigitan  cinta  serangga agaknya nyamuk kot! ianya keterlaluan kan.. kena gigit nyamuk pun nak snap pixa.. balik rumah ibu mertua dee bley pulak bertalu-talu nyamuk datang menyerang bagaikan membuli dee je! memang dee jenis tak tahan kulit bila digigit nyamuk.. today cuti may be nak ke klinik dapatkan rawatan sebab dah merah sana sini.. siap kat muka pun kena! adoyai~~~








Saturday, May 22, 2010

[ totoi ]

seawal 8.30 pagi ~~~dee ngan my kids dah terpacul kat klinik kuaraga dr dahlia...panel jabatan tempat dee berkhidmat [ chewah ]erm ~~~hujan lebat yang mengiringi pagi sabtu yang indah..sampai kat klinik, dee pikir dee yang terawal tapi ramai lak yang sakit hujung minggu nie... huhuhutapi tak pe ~~~rileks dan menanti beberapa patient yang ada...giliran my little boy pun tiba ~~~dr yusry pun check totoi... dan suhu badan totoi agak tinggi 39'...fuih... takut laa jugak~ dee minta dr yusry masukkan ubat melalui anus totoi...sedey tengok~~my skandal asyik call nak tanya keadaan totoi...balik klinik beliau tido je sepanjang masa... bangun ~ nangis ~ bangun ~ haus ~

[ baby tyra ngan eisha agak bz memain pondok-pondok kat klinik tuu ]

[ wajah suram totoi ]

Friday, May 7, 2010

[ my diet starts tomorrow ]

wah ~~~
seperti bersungguh-sungguh untuk menjadi 'ramping'...
hahaha...
agak-agak 'tomorrow' bila eh...
tahun depan jer laaa...
lalala

Monday, September 7, 2009

inFo~Bahayanyerrr P.A.N.A.D.O.L.

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

ps~nasib baik dEe tak suka makan ubat @ panadol @ paracetamol dan yang sewaktu dengannya... ermmm...

Photobucket