Tuesday, November 30, 2010

Let's MAHA 2010

lama tak berblogging..sibok dengan permit! huh~~~ 
seawal jam 7 pagi dee mendapat perkhabaran bonda kepada abang hairol anuar telah meninggal dunia... maka, bergegas ke unit forensik Hospital Selayang dengan my skandal.. berada di hospital selayang dan terus ke rumah jenazah sehingga jam 10 pagi... "Takziah abang boy!" sejurus selepas minta izin dari kaum keluarga jenazah, dee, my skandal dan abang amir terus ke kedai buluh nak breakfirst! maklum laa segala-galanya memang tak dirancang, dan berjanji untuk minum pagi bersama yasser dan sue.. planning ke MAHA 2010 yang kejap ok kejap tak tetiba jadik siap meletop mantop lagiks... kami masuk ikot pintu 2.. huh~~ tak hengat punya jammed! ada sticker VIP ke.. menteri ke agong ke! pedulik hapa.. semua kena redah jammed nie! tak ada beza okeh! bergelumang dalam jammed selama lebey kurang 2 jam.. sape bley tahan angkat kaki? nak u-turn pun dah tak tau celah mana? cuma apa yang bley dee katakan "saya sangat keciwa dowh"... dua tahun lepas masa dee ke MAHA 2008, tak laa seteruk nie jammed nya... dee rasa laa kali nie jammed tahap meroyan nie sebab MAHA 2010 kali nie ada SUA RASA kan?

FAMA @ MAHA 2010

Nasi Serati -- Yasser
Setibanya kami kat sini dengan memarking kete dengan tahap keselesaan yang ala kadar, kitorang rasa kitorang perlu makan dan mengisi perut dulu... hehehe~~~ tetiba terliur menengok promosi gerai makanan popular Malaysia...masing-masing sibok memerhati makanan untuk santapan tengahari tuu... dee makan nasi putih ngan asam pedas melaka je.. nama makanan tuu asam pedas walopun rasa tak macam asam pedas tapi color sama! huh~~ my skandal dengan sup tulang merah dan yasser dengan nasi serati [itik]~~ terkedu beb! sue ngan dee biasa - biasa je! my kids ngan pakcu makan nasi tomato walopun rasa jauh panggang dari api! lagi pelik kuasa dua~~

pas makan kami mula meneruskan sesi penjelajahan... stamina kena kuat! besau ni tapak ekspo yang bakal dijelajah nie.. antara larat dengan tidak je! sebelum kuar dari hall gerai makanan popular tapi tak sedap nie tetiba my skandal beria-ia tunjuk mee ramen.. makanan kat China masa kami berhoye-hoye kat sana... seminggu makan mende ni kat China...huhuhu~~~ tapi rindu kenangan tuu! adoyai [tetiba kenangan mengusik jiwa..auuwww gedikss] snap laa pixa sebab julung-julung kali jumpa kat Malaysia kan... 

kesengalan melanda kami berempat... bley plak lepaking tanpa arah tujuan! hehehe~~ pe lagikss dee pun suroh laa my skandal tulung snap pixa dee ngan sue.. erm~~ dee nie kengkonon sedang menelaah maps okeh! pas gambo gedik sekeping, kitorang redah masuk laa hall D kot... taaaraaa~~ tuptup jumpa skandal pierre andre punya kembar [gulp... tekejut tak? hehehe] sementara tu my skandal, yasser ngan sue dan jugak mykids + pakcu sedang mengadakan rundingan meja bulat... discuss tentang ke mana arah tujuan kami pas nie... adoyai~~

 
meh minum teh cina..
batik tak siap!

yang paling tak best bila gi MAHA nie bila nak naik bas comel yang disediakan.. mak datok punya laa panjang beratur... tak de prinsip dan law langsung kalo naik bas.. [tuan punya blog pun sama] maklum laa bila marah menguasai segalanya ayat ter'over' pulak! hehehe...
bila dah naik bas comel nie rasa malas lak turun..bley ke? hik~ naik bas comel nie menuju ke rumah negeri... huh~~ hujan dan hujan! pavilion sebanyak 14 buah negeri tapi kitorang tak sempat laa nak redah semua.. yang mana kitorang berkenan je pegi.. aci tak? hehhe~~ penat + hujan! kesian kat mak budak-budak nie!
Lepaking dan minum kat Pavilion Sarawak
Berteduh dari hujan di Pavilion Terengganu... ada demo masakan, my son's bley plak makan sampai kenyang.. sib baek aweks yang masak tuu okeh! heheh...
kesian kan? hujan lebat sangat.. tak sesuai buat hujung tahun...
my little bee~
Pavilion Negeri Sembilan
Pavilion Kelantan
dee dan my skandal di Pavilion Sabah bah!
nie Pavilion Melaka... cam tak siap sangat...biasa jerk!
Lelong..lelong! dua singget!
Lembu.. macam-macam bau ada kat sini!
nie kambing sale! lelong!lelong!
my little bee tak suka! bau mucuk dia kata... hehehe

setengah hari kitorang kat sini... my kids dan pakcu nampak letih benar.. okeh, cukup laa story mory MAHA 2010.. panjang umo kita jumpa di MAHA 2012 pulak nanti... per lagikss, pegi laa bawak kuarga kat sana semua free kecuali makan je korang kena beli okeh! jom sama-sama menjayakannya! [erk..ayat macam penaja rasmi..hik]

Thursday, November 25, 2010

huh~

melampau atau tidak bila dee katakan yang dee perlukan vacation? 
huh~~ rest n rest luar dari kota yang bz nie! kat rumah selama seminggu sebab MC pun tak dapat merehatkan minda... my skandal bz ngan politik dan keje.. my mak also sibuk ngan kelas aerobik sejak jadik trainer nie! my kids? macam buat hal sendiri walhal baru umo 7 tahun yang eldest tuu.. dee? macam kayu kot! agaknya laa tak pun batu! batu yang bernyawa!

Tuesday, November 23, 2010

bagaikan raja berhari-hari

bagaikan raja berhari-hari.. kalo kawen, raja sehari je! kalo sakit, raja berhari-hari tau! hik~~ dua hari yang lepas dee ke klinik pasal sakit perut dan demam... doktor tuu kata macam appendiks! erm~~ status hari nie perut dee masih sakit dan tak upaya untuk berbuat apa-apa selain mengarang blog? [huh, statement keterlaluan] ye laa.. berdepan dengan lappy atau tv bermaksud sedang beristirehat dan bagaikan bercanda..tidak sama sekali..perut sebelah kanan masih dalam keadaan tak stabil! my skandal balik terkedek-kedek demi nak angkut dee sekali lagi ke klinik keluarga.. huh~~ mengeluh panjang sebab dee rasa takut. takut sebab nanti dokter kata macam-macam pasal sakit yang dee alami.. [macam budak-budak kan?] yang my mak pulak, suruh makan bubur nasi.. [dilayan bagaikan bayi? ooh!]

bubur nasi tanpa rasa.. huh~~ terima kaseh mak!

hari ahad tuu ari dee dapat 5 jenis ubat~~ ubat yang ada kait mengait dengan gastrik dan appendiks! tq dokter cinte ! poyo sungguh ayat dee kan?
ke klinik waktu lunch tadi.. 
my skandal nampak gundah gulana dan macam susah hati.. nama dee dipanggil, my skandal ikot jerk! dokter picit sana sini sekitar perut kanan yang sakit. tetiba dokter yang sorang lagik datang untuk buat scan [ala-ala scan baby pulak] dari placenta [rahim] nampak clear.. no baby! bawa ke sebelah kanan berhampiran kidney kanan dee, kelihatan ada ketulan di monitor scanner... risau nya yang teramat! dee dengar je discuss antara dokter dengan dokter yang satu lagi.. dee di suruh urine test! okeh~~ selesai dan dok menanti keputusan urine.. nama dee dipanggil semula oleh dokter tadi... dokter tuu kata dia sendiri tak dapat pastikan tapi dari result urine test nie ternyata dalam urine dee ada bakteria pada tahap maksimum [500 ke atas] dan terdapat darah dalam urine tuu.. hati mula risau bila dokter kata dee mesti datang selepas seminggu untuk confirmkan semula sama ada ianya appendiks atau kidney's problem.. apakah ini dugaanMu.. adoyai~~ ubat yang berbagai-bagai dibekalkan kepada dee dan kena makan kesemua ubat yang dee dapat...tekak dee dah sakit rasanya mungkin panas ubat agaknya... huhu~~
my skandal kata on da' way hantar dee balik umah "makan ubat tau ayang! abang sayang ayang!" huh~~ cedey dengar!

SPM ooh SPM

Miss the fun moments so much. SPM oh SPM!
Went to school with my kampungan friends last 12 years! huh lama tuu.. Anyway, I think that SPM papers are tough masa tuu.. susah gilers!
Nothing was easy for me so far except for Mathematics Mod paper2.
I don’t know how to survive for Additional Mathematics, Biology and Chemistry papers.eiii.. pernak jadik dalam kepala otak nie asyik pikir jer! Alhamdulillah, kini dee lulusan Politeknik Shah Alam dalam course Kejuruteraan Awam.. SPM juga membanggakan walopun rata-rata cikgu di SMKGS dulu memandang dee nie sangat 'low' sebab tak menonjol langsung dalam kelas.. yang best tuu dee ambik result dah lewat dan jam pun dah kol 3 petang, cikgu pun terkejut dengan result dee! cikgu yang pernah suggestkan dee tukar aliran! Alhamdulillah.. sujud syukur ke hadrat Mu!  kadang kala jangan pandang somebody tuu sebelah mata... dan rata-rata kawan-kawan dee pun bukan dapat sambung study kat IPTA pun ramai yang ke kolej swasta... Alhamdulillah lagi sekali dee dapat sambung study ke IPTA dan dah graduated pun! dan after 12 years, my adik azizi pulak yang akan duduki SPM... tapi azizi minat dengan accounting! erm~~ sure u can do laa my dear azizi~



Monday, November 22, 2010

dee dan appendiks

Today dee mc.. 
semalam ke klinik dah 3 hari dee demam dan dah 2 hari jugak laa dee alami sakit perut yang sangat luarbiasa dan melampau tahap kesakitan tuu.. rasanya lebey sanggup sakit nak bersalin dari sakit perut yang datang menyerang kali nie... tak pernah dee rasa denyutan dan tak tergambar dengan kata-kata... dah berhari-hari mendengar bebelan dari my skandal dan adik beradik suruh ke klinik.. selama nie hanya bertemankan panadol dan buat-buat muka selamba bagaikan tak ada apa-apa.. bila malam ambik ko rasakan penangan sakit perut tuu... tak tahan rasanya! semalam hari minggu ke klinik untuk dapatkan rawatan, agak terperanjat dee bila doktor tekan perut sebelah kanan terasa sakitnya yang amat sangat tapi bila dilepaskan ia makin sakit.. doktor buat beberapa kali dan seterusnya apabila dilepaskan makin lama sakit makin kurang.. Doktor agak kompius, menurut beliau ianya simptom apendiks tapi he said i'm a lucky person.. first time that he press my stomach belah kanan sakit dan dilepaskan makin sakit... and after that he do again and again dee dah kurang sakit.. sepatutnya dee sakit bila dilepaskan tapi skang dee cuma sakit apabila ditekan. erm.. memula dee ingat ianya cuma sakit ringan tapi menurut doktor.. Apendiks bukan sejenis penyakit yang mudah dan jangan buat tak tau.. sebab jika kita tak ambik peduli dengan penyakit nie, kadang kala ia boleh mengundang maut... huh~~~ risau dan mengalir gak laa air mata dee nie!maklum laa sakit nie hanya mereka yang pernah alami je tau macam mana rasanya..  dee diberi mc sehari dulu, dan rawatan susulan akan diadakan lusanya. that's mean dee masih belum bley bekerja seperti sediakala... makanan dah tentu kena jaga dan time makan kena makan.. tak bley skip! Dek kerana tahap takut dan serius my skandal cuba mencari info tentang appendiks.. let's share!

RADANG APPENDIK
Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.

Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :
  • sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
  • jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain .
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedududkan appendik seseorang seperti :
  • Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
  • Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
  • Loya dan muntah-muntah
  • hilang selera makan
  • sembelit
  • sukar membuang angin
  • cirit-birit
  • bengkak pada abdomen
  • demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.


KOMPLIKASI

  1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.
  2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).
RAWATAN
PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.
Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.
sumber : mayoclinic

alkisah KOPI

keburukan kopi hanya tipu belaka okeh!


1 ) dikatakan kopi itu tidak baik , sedangkan itu minuman nabi
2 ) Kopi dikatakan mempunyai kafein sedang kan setiap minuman dari tumbuhan mempunyai kafein , kalau kafein tidak baik mengapa kita minum air teh ?
3 ) dikatakan kafein menyebabkan otak lembab , namun kafein terdapat dalam kopi yang merangsang stimulasi otak
4 ) Dikatakan kopi boleh meyebabkan mandul , sedangkan kopi lah yang mengaktifkan rangsangan seksual
5 ) dikatakan kafein tidak baik untuk kesihatan, sedangkan dengan meminum kopi kita dapat mengelak diabetis
6 ) minuman kopi adalah para ilmuwan islam seperti IBNU SINA yang telah mencipta kopi herba dan minuman nabi  , yang semestinya berkhasiat dan sesungguhnya nabi tidak pernah berbohong
7 ) kopi juga adalah minuman kegemaran yahudi dan orang barat ...pelik?? mereka yang buat fatwa , mereka juga lah minum ..sebab apa mereka tak nak manusia jadi pandai
mereka nak manusia jadi BODOH supaya kita yang ikut ni pn percaya ckp mereka
8 ) bukan untuk membandingkan...cuba kalian lihat profeser di luar negara dan cuba lihat kebanyakan usahawan cina yang maju..dan cuba pergi ke majlis esklusif , yang dihadiri orang ternama terutama dari barat minuman apa yang mereka minum ? sudah tentu kopi...........
9 ) Cuba kalian siapa pemilik starbucks ? YAHUDI.....

Kopi tidak hanya amalan sebagai teman untuk mengusir mengantuk dan membuat kita tetap 'bertenaga', namun juga punya manfaat lain yang membuatkan anda dan pasangan senyum lebar.


Selain mampu menghilangkan pening, kopi juga memiliki manafaat lain untuk pasangan, iaitu membuat sperma berenang lebih cepat dan merangsang kesuburan lelaki.


Seorang lelaki yang rutin minum secawan kopi setiap pagi memiliki sperma yang mampu berenang lebih lincah dibanding lelkai yang tidak pernah minum kopi di pagi hari. Ini sudah bagus, bagaimana pasangan Anda?


Mereka yang mengamalkan kopi secara rutin setiap harinya memiliki kualitas sperma yang jauh lebih sihat dibanding yang tidak mengonsumsi kopi. Kandungan kafein dalam kopi membantu sperma mampu berenang lebih cepat selain membantu mempertingkatkan sperma air mani.


Nah, minum kopi ternyata ada manfaatnya. Minuman kopi yang menjadi sebutan dan pilihan ramai kerana terbukti khasiatnya ialah Kopi Herba Untuk Lelaki Dan Wanita ini.


Digabungkan bersama 23 jenis herba terpilih yang bersesuaian dengan permasalahan wanita dan lelaki masa kini.Pengamalan herba melalui minuman kopi telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Kopi Herba Untuk Wanita - Kembali Dara cafe ini begitu sesuai untuk masalah dalaman wanita. Dan untuk lelaki turut disarankan agar turut serta dalam usaha prihatin pada kesihatan tubuh badan agar keintiman bertambah harmoni amalkan Kopi Herba Untuk Lelaki -Teruna Cafe pilihan yang tepat. Kopi ini adalah kopi herba terpilih yang sesuai dijadikan minuman harian.


Dengan hanya 2 kali sehari anda mengambil kopi ini, anda akan merasa nikmat dan khasiat yang terkandung didalamnya. Cuba Dulu. Anda akan tahu rahsianya.


    Dapat mengecutkan pintu rahim
    Melancarkan perjalanan darah dan menambah kekuatan tenaga batin
    Menghilangkan keputihan dan bau
    Memecah dan menyeimbang lemak dalam badan
    Menegang dan mengejapkan payu dara
    Merawat dan menyembuhkan luka bahagian faraj


Hanya Lelaki Tahu Rahsia Wanita...


    Menambah tenaga dan tonik seks
    Melancarkan perjalanan darah dan membuang angin
    Memulihkan urat saraf
    Memecah dan menyeimbang lemak dalam badan
    Membuang toksin dan mencuci buang pinggang
    Membuka selera dan menambah kelazatan jimak


lebey - lebey lagik bila korang minum...
KOPI JANTAN ngan KOPI JANDA..hikhik

Saturday, November 20, 2010

notis amaran mi sedaap

korang penggemar mi sedap? kalo korang salah sorang penggemar mi sedap kena ambik perhatian pasal NOTIS AMARAN yang telah dikeluarkan oleh Wings Food...
jangan sesuka ati je beli tanpa tengok 'get-up' yang dibenarkan. timbul rasa pelik bila makanan pun ada gak manusia nak cetak rompak.. apakah ini? huh~~~

sila klik untuk pembesaran yang sehat.. hik~

Friday, November 19, 2010

i love handbags contest

Jom join 'i love handbag contest'.. kalo tak mo join korang klik like je kat pic dee! hik~

[ SYARAT-SYARAT NYA ]

TAK SUSAH PUN .....
1. MULA2 kena LAH lah ADD SUCI DULU YE..
2.PASTU TAG KAN " SATU SAHAJA" GAMBAR KORANG DEKAT SUCI..TAPI SUCI NAK GAMBAR " KORANG DAN HANDBAG"...KALAU BOLEH YANG PALING KRETIF TAU..hehehhehhe..bila Dah TAG suci suci akan masukkan gambar tu dalam album ini..
3.So korang bolehlah minta kawan2 yang LAIN untuk LIKE !!! pic korang tu ye..
4.Pemenang akan dikira dari segi sape yang paling bnyak undi LIKE !!! SENANG kan..
5.cONtesh ini bermula dari sekarang hingga 31.12.2010..
6.Pemenang akan dihubungi oleh ochabutik..
ok selamat mencuba..mane tahukan nasib korang dapat HANDBAG FREE DARI OCHABUTIK ..HEHEEHHE
 klik laa 'like dee' okeh di contest cik suci okeh!
dee memang peminat handbags yang tegar... handbags GUCCI especially.. tetiba ari nie terbaca kat wall kak SUCI DELILA ada contest handbags!  yeehaww! nape pixa nie jadik pilihan dee, sebab handbags GUCCI nie special ori dibeli oleh my skandal dari oversea.. hoho..jauh tuu!
 

ini bukan gigitan cinta!

it's not a love bites okeh! ia gigitan  cinta  serangga agaknya nyamuk kot! ianya keterlaluan kan.. kena gigit nyamuk pun nak snap pixa.. balik rumah ibu mertua dee bley pulak bertalu-talu nyamuk datang menyerang bagaikan membuli dee je! memang dee jenis tak tahan kulit bila digigit nyamuk.. today cuti may be nak ke klinik dapatkan rawatan sebab dah merah sana sini.. siap kat muka pun kena! adoyai~~~