Thursday, March 17, 2011

Mayat baby tak de tangan, kaki dan alat sulit pulak~~

selamat malam.

since gempar tentang gempa bumi dan tsunami melanda Jepun minggu lepas, dee memang rajin jengah UTUSAN .. nak tau perkembangan terkini tentang rakyat negara matahari terbit tuu! kesian dan hiba dengan apa yang terjadi.. sudah tertulis di loh mahfuz kan? betapa prihatinnya dee sehinggakan mem'fav' kan dalam my BB.. kalah PM ouwwh..

tapi,
malam nie dalam TERKINI UTUSAN agak mengharukan dan memang menyentuh naluri keibuan... biasa laa tsunami rakyat Malaysia, Ya Allah kejamnya...mak ayah bayi ni mesti dijatuhkan hukuman berat. Bayi ini bukan sampah yang boleh dilayan sepertimana yang digambarkan.. Dia juga dianugerahkan oleh Tuhan untuk hidup seperti kita. Malangnya,ini yang dia terima. Banyak lagi pasangan suami dan isteri yang tidak ada cahaya mata sendiri akan menyayangi bayi ini . Hukuman yang berat biarlah Tuhan saja yg menentukan. lebey membuat dee saket hati bila mayat bayi tanpa tangan, kaki dan alat sulit dijumpai.. **nak baca berita lanjut klik SINI


Hakikat disebalik pembuangan dan pembunuhan bayi

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu adalah untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas melakukan perzinaan.

Pada zaman jahiliah, mereka membunuh anak mereka kerana khuatir anak mereka itu diperkosa atau berzina apabila besar nanti. Tetapi, pada zaman moden ini, anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina.


~ Sekian

No comments: