Showing posts with label MARAH. Show all posts
Showing posts with label MARAH. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Apabila si tua tak sedar diri ~

Salam ~

Tittle entry sangat ngeri bunyinya, haissh... sedih mengenangkan seorang yang selayaknya bergelar nenek dan datuk kepada cucu-cucu menghabiskan sisa tua dengan melakukan maksiat dan dosa.. Astaghfirullah... Sepatutnya sisa sisa umur yang Allah kurniakan pada kita digunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dimanafaatkan untuk bertaubat dari dosa-dosa yang lalu. Digunakan untuk memohon maaf sesama manusia...

Alangkah rugi sewaktu umur sudah senja..
sudah tua TETAPI masih lagi mencintai dunia..
berbekalkan kenangan lampau, si tua masih lagi bersarang dengan dendam kesumat..
masih lagi bergelumang dengan maksiat…
alangkah rugi dan sesal ketika di alam barzakh dan di padang mahsyar nanti kerana tangisan airmata darah pun ketika itu sudah tiada guna lagi...

Mari bermuhasabah diri ~

Ya Allah,
Ampunkan dosa mereka!
Ampunkanlah dosaku,
Ampunkanlah dosa ibubapaku,
Ampunkanlah dosa guru-guruku,
Ampunkanlah dosa sahabat-sahabatku,
Ampunkanlah dosa muslimin dan muslimat.
Jauhkanlah kami dari azab neraka,
Jauhkanlah kami dari bala bencana,
Jauhkanlah kami dari kata-kata dusta,
Jauhkanlah kami dari hasutan dan godaan syaitan.
Kurniakanlah kepada kami nur dan hidayah-Mu,
Kurniakanlah kepada kami rahmat dan nikmat, zuriat yang soleh dan solehah.
Amin.

**Dalam sebuah hadith Qudsi ada dijelaskan.." Allah mencintai orang tua yang taat tetapi Allah lebih mencintai orang muda yang taat. Allah benci orang muda yang maksiat (derhaka kpd Allah) tetapi Allah lebih benci orang tua yang maksiat (derhaka kpd Allah) "


Monday, March 21, 2011

Sudah hilang hormat!

after maghrib ~~
merewang-rewang di blog kawan-kawan.. dan salah satu blog yang aku kunjungi ialah BLOG SIS RM.. korang kenal kan? terutama korang yang memang tengah kemaruk dan addict cara-cara menjana pendapatan melalui blog laa nuffnang bagai... memula menterjebakkan diri dalam dunia blogging nie pun aku selalu gak nengok dan intai blog sis RM.. maklum laa dia laa idola aku sehingga jam 7 petang tadi... tapi, after maghrib nie, aku dah tak nak menganggap dia sebagai idola aku.. 

menurut sis rm, today banyak yang updated blog dengan cerita payudara (bahasa sopan) tapi sis rm guna t***k pulokss... sangat tak bagus kan? aku bukan apa, aku sedey dengan ayat-ayat sis ni.. maklum laa orang dah glamer kan? 


kalau nak tau aku salah sorang yang updated blog info kesihatan mengenai pembunuh no. 1 wanita nie.. aku berkongsi info yang aku terima dari email.. dan seperti mana sebelum nie, aku memang suka share bab kesihatan ngan kengkawan.. dan untuk pengetahuan kawan-kawan dan sis rm jugak (entah dia baca ntah idok blog aku nie..) aku bukan blogger melayu yang nak cepat naik ngan story tetek ni, aku sorang blogger yang suka menceritakan perihal idop aku, anak-anak dan keluarga serta sedikit info apa-apa yang aku rasa patut dikongsi... aku sedey ngan statement ko, sis rm.. sebab selama nie aku hormat ko! tapi tak sangka gitu pulak ko pandang blogger hingusan... aku sekadar berblogging dan bukan untuk menjana pendapatan demi sesuap nasik sebab aku masih bekerjaya!

Lain kali jangan main tibai je cakap! tak baek! bley kecik hati orang (bukan ati aku jerk!)
Sekian.. T________T

** ada sesape nak sampaikan pada sis RM? Silakan laa...
* aku = maaf guna bahasa kasar!

Thursday, March 17, 2011

Mayat baby tak de tangan, kaki dan alat sulit pulak~~

selamat malam.

since gempar tentang gempa bumi dan tsunami melanda Jepun minggu lepas, dee memang rajin jengah UTUSAN .. nak tau perkembangan terkini tentang rakyat negara matahari terbit tuu! kesian dan hiba dengan apa yang terjadi.. sudah tertulis di loh mahfuz kan? betapa prihatinnya dee sehinggakan mem'fav' kan dalam my BB.. kalah PM ouwwh..

tapi,
malam nie dalam TERKINI UTUSAN agak mengharukan dan memang menyentuh naluri keibuan... biasa laa tsunami rakyat Malaysia, Ya Allah kejamnya...mak ayah bayi ni mesti dijatuhkan hukuman berat. Bayi ini bukan sampah yang boleh dilayan sepertimana yang digambarkan.. Dia juga dianugerahkan oleh Tuhan untuk hidup seperti kita. Malangnya,ini yang dia terima. Banyak lagi pasangan suami dan isteri yang tidak ada cahaya mata sendiri akan menyayangi bayi ini . Hukuman yang berat biarlah Tuhan saja yg menentukan. lebey membuat dee saket hati bila mayat bayi tanpa tangan, kaki dan alat sulit dijumpai.. **nak baca berita lanjut klik SINI ~ 


Hakikat disebalik pembuangan dan pembunuhan bayi

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu adalah untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas melakukan perzinaan.

Pada zaman jahiliah, mereka membunuh anak mereka kerana khuatir anak mereka itu diperkosa atau berzina apabila besar nanti. Tetapi, pada zaman moden ini, anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina.


~ Sekian

Thursday, November 11, 2010

cuba korang bayangkan...

bangun pagi...
bukak wardrobe -- terpikir sekejap per baju kurung dee nak pakai raya korban nanti? walopun ianya raya korban tapi selalunya dee akan tetap mantop melaram dengan baju kurung baru... tetiba teringat yang balance baju kurung raya puasa ada lagik kat kakak tukang jahit tuu... dah dekat dua bulan sejak dua minggu puasa dee hantar kat kakak tuu... 2 pasang sudaa diterima selepas raya puasa [walopun ati terluka di pagi hari raya] dan sepasang lagi selepas raya kata kakak tuu... tup tup sampai laa ni dee tak nampak kelibat kakak tuu! cuba korang bayang perasaan dee skang dan ketika di pagi hari raya lepas? selalunya dalam drama king tv je kan kali nie kena kat batang hidung sendiri...agak-agak kakak tuu ada blog tak? huhuhu~~~

Monday, October 25, 2010

[kencing muka bini?]

topik di Harian Metro sangat mengaibkan bagi kaum wanita khususnya apabila sang suami memperlakukan sedemikian... memang bang**g kan jantan tuu? [dee sedang emo] hanya kerana tak menepati selera masakan si isteri kenapa laa ko bley nak belasah pastu cukur pulak kepala isteri sampai botak? tak cukup tuu si jantan KENCINGkan pulak isteri tadi... dee rasa apa yang terjadi disekeliling dah macam keadaan di luar negara... banyak kejadian di luar dugaan dan kita sendiri tak terpikir kan? tapi tuu laa hakikatnya~~~ kebanyakan kaum jantan sekarang dah loser dan ntah apa--apa ntah... haaaissshhh~~~
** kalo dee tak tengok facebook my cousin, liya pasti tak perasan! siap suruh dee bagi ulasan lagikss! erm~~ dee bukan orang yang sewajarnya memberi ulasan mengenai hal sebegini, tetapi sebagai seorang wanita, ianya merupakan sesuatu tragedi yang sangat hina kita dengar... isteri sepatutnya dilindungi bukan tempat si jantan melepaskan baran![may be jantan tuu baran kot].. sangat idiot jantan tuuu! @#$@#%#$^ huh! [nape dee guna perkataan jantan adalah spesies binatang... ianya amat sesuai digunakan kepada mereka yang gilerss! ]
Photobucket

[kek lapis HADEEJA]

Perhimpunan Agong UMNO bagi tahun 2010 baru jer menutup tirai... erm~~~ kali nie banyak yang menyenangkan antaranya solat Jumaat telah diadakan di perkarangan [bahagian dalam] Bangunan UMNO itu sendiri! selaen dari tuu... gerai--gerai pun okeh dan gojes lelebey lagikss gerai KEK LAPIS SARAWAK HADEEJA! korang pepaham laa sape artis yang jual kek lapis kan? nak tau kenapa? bagi dee price untuk kek lapis beliau sangat tidak relevan laa~~~ kalo kek lapis tuu tebal sepertimana yang selalu dibeli kat Dayang Salhah ke tak pe, nie nipis tapi dengan price RM25? adakah kerana beliau seorang artis? erm~~~ sangat tidak berbaloi--baloi! kadang kala bisnesman n bisneswoman nie ingat kita yang datang--datang suka suki kat Perhimpunan Agong UMNO nie cop duit ke? huh~~~~
Photobucket

Sunday, October 24, 2010

[pakej nikah siam?]

sangat menjengkelkan dan rasa macam nak marah pun ada~~ seawal pagi minggu dee bangun dan open fb! [suatu aktiviti yang sangat wajib okeh! ] tetiba terpana dengan pixa 'OUR WEDDING' by cousin dee, Along watie! syabas dan sangat syiok bila melihat along dan abang long... walopun dah berkawin selama 13 tahun maseh punya feel ambek gambo wedding lagiksss dan kali nie bersama anak-- anak mereka~~~ terasa macam nak tiru pulaksss! hik.. akibat dari itu setelah dirisik, rupanya ia adalah pakej perkahwinan yang dah 2 tahun along tempah! sangat teruja okeh! mencari dan terus mencari pakej ekonomi... sedang mencari di laman--laman iklan tetiba ada sebuah laman iklan yang menawarkan pakej NIKAH SIAM PAKEJ KAHWIN THAILAND POLIGAMI WALI HAKIM THAI? ianya sangat melampau bukan? kenapa admin laman iklan boley approved iklan sebegini?

Photobucket

Thursday, April 22, 2010

[ unlimited ]


pernah tak mende nie terjadik kat korang?
dee rasa macam nak rejam jerk %^&*$ broadband nie~~~
bukan dee jerk malah cik deathluver pun alami mende yang sama...
sangat geram dan sungguh sengal...
masa promoted dulu~~
hebat laa sangat dari si boroi kunen dan celcom tuh...
adoyai!!!
yang dee geram kan kalu dee nie pelanggan yang der limit tak pe...
tapi dee punyer talian hayat~
UNLIMITED beb!

Thursday, April 15, 2010

[ tak de keje laen ke mangkok! ]



lagi sekali Malaysia dikejutkan dengan kes dera...
kali nie mangsa nya sorang budak berusia 3 tahun...
[sebaya cik bee]
nie marah nie...
dapat dee bayangkan budak umo tuh memang laa tengah agresif..
adoyai...

Sejak bulan Februari lepas,
kita semua dikejutkan dengan kesah kematian
dua orang kanak-kanak malang,
sorang berbangsa melayu [Syafiah Humairah Sahari, 3]
dan sorang lagi india [K. Harreswaral, 1]...
dan bebaru nie cina [Lee Swee Hui,3 ] pulak...
yang sedihnya, hal nie sikit tak timbulkan keinsafan...
lagi sedey bila kat badan budak cina nie banyak kesan lebam...

dan kol 8.20 malam tadi ~
masa nengok buletin utama ada berita tentang mak bapak tiri budak cina nie...
alkesahnya mak bapak tiri budak nie rupanya layan syabu...
huh, sunggul sengal dan s**l kan?

dee rasa setiap kaum kat Malaysia nie kena g kursus jaga anak laaa...
bukan setakat kursus kawen jer..
bahaya nie...
buat anak pandai..tapi bangang! %$&^%&*^*&(
macam dah tak de keje laen kan magkok-mangkok nie...
bagi yang kawen atau ada boyprend tuh
ingat laa sket anak tuh anak awak darah daging sendiri...
percaya kat jantan keparat buat apa?
apa yang korang dapat? korang dapat okeh laakan...?
anak korang? a.k.a. anak tiri jantan tuh?
sengal buih betul laaa...
ish...dah tak de ayat nak karang nie...
kang melampau kang kena banned pulok...huhuhu
**maap ~ dee menaip dengan perasaan yang sangat-sangat
marah hingga tak dapat dibendung!

Monday, April 12, 2010

[suka aTi buanG baby]


huh...geram betol laa baca paper ari nie...
ada lagi kes buang baby...

dah laa tuu kat kawasan hot plak tuh skang nie...
rasa macam nak hentak je kepala otak diorang tuh...
apa yang dee nak bebelkan nie tak terluah dengan
kata-kata bila nengok gambo baby tuh...
apa kejadahnya diorang nie....
yang paling sengal tuh,
Selangor laa catatkan statistik paling highest sekali dalam bab buang baby nie...
Ish, ya Allah ~~
tak terungkap dengan kata-kata...

ish...marahnya dee ~~~