Tuesday, October 23, 2012

Hipotensi & Aku



Baru-baru ini aku mengalami pening kepala yang sangat panjang. Pening kepala berterusan lebih daripada satu hari. Apabila check di klinik, aku mengalami tekanan darah rendah. Nasib baik tak pitam.

Nak tau pasal Tekanan darah rendah (hipotensi)? Sila membaca... 

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi Tekanan darah rendah ( HIPOTENSI )

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

  • usia ( terasa tua lak... huhuhu )
  • aktiviti seharian 
  • perasaan ( stress kot.. )
  • ubatan 
  • pendarahan ( sedang mengalaminya... )
  • infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke 
  • penyakit jantung 
  • penyakit pada mata 
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah 
  • pening kepala ketika posisi badan berubah 
  • sukar untuk berkonsentrasi 
  • mata berkunang-kunang 
  • mual 
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap 
  • pernafasan cepat dan pendek 
  • defresi 
  • cepat haus 
  • kurang daya ingatan
Jika anemia amat teruk,ia akan menyebabkan:
  • kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.
  • kaedah rawatan anemia
  • antara tanda seseorang itu sihat ialah apabila sistem peredaran darahnya dalam keadaam normal.

*** Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.


Penyebab Tekanan Darah Rendah

Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-

  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal 
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit. 
  • Masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat. 
  • Keadaan otot yang lemah

Dulukan....

Aku selalu ignore semua simptom-simptom tu. Aku selalu pening kepala. Selalu dahaga dan minum air berais...  Selalu lelah dan semput..  Mata selalu berpinar. Masalah kabur bila melihat tulisan tapi bila periksa mata tak ada apa-apa pun. Kadang-kadang orang tegur muka aku pucat. Selalu depressed (itu memang jadual rutin hidup aku). 

Semua tu simptom rupanya.  

Bila pening kepala aku selalu ingat aku ni bakal menerima wasiat darah tinggi. Keturunan memang belum ada. Selalu minum air sebab ingatkan aku ni nak ke arah simptom diabetes, lagipun aku memang dah capai tahap obesiti. Mata berpinar sebab selalu tengok screen laptop lama-lama walaupun sebenarnya aku dah berkacamata. Kanta khas untuk silau kononnya. Siap bodohkan kedai cermin mata sebab ingatkan dorang yang salah buat cermin mata.

Aku malas bersukan. Antara solution untuk tekanan darah rendah ni ialah kena selalu beriadah. Supaya ada circulation darah untuk dipam ke jantung, otak dsb.

Ish... tak boleh jadi ni. Kena cari insurans cepat-cepat. Better safe than sorry! Tapi kena tunggu lagi 5tahun, bagi gaji stable dulu.


p/s: hipotensi = hyppo + tension dalam bahasa melayunya AKU YANG TERTEKAN... hehehe!





No comments: