Monday, January 31, 2011

entry touching!


Tak lama lagi chinese new year! 
bila chinese new year macam-macam planning yang dee dengar dari kengkawan...

hurm..
my skandal pun dah nak balik raye cina nie!
tapi terasa sangat disappointed bila dee dah tau macam-macam planning about my skandal's family! untuk habiskan masa bersama dirumah dengan my kids rasanya ia bukan lagi tajuk utama akhbar  my skandal balik ke Semenanjung! kenapa dia suka buat-buat tak paham ek? 

family dia pulak macam tak paham je bila my skandal balik hari kamis flight kol 2 petang dari KK.. then, sampai may be kol 5 petang kat LCCT.. tuu lum kira time sampai rumah! dalam kol 9 malam baru bley rehat dan goyang kaki dok depan tv tengok citer cina kot!

keesokkan harinya ~ Jumaat! Penghulu segala hari.. hari yang agak pendek maklum lah kewajipan menunaikan solat Jumaat... my skandal nak jemput family dia di MELAKA dan bawa balik ke RAWANG? hoh! dee memang rasa kecewa sedikit... penat hari kamis lom hilang, dah mengadap kepenatan hari Jumaat! 

Dah lepas Jumaat, opcoz laa Sabtu kan?
Ntah apa planning dia yang dee tak tau.. takkan kuarga ada di rumah tak entertain? pelik jer! lantak laa... kalo keterlaluan tekanan darah dee may be zero!

Then, Sunday menyusul...
dengan kepenatan berhari-hari belum dapat released ~
nak hantar kuarga dia balik ke pangkal jalan MELAKA semula... kemudian, drive balik RAWANG.. macam ntah apa-apa je kan? 

Yang wujud rasa sangat tidak patut bila my skandal balik ke KK pada senin keesokan harinya... moral of da' story here, dee sangat sedey bagaikan manusia kurang kasih sayang! erk.. hohoh! sekian luahan rasa dee!


Kisah laki bini...

Kesah suami isteri...
tapi dee tau tak semua alami situasi nie.. Alhamdulillah, dee juga bukan tergolong dalam golongan laki bini yang cam gini! hikhik~ jom renung-renungkan!

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! [Suara pintu digegar], kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Chewing gum is a banned stuff In Singapore

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.

Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?" Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore

Tanya lagi " Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?" Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand" Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje" PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand" Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?" PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje." Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore" Erk! muka PM Singapore jadik merah padam" dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang!

Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapora?

**macam sengalkan? hikhik~~

Hubungan jarak jauh dee dan my skandal!

"hujan yang turun bagaikan mutiara..." hohoh.. nyanyi pulak dee pepagi neh!
tetiba teringin nak updated blog ~ ada cerita tapi tak de idea!
dee kehabisan idea? cam tak semenggah jerk statement yang dibuat oleh my bff malam tadi! hohoh~~

open je dashboard..
terbaca entry from my frendzz BUNGA DAN COKLAT dengan entry yang ada kena mengena dengan life dee! Hubungan jarak jauh antara suami isteri. Kawan-kawan ada pengalaman tak

Hubungan jarak jauh!
Since dee berkahwin ngan my skandal, serius dee katakan yang dee tak pernah berjauhan sehinggalah rezeki kami sekuarga bila my skandal ditawarkan keje di F***... masa tuu dah empat tahun berumahtangga.. idop masih tak berapa nak stabil tapi sib baek laa dee nie dok ngan my mak sekali.. tambahan my skandal lak dikehendaki bertugas di Sarawak untuk projek **** negeri masa tuu!sedey tak sedey laa masa tu tambahan dee pulak pregnant my little bee masa tuu! macam-macam dalam pikiran dee masa tuu, ntah makan ke tidak laa my skandal nie, dia dah lah suka makan itu ini... bila nampak udang galah teringat kat my skandal... hoh~ macam-macam laa yang ntah apa-apa!

Tapi, hidup takkan nak bergantung penuh pada my mak! 
dee bukan jenis tuu... hohoh~~ masa tuu dee cukup fobia bila my skandal kena out station sebab kepala otak dee nie asyik terpikir tentang somebody in my life yang pernah menimbulkan propaganda satu ketika dulu... kesetiaan seorang isteri yang bergelar ibu kepada lima orang anak dicalar dengan perangai hodoh sang suami! apa dia nak lagik ntah.. dee pun tak pasti.. takpe lah! dan macam-macam lagi dalam otak nie! 

Alhamdulillah... 
sehingga ke saat nie, dee senang dengan cara my skandal! 
sebabnya, bila kami berjauhan... sms tuu dah jadik rutin, sehari dalam 40 sms antara dee dan dia... walopun hanya sepatag perkataan may be 'ok'... huh~ calling tuu sehari dua kali dah memadai! macam malam tadi, my little bee tetiba nak cakap ngan my skandal [ada laa nak buat aduan rakyat siket tuh].. anak-anak pengikat kasih sayang sebab tuu lah dee selalu gak bagi my kids cakap ngan my skandal... tipu lah bila dee katakan yang dee rasa cam biasa dan tak rindu kat my skandal kan? dalam kesibukan di sudut hati nie, ada sekelumit rasa rindu.. ehem..ehem.. cuma ianya harus diisi dengan kesibukan sebab biar masa terasa cepat berlalu! 

selain tuu, dee rasa KEPERCAYAAN jugak penting dalam hubungan jarak jauh nie! trust him! jangan kita sanggah apa yang dia kata.. jangan nak majuk sesuka ati! huhu...

Cuma dalam perhubungan dee ngan my skandal sebagai suami isteri nie, ada yang istimewa yang tak semua rasa.. my skandal suka bawa dee sekuarga ke mana-mana tempat yang dia out station! maksudnya bila dia diarah memantau mana-mana site, mesti ending projek dia akan bawa dee ke tempat dia keje sambil bercuti! hurm... tunjuk mana tempat dia biasa makan lah! tempat yang dia selalu pegi... 

Dalam hal my frendzz BUNGA DAN COKLAT, ianya agak berbeza situasi dimana Mr Brian nya yang akan tinggal di UK, dan Bunga dan anak-anak akan balik ke Malaysia. sabarlah Bunga dan Mr Brian dalam menghadapi situasi nie... semoga apa yang dee luahkan di awal entry dapat dijadikan panduan pada you all berdua!
 

Thursday, January 27, 2011

MPS tutup jalan pasal LTdL.. dee suka!

baru beberapa minit seketika dee membaca UTUSAN... 

Ala muka terkejut beruk laa jugak bila baca MPS TUTUP JALAN SEMPENA LTdL.. hahaha~~ mood dee sangat suka hati. Penutupan seawal jam 7 pagi.. lewat seminit dua, maka.. hambek ko! huhu~~ dalam paler otak nie, kalo lambat ada laa reason..[ buat muka tak bersalah] tapi masalahnya my boss pun dok setaman dengan dee! hik! cam ne ek?

hurm! apa-apa je laa..

Tuesday, January 25, 2011

my new year hair!

kemelut melanda!
memaksa dee gi saloon tadi time lunch! hahaha~~ [gedik dowh nak menggunting rambut!] bley ke ia dianggap rambut new year walhal hari nie dah doplohlima haribulan...hahaha!

pasal rambut nie, pernah jadik isu dalam famili dee!
teringat masa arwah atok ada, masa tuu dee bersekolah kat Terengganu! balik raya kat KL, dengan selamba dee gunting rambut ala-ala tomboy! arwah atok cukup marah dan memandang dee dengan jeleknya! huh~ memang pelikkan bila rambut pendek macam lelaki pastu berbaju kurung! kalo pakej ngan suara serak tak pe.. hikhik! sekarang my skandal pulak, cukup berhati-hati bila dee nak gunting rambut!

tadi...
gunting rambut ala-ala agnes monica gitu! [whoopss.. perasan sudaa! lepas gunting my skandal mintak mms pixa untuk dinilai [cheewahh].. sib baek dia kata 'okeh!' --
sekadar gambar hiasan : rambut dee tidak di blonde sebegitu okeh! kekal rambut melayu sejati! tulen bang! :)
Photobucket

entry tak puas hati

luahan hati nie selalunya betul... 
tak menipu... 
kadang-kadang terpaksa senyum tapi dalam hati ada taman takpun masa tuu mood hati tisu!

pernah ke korang rasa?
tak pernah? tak pe..

dee tak kesah asalkan korang tak ganggu life dee tapi ianya menimbulkan mood sentap bila korang tak disituasi dee.. ditujukan kepada seseorang yang cukup dee kenal! masa perlukan khidmat bantuan guaman nasihat serta kewangan, dee dan my skandal laa tempat dia bercerita dan meluahkan serba kekurangan duit poket! waktu sudah bekerja [siap part time lagik bagaikan ada anak seploh dan berbini dua] dia bagaikan lupa.. bila berdepan dengan dee dan my skandal buat muka tak berduit! sampai bila eh? 

tak ingat ke ketika memerlukan dulu, berjanji rock bagai! masa nak guna khidmat kami dulu, senang je kami bantu bila memikirkan dia juga darah daging dee! bila sekarang dee perlukan dia membayar semula apa yang telah dipinjam secara ansuran dia buat alasan yang berbagai... jika benar tak berduit, jangan lah tinggal menyewa sorang [walopun bertiga tapi dia yang menanggungnya]..setiap manusia punya masalah.. jangan buat dee dan my skandal begini! tengkiyu~~

Monday, January 24, 2011

topik hanget at HOT FM buat para blogger?

singgah sana membaca entry my klik kawan sekolah dulu ~ Linda!  pasal segmen pagi tadi! dee ada dengar dalam mini cooper my bff melalui  hot FM tentang blog, blogger dan blogging! masa on da' way gi keje!

topik nie sangat hangit bagi dee memandangkan dee sorang blogger tegar! tegar kah? 

niat murni dee sila jangan salah anggap sebab dee berblog bukan kerana DUIT [tapi kalo nak kasi bley jugak!hik] dee nie sekadar daftar kat Nuffnang pastu dua tiga bulan baru bukak tengok apa cerita kat Nuffnang sehinggakan dee pernah terlepas tiket yang Nuffnang kasi melalui email... [nangis dowwh!] Rata-rata kengkawan dee selalu gak dee nengok dapat cek Nuffnang! seronok tengok tapi... sesebuah blog yang selalu mendapat kunjungan ramai mesti laa pandai buat jalan citer, pandangan dee kan.. rata-rata kita rakyat Malaysia nie suka no citer tip top hot dan marvelous.. macam si A kena tangkap basah ngan C depan B ke? gerenti traffic depa gerenti mendadak! [gulp... sowi!] tuu pandangan dee! tapi dalam blog dee kebanyakan ceritera bersangkut paut dengan life dee ~ my skandal ~ ikan kaloi ke! ~ siput babi lembap ke ~ dan kadang kala dee selitkan info dari mana-mana yang dee dapat untuk dikongsi bersama! sesuai tak? 

selain dari tuu, tujuan dee berblogging bukan kerana wang sebab dee nie merupakan sorang mummy yang perlu melampiaskan TEKANAN melalui bebelan di mana-mana... [dee pasti ramai lagik macam dee kat luar sana kan] sampaikan kadang kala perihal majuk ngan my skandal pun tercerita gak! whoopsss! hehehe~~

*** masih lom bley jadikan kak red sebagai idola sebab dee belum lagi sampai tahap blog cik donat, Linda dan yanie budak gebu! owh.. jangan kembang eh korang! hehehe!

thanks iva!

entry tentang PARANORMAL tadi mendapat perhatian seorang sahabat berpangkat adik ~ Ivasaionji ! keprihatinan beliau sangat dihargai.. berbual melalui YM! baek laa nis, akan diusahakan! InsyaAllah!
[ klik untuk pembesaran ]

being two is better BUT...

Kadang kala BEING TWO IS BETTER but...
sejak kekalutan dan kesibukan bermula dari Program 3 in 1 dan terus bab pindah rumah pulak, dan tak cukup dengan tuu bab sesi persekolahan pulak bermula! wooaahh.. semuanya berlaku serentak? dalam pada sekolah bermula, my skandal pulak demam denggi! selepas seminggu demam my skandal terpaksa bertugas ke Sabah.. kesian tak dee? 

seperti semua manusia di muka bumi Allah nie sedia maklum ~
komitmen untuk mereka yang bergelar mummy daddy nie memang bley buat hyper tension jika seseorang tuu terpaksa alami serentak dalam satu masa... [Alhamdulillah buat masa nie dee belum alami lagik!] my kids sangat bley dijadikan teman dan kadang kala musuh sebab my kids rata-rata mulut cabul...[erk, perangai sape laa nie]  tambahan pulak bila my skandal kena bertugas ke luar ~~ huh, satu TEKANAN menimpa dee! dari segi pengurusan rumah hingga hal my kids..

bila dee bercerita dengan kengkawan, rata-rata suggest gi berehat sebentar masa Tahun Baru Cina! tapi tau kah mereka di kala cuti Tahun Baru Cina nie ada agenda! kesian kan? tapi nak wat cam ne.. sekadar my skandal balik gitu je laah.. sebab agenda dia telah dirancang! dee hanya terpinga-pinga duduk dirumah batu tu! rumah santek tapi hati susah... nak kuar berjimba ngan my skandal masa chinese new year di padam laa! 
sekian ~~


cerita PARAnormal dee!

Semalam adalah hari ahad! dalam erti kata laen hari berjimba bersama kuarga... semalam gak membawa my kids + pakcu ke JJ Kepong... ditemani my bff! thanks beb! 

kesian pulak tengok my bff sebab sanggup pegi berjimba dengan alasan nak carik kasut? bley ke alasan tuu digunapakai? kadar kebengangan dee sangat tinggi semalam memandang kan masuk je kat Jusco ada lak HAPPY HOUR sampai 80% sale dikala dee sedang mengalami krisis poket.. hik! adoyai... 

pagi tadi bangun macam biasa seperti sediakala.. lagi seploh minit ke jam 6 pagi.. 
selesai siapkan my kids ~ eisha dan totoi! turun ke bawah untuk breakfirst... [wajib minum pagi dan makan sajian yang dah disediakan.. nanti my mak majuk lak] my mak sedang sakan borak ngan my bro jijie tentang kejadian malam tadi.. tanpa dee sedari, my mak meracau rupanya.. mujur jijie masih lum tido layan laptop + internet! menurut story my mak, rupanya antara lena dan jaga my mak sedang berusaha menarik my little bee yang mau di bawak lari oleh somebody yang bukan MANUSIA? huk... haaissshh! "tuu cuma mimpi je mak" ~ kejadian demi kejadian sebelum peristiwa semalam dirangkumkan menjadi satu dalam entry nie! 

pernah dee sedang keseorangan dalam bilik, tetiba terasa diri disentuh halus oleh somebody? pemikiran melayang sebab terkejut beruk mungkin! tuu kejadian awal mula-mula pindah.. tapi dee ignorekan jer sebab bagi dee jika dipanjangkan nanti my kids takut pulak!

masih dalam minggu awal pindah ke rumah baru~~
my bro jijie dan best friend, Naim mengalami beberapa kejadian yang sangat tak masuk akal! sedang menikmati minum malam, pintu belakang rumah di cakar-cakar... tingkap nako diketuk tanpa ada bayangan apa-apa dari luar sedangkan tingkap belum dipasang curtain! hoh~~ 

my mak agak selalu pulang lewat bila ada mesyuarat wanita bahagian selayang atau bz sebab nak event.. jadi keterlewatan my mak selalunya hingga ke jam 3 pagi... di rumah, my skandal dah siapduplicated kan kunci untuk setiap orang dirumah kecuali my kids... sebelum kunci diberi, kami akan test setiap anak kunci yang baru di duplicated tadi... kejadian yang pelik nie terjadi sekali di pintu grill.. my mak tak berjaya bukak! walhal... ianya cukup senang selepas my mak call dee suruh bukakan grill... okeh!

kejadian kedua, bebaru nie dalam minggu lepas..
my mak balik lewat... tak bley bukak pintu papan pulak! setahu dee ianya tak diselak dari dalam sebab masing-masing sedia maklum yang my mak belum balik! my mak call dee lagi minta dibukakan pintu papan.. dee turun ke bawah dan sah pintu tak diselak! kunci mak dee ambik dan dee test okeh jerk! my mak kata, pintu dah dengar bunyi dibuka, tapi 'tap' ianya bagaikan ditekan berkali-kali... haaisshh!
 kalo ghost tuu shumel macam nie okeh gak! huhuhu...

Rata-rata mereka yang pernah datang ke rumah baru dee, pasti bertanya satu soklan! PASTI! "Dah pagar ke rumah nie?" dan jika dee dengar selalunya dee jawab dengan nada lawak je "dah... tuu pagar kat depan tuu.." kini, dah hampir sebulan dee tinggal di sini... wajar ke pagar rumah macam yang diperkatakan orang... dee dah buat bacaan yassin secara beramai-ramai di rumah... hurmm...macam-macam yang dee harungi dan tempuh tanpa my skandal! kadang kala, TAK ADIL rasanya.. iye laa! haaipp! sorry...

Saturday, January 22, 2011

AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS

"Water minced will not separate"... tuu ayat dalam english! bahasa melayunya AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS.. setuju tak? hehehe... entry konflik dan mencari konklusi jelas menceritakan kekalutan dee dan adik dee.. sape dia tak perlu laa dee perkenalkan.. sape yang dah kenal sedia maklum laa... 

di petang yang hening hari Sabtu...
setelah dua hari tak bertegur sapa...dia datang ke bilik dee dan mohon maaf atas apa yang diperkatakannya melalui sms kepada my skandal.. Alhamdulillah.. segalanya terkabul doa dee! dia sms my skandal untuk meminta maaf.. dia terlepas kata dan terlalu ikut perasaan... my skandal balas dengan penuh pengharapan... "Terima kasih A****" tuu laa ayatnya... dee terharu! memang pepatah tuu boleh digunapakai...

samun!

bagaikan halilintar rasa hati... sms yang dee terima dari rakan setaman dan sepejabat rupanya berita benar! erm.. rumah di Jalan GU 2/9 dirompak.. bukan setakat samun jerk! malah, kaki mangsa ditembak.. adoyai~~ hati nie dah mula rasa tak seronok! hati yang sedia tawar bertambah tawar tak berperisa.. dah laa belakang rumah kosong, jiran pun kosong... adoyai!

nak tau berita lanjut klik SINI..

Tanda Awal Kanser ~ be careful!

Dee nak kongsi info pasal TANDA-TANDA AWAL KANSER... Dee dapat info nie pun dari email.. okeh, semoga ianya memberi manfaat dan menambah pengetahuan kita yang serba kekurangan nie...

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan..

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

PRODUK PENGGUNA DAN MAKANAN YANG SIGNIFIKAN MENDATANGKAN KANSER

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil Pil Vitamin C.. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah -akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. ~ Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS . B ahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate dan Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

5. BAWANG GORENG SEGERA ~ Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan , ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

HangOut yo! with my bff ~

saturday evening...
ceritera yang terperuk dalam draft sudah hampir 3 hari... kesudahannya saturday baru bley updated story! meet angah! yeay~~ konplikasi dalaman menyerang dee dan my bff sehari sebelum dimana ianya terpampang di pesbuk? adakah ia dinamakan glamer murahan? ouch tidak sebabnya tak sape berani komen komunikasi melalui taipan antara dee dan angah KECUALI sesetengah pihak yang rasa mereka adalah penyelamat! [ouh, otromen...] malam khamis, esok cuti Thaipusam.. damai sudaaa! hikhik...

malam tuu teman angah beli kain cotton.. maklum laa beli kain wat baju kurung ala-ala Ana Rafalli.. hikhik! [tak bley blaa ayat dee! sori beb!] nak gi interview tak de baju kurung.. maklumlaa kontraktor kelas A.. gitu laa! sampai kan baju kurung pun tak de! nak tau ke mana? haiishh, ke Shah Alam tuu... gojes port!
selesai membeli belah kain cotton angah..
dee ngan my kids + pakcu serta angah lepaking kat Chicken Rice Shop.. Tetiba dee rasa janggal lak makan kat sini memandangkan, restoran ni menjadi pilihan dee ngan my skandal bila dalam bulan puasa.. ada laa makan dua tiga kali kat Giant Batu Caves.. demi member terbaeek, dee layan makan kat Shah Alam nie! best gak lepaking ngan my kids sesekali tanpa my skandal.. rasa cam dee nie robot lak! huhu.. sib baek angah ada mengawal keadaan... hikhik~~ tengkiyu beb!
bee ~ tunggu makanan "mana nacik nie?"
bee malu ke atau angah buli? erk...
"opss..cilap pulak" bee said!
my eisha yang pemalu dan kuat merajuk! huh~~
angah  'beramas' mesra ngan totoi! eyarggh!
air soya my kids
teh cina angah
rojak Penang tanpa perlu ke Penang! lalala...
set kanak-kanak untuk my kids + pakcu.. terbaeekk!
"harrmmm... "
nie menu angah.. tapi susah lak sebut menu nie! ayork..
angah rajin melayan kerenah 'kawan-kawannya'..hehehe..

dear angah, apa yang bley dee katakan ialah  "There is nothing on this earth more to be prized than true friendship" Ooh, lum abis... ada lagi nie..

pelikkan.. nape tak de pixa dee! adoyai... dee kan photographer.. huhu.. tapi ada gak junior photographer yang snap gambo dee.. dengan aksi yang sangat sadis.. [sure my skandal sedey tengok pixa nie..termenung jauh yaawwh] alaahai...

 - taken by TOTOI -

Friday, January 21, 2011

konflik dan mencari konklusi

Salam Jumaat...

nak kongsi sebuah kesah duka yang patut dijadikan iktibar buat kengkawan.. samada yang sedang meng'google' atau sebagainya.ini kah dikatakan konflik? bila ada masalah dengan adik beradik... rata-rata problem keluarga yang dee google semua mengisahkan konflik duduk serumah dengan mak mertua laaa.. apa laaa.. tapi konflik dee kali nie adalah konflik antara adik beradik! sangat pelikkan? 

jika dee imbas balik, adik dee... membesar depan mata dee! dari dalam mulut, dee sanggup kuarkan demi dia.. susah payah dee untuk besarkan dia sejak ayah takde.. tapi, banyak yang pahit dia lontarkan pada dee dan my skandal.. dee tak pernah harap dia hadiahkan dee emas, wang ringgit semua.. cuma dee pinta dia hormatilaa dee sebagai kakak... dee sorang je kakak dia! mana ada yang laen! hanya kerana tegur dengan sikap dia yang suka bawak kawan-kawan tak tentu arah lepak dirumah, dia marah yang teramat sangat dengan dee..tak salah berkawan tapi kebanyakan kawan lah yang banyak merosakkan diri. apa yang boleh dee luahkan? tak terkeluar untuk dijadikan ayat.. luluh hati dee..

kesalahan yang seawalnya banyak berpihak kepada dee mungkin! 
perubahan perangai selepas dee dan my skandal benarkan dia part time di catering f**** membuatkan dia inginkan kemewahan yang berganda.. sekolah dia abaikan walhal dia laa yang paling pintar dan cemerlang dalam kuarga dee... selepas dee dan my skandal sedari perubahan sikap dia, maka kami ambil keputusan untuk tak benarkan dia keje lagi... perangai makin menggiler bila awal januari tahun lepas laptop my skandal dicuri [pada masa kami ke Cameron Highlands untuk meraikan anniversary dee + my skandal] - dee dan my skandal tak pernah menuduh tapi dari gerak gerinya nyata dia tak keruan! okeh, full stop.. cerita laptop masih belum tamat, setelah berbulan my mak terperasan laptop my skandal yang hilang dipegang oleh seseorang kawan dia.. my mak bagaikan tersentap!tak menuduh tapi hati kuat mengatakan itu laptop menantunya! sah! tamat cerita laptop! 

dalam bulan mac ~ masalah lagi timbul bila dee kehilangan lebey kurang RM800.. cash yang memang dee simpan dalam celahan baju lipat dalam almari baru yang berkunci.. dee tak pernah cerita kat my skandal.. biar dia tau sendiri melalui blog nie! [maapkan dee!] hari di mana dee, my kids, my mak dan my bro doe's ke Bremmall untuk tempah spek mata my bro doe.. alangkah sedeynya, bila keesokan duit dah tiada bersama sampulnya... tangan dee menggeletar dan suara marah cuba disampaikan ke seisi rumah.. tanpa pengetahuan my skandal yang balik lewat sebab keje luar kalo tak silap dee! patut laa my skandal balik bilik dah terbuka.. tapi dee abaikan bila my skandal tanya, dan dee katakan itu duit mak yang hilang! dalam proses mencari pesalah, dee terus psiko dia dan tanya dengan cara yang baik, jika berbaki pulangkan! begitu jugak my mak! nyata dia memprotes dan memberontak.. memasukkan baju ke dalam beg dan berangan nak kuar rumah.. dee kata, habiskan SPM dulu... dia degil dan mahu berenti sekolah! dee no komen! bila dee tengok pakaian yang mewah dan dee ternampak gambar yang di upload di myspace dengan duit RM50 yang berkeping-keping banyaknya rasa hati dee bila tengok duit tuu dan handphone yang hilang pada masa yang sama... dia bermewahan dengan baju dan seluar yang berjenama... seluar biasa dia buang suruh mak buat lap kaki! okeh tamat bab tuu!

kami mula berdamai bila my skandal nak bawak dee + kuarga ke Kuching, Sarawak. gembira hati bukan kepalang bila dia dah mula bersekolah dan dengar cakap.. tup..tup.. beberapa hari sebelum ke Kuching, dee di kejutkan dengan kehilangan monorex motor my skandal... dee memang tak sedar akan kehilangan dan beranggapan ianya dicuri oleh orang yang tak dikenali... dalam entry ampunkan i,darling sekitar julai tahun lepas, beberapa bulan selepas kejadian monorex tersebut dipakai oleh kawan dia... kunci yang masih dalam simpanan dee, my bro doe buka untuk tunjuk bukti pada my mak dan dee... ouh, dee semakin kecewa! [dee tak pasti samada tuu keje dia atau kawan-kawan dia curi tanpa pengetahuan dia] tapi.. dee tau tuu bukan keje dia, cuma dia masih back up kawan dia! pelik laa...

buat dia,
pikirlaa yang terbaik.. kamu sudah diasuh dan diajar untuk tidak berbuat tak baik. dan bila dewasa, perangai makin tak keruan.. terpulang laa! hati kami cukup kecewa dengan apa yang dah kamu buat dan lontaran kata-kata kamu menerusi sms dah cukup buat kami! terima kasih adik sebab pernah menjadi adik yang membanggakan kami dengan bijak pandai kamu semasa kamu di bangku sekolah dan sekolah agama... terima kasih!

Wednesday, January 19, 2011

Its not easy to be me!

It's not easy to be me! itu laa yang bley dee ungkapkan.. kepenatan seharian memang tak payah nak cerita laa, tuu belum lagi masuk bab-bab sentuhan kasih buat my kids! since rumah jauh nie, kerajinan sangat ditahap tertinggi tapi bab nak kuar umah di awal pagi tuu yang buat kerajinan bertukar jadik kemalasan.. hurm.. kekadang mengeluh jugak, dah der umah dekat lagik mau dudok jauh! rumah santek tak guna tapi hati penuh gundah gulana kan? ianya menjadi sebuah syurga bila tibanya weekend atau public holiday! 
sekarang pulak, my skandal dah mula out station ke Sabah.. maka, langkah dan gerak dee mesti semakin pantas.. semua nak segera dan cepat! susah jugak hati bila memikirkan... mujur semenjak dua menjak nie, my bff ada bersama.. idop terasa cam bujang jerk! hehehe~~ tapi sampai bila dee mesti berteman kan? pegi keje, balik keje, ke hulu, ke hilir... semua orang punya life sendiri.. haaisshh... hati dah mula tawar tapi bukanlah bermaksud yang dee tak bersyukur... cuma, pada dee ianya banyak mendatangkan masalah dari kesenangan...  banyak aspek terutamanya keselamatan, anjing banyak, idop bagaikan di little India, kesesakan napas lalulintas dan macam-macam.. bila laa ianya akan berakhir nie! adoyai...


benci

Dee tak suka dia lagik!

Tuesday, January 18, 2011

meet budak tecit!

muka macam kompiden ari tuu... hari apa eh? tak perlu laa dee cerita hari tuu hari apa.. tapi memang kesengalan melanda kami, entry yang sepatutnya di post minggu lepas saje je dee abaikan dulu bio semua orang lupa..ngehngehngeh! 

hari yang macam sengal ~ dee dan my bff tak semena-mena ke luar kawasan liputan kami yang berkilo-kilo meter jauhnya! [ouch, ayat poyo] tak de laa jauh mana tapi kira dah masuk bahagian dan parlimen laen dah dikategorikan jauh laa kan? nak tau ke mana kami? jeng!jeng!jeng!


kami telah ke Putrajaya.. woah, sangat laa berbujangan lagak gaya dee! hehehe...[tak pe my skandal tau!] sambil menyelam minum air milo laa katakan, maka dee ngan my bff ambik kesempatan jumpa ngan budak tecit nie! weh, boss tuu! kumpulan B, lain laa macam dee ~ pencacai yang serba sederhana... nak kata my bff pulak dia kontraktor kelas A.. ada mini cooper~ hukhukhuk... tapi ada dee kesah, yang penting si tecit nie belanja kami makan meggi goreng mamak yang hampes tapi kami bersyukur sebab kedatangan kami di sambut baeeeek! baek sangat kan!
nie budak tecit tuu!
us ~ on da' way berhoyeay!

***merancang untuk adakan reunion kamsis tapi... dee tau sure hampes! kan ngah?sob!sob!sob!

siput halal! erk?

Siput babi ke siput lembap ke semua dalam spesies yang sama cuma lain nama...

SIPUT BABI atau nama sainsnya Achatina fulica merupakan sejenis siput lupa daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut.. erk? hehehe...). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Disesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan, malah dibuat sate..[erk... sate? sedap ke? ayorrk!]

dah macam cikgu sains lak kan? hehehe~~ entry yang ada kaitan ngan siput lembap! wouh.. actually siput lembap nie cukup ada kena mengena ngan idop dee! tambahan pulak bila ke kondo my bff memang full ngan toy ~ aksesori ~ yang ada kaitan ngan siput! tak ke pelik? ouch, cuma dengar nama di fb dah sah-sah bley tau yang beliau memang addict ngan siput! sana sini situ semua siput.. sangat gojes~~ ada keinginan nak jadik cam siput lembap? hoho~~~ kena ada kesabaran dan ke'duit'an yang tebal sebab bila ke mana-mana jumpa je design siput akan meluap keterujaan untuk membeli sang siput... selain dari tuu, bila birthday kengkawan rapat dah tentu akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang berbentuk siput...




cuma.. dee rasa my bff nie lum pernah terima hadiah siput yang cam gini...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
dan pasti beliau teruja bela sampai besau nanti... haisshh... amacam, beb! ada bran ke? hehehe..."nanti aku kasik yang ori punya!"