Monday, February 28, 2011

saman ekor...


sangat seronok bila semua nya dah settle! saman sudaa dibayar...[padahal tuu merupakan saman ekor] kadang kala rasa cam tak adil lak kan dengan saman ekor nie...agak korang laa, betul ke tepat saman ekor nie? kompius jugak..hohoh!



twenty six of february...

26 Februari dah macam tarikh keramat walopun ianya adalah hari sorang kawan kawen.. adakah ia sangat special? ouwh.. dee anggapkan ianya merupakan hari berlibur.. hohoh.. sangat melampau statement itu..

Bermula jam 11 pagi ~
my bff terpacul untuk memulakan hari berjimba kami bersama bebudak kelas zaman studi kat Poli dulu... wow, destinasi dituju ialah ke shopping complex yang berdekatan.. nak cari hadiah orang kawen laa katakan.. huhu..
tapi laen pulak keje si minah nie.. tau laa nick name GARY LEMBAP.. pantang jumpa menatang neh.. huk aloh!

Jalan jammed gempak kat sana sini..
dalam mini cooper nie, berbaju kurung ala diva membuatkan kami sedikit rimas.. huh.. walopun keje memang kena berbaju kurung tapi bila dah jammed memang semua benda dan mood spoiled! siap sesat pulak tuu adoyai...


[bley plak sesat.. mungkin sebab si pembaca map nie adalah dee! hehehe]

Keadaan menjadi tak keruan bila tiba kat umah si raja sehari jerk.. melangkah bagai diva menuju ke khemah.. perghh.. memang ramai geng-geng nakal dulu, mula bertanya kabar dan siap tanya 'mana anak' kat dee.. huhu.. maka menjawab dengan ala carte je 'ada kat mak' abis citer... yang tak besh tuu, ada yang bertanya nie single and available ke? sib baek, otak ligat manyak idea jawab 'tak laa.. temporary only!' adoyai.. tak berubah bebudak nie... Sebenarnya bukan dee tak mo angkut my kids, tapi dee tak berani sebab my skandal tak de.. dengan dee, my kids macam tak makan saman sangat... takkan nak suwoh angah jaga.. hikhik...apa-apa pun my skandal tau ke mana arah tuju dee dan apa yang dee buat... tq sayang!

Okeh.. lupa lak nak upload pixa hadiah..
memang dah jadik rutin kan bila pi wedding kengkawan kawen mesti nak beli sesuatu yang bley menjadi ingatan dan kawan yang kawen nie manfaatkan hadiah kita bagi tuu mungkin untuk selama-lamanya [bley tahan ke?]... kali nie, dee ngan gary share beli hadiah, bukan sebab tak de bajet tapi rasanya memang puas ati bila share dan ianya nampak gojes! hahaha~~

sayang seribu kali satu bila dee tak sempat nak kuarkan kamera pulak... maka, sekeping je laa gambo kenangan dengan ladies kelas kami... lalala! nie lom cukup corumn - ada dua orang tak cukup kat sini... mak long a.k.a zieana [suara bila nyanyi pun macam ziana zain ] tak dapat datang sebab baby azim demam pulak.. nak wat guane kan? Family first!

Lagi sorang Miela ~ our miss malaya! hehehe... dia pulak ada kelas, maklum laa PJJ kan? Cita-cita number 1 okeh! ~~ adoyai...

tapi, jangan tak tau! pas je menunjuk muka di wedding ewan ~ gary ngan dee sepakat nak ke shah alam teringin nak berjimba ngan miela.. miela pulak dah macam tension mengharapkan dee ngan angah datang.. maklum laa dia abis kelas jam 6:30 petang.. [kesian minah tuu] 

yang kelakarnya...
kitorang sampai kat port yang dijanjikan punya laa awal, dah jelajah ABPH satu mall.. dengan kadar kelaparan yang rakus kitorang belasah makan nasi... 


nie diva hari tuu~~
gambo dee? dee kan photographer! cukup laa tangan dan sajian kebahagian dee jerk! hahaha~~  membelasah nasi ngan lauk ikan pari dan sotong.. ianya sangat yummy bila dah lapar. tak ketinggalan air soya ngan tebu.. adakah ia melampau sementara tunggu miela? 

banyak perkara yang kitorang bincangkan bila miela mai.. dan yang paling penting, kita sebagai kawan sangat seronok bila mendengar kawan-kawan bahagia.. tambahan bila dengar yang miela bakal mendirikan masjid... 
kengkawan,
semoga kita bley chill macam nie lagi...
hang out ke mana-mana! walopun memasing terikat dengan komitmen..

macam dee, maklong ngan liza dah tentu ngan kuarga! angah pulak banyak projek nak handle [almaklum laa kontrakter] hukhuk... miela lak buat PJJ.. masa terikat sabtu dan ahad!

apa-apa ajelaa...
yang penting "korang jauh di mata tapi DEKAT DI HATI".. [pinjam tagline TV9 ]...





Friday, February 25, 2011

Ladies Nite Betina Gedikss!

dee meluat dengan U***..
memang dee sorang yang addict ngan U*** tapi dee benci tengok segelintir pengikut yang hanya orang bawahan malah AJK pun bukan tapi Ya Allah, kadar kegedikan dan mengada-ngada diorang nie buat jantan s**l suka, dee dan geng yang benci akan kegedikan terus menyumpah, betina gedik pulak huru hara bila dapat peruntukan untuk buat mesyuarat cawangan... pas tu balik umah kol 5 pagi, maklum laa malam Jumaat yang suci dan murni nie haruskah kita habiskan dengan party ladies nite?

apa laa nak jadik kan?
dee memang menyumpah seranah geng-geng gedik cam boh*** tua ngan rambut gerbang nie! masalahnya, bayangkan sorang perempuan yang dah berumur join U*** untuk menghilangkan stress kehidupan kononnya pun sama terjebak.. sedangkan dulu beliau sangat dihormati.. rasanya sekarang, anak menantu pun hilang hormat!

bukan bermaksud dee benci UMNO... Dee benci ngan mereka yang mencalitkan arang ke UMNO dengan perangai keji diorang..eeeiiighh.. sesape yang baca dan terasa berenti laa sebab dee tau korang dan korang memang mengikuti blog jahat mulut dee nie kan? Jangan asyik dengan Ladies Nite je.. tapi ingatlah Malam Pertama kita dikuburan nanti.. Renung-renungkan!

my little one ~ Bee

khamis -- C.O.T.I.
jumaat -- kena coti lagik!
huh, semuanya kerana dia.. my little bee.. my heart and my soul!
semalam dee pegi berjumpa dokter cinta ~
sambil menekan perut bee dan bercerita tentang saket dalam perut...
dokter pun ada ingatkan dee tentang sejarah bee yang pernah opeartion sebanyak 3 kali.. fuih, rasa tak tenteram je hati melihat bee! bila sakit, bee manja sangat.. mesti nak suruh dee calling my skandal dan bee cakap ngan daddy nya dengan gaya manja-manja gitu... kalau time bee sihat, dia memang tak nak dimanjakan + di kiss selalu... sampaikan dee, my skandal dan my mak pernah selalu ugut dia cakap 'nanti nak ambik baby myanmar bawak balik umah.. nak manja, nak kiss baby tuu.. sebab baby dalam rumah nie dah besar' .. tuu laa antara ayat kitorang bila dia tak mau dimanja...

bila dah saket, tentunya nak kena makan ubat kan?
bab makan ubat masa dia saket nie laa yang memang parah sekali.. janji laaa.. tambahan sejak nengok filem CUTI-CUTI CINTA nie, bee selalu meniru aksi Cat Farish bila sebut 'Promise' ala-ala sotong gitu.. huh, dalam hidup tiada yang lebih membahagiakan selain melihat anak-anak yang sihat dan berbagai gelagat manja betul tak? Bak kata my friendzz, Sal dalam FBnya semalam.. " bagaikan nak rakam dan ambik gambar anak setiap hari sebab ianya takkan berulang!"

Dalam keadaan bee yang macam nie, dee selalu cerita tentang masa kecik bee masa bee nak tido.. respon dari bee sangat baik, bila dia banyak tanya soklan yang munasabah.. kekadang rasa cam berbual dengan orang dewasa pulak... tuu semua untuk buat bee rasa dia seorang yang tak mudah mengalah... hurm...



kesian bee mama...
for a week, bee tak bley nak minum susu macam dulu! tak pe laa bee, mama tau anak mama kuatkan? masa bee baby kan, bee pernah kena puasa 3 hari.. mama sayang bee sangat-sangat!

Thursday, February 24, 2011

Lama tak ke sana..

Lama tak ke sana rasanya... Memang merancang ke sana! tapi ~~ masa dan keadaan belum mengizinkannya! godek my pinky lappy nie terjumpa lak pixa nie.. adoyai!



Wednesday, February 23, 2011

KENA TINDIH?

salam rabu~
dalam kekalutan selepas menarik nafas panjang, pas maghrib baru bley nak online.. maklum laa my little bee maseh dalam keadaan tahap kesihatan yang tak berapa nak bagus.. [risau hati sorang mama memang cam nie kot kan]

bila kepala sedang serabut sangat bagus di bawak membaca email kan?
Email yang dee rasa patut kita share pasal KENA TINDIH MASA TIDO.. korang pernah tak? alahai semua orang pernah hadapi baik laki ataupun pompuan.. tapi yang pastinya bila gegurl yang kena tindih dah tentu spekulasi liar melanda.. beranggapan kena tindih dengan makhluk halus! haluss ke? hukhuk..
 
KENA TINDIH / SLEEP PARALYSIS

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu. Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..

Just to share..betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam, momok dan sebagainyer) ....
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis [lumpuh] yang temporary [sementara].. temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido [hypnagogic paralysis] atau baru2 bangun dari tido [hypnopompic paralysis]
Ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM [rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak-gerak] stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat....so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia [tader muscle tone]......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function [degupan jantung, bernafas etc.] jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc.....

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory [dengar bunyi pelik-pelik], visual [nampak mender bukan-bukan] atau tactile [deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..]



SEBAB YANG BOLEH MENTRIGGER SLEEP PARALYSIS

 
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah [irregular sleep clock]

3. sleep/rest deprivation [tak cukup tidor la ni...penat sgt]

4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukarangaya hidup secara tiba-tiba [macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh]

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu.. Korang lagi hantu sebenornye.........tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba-tiba kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki..oopsss!

Tuesday, February 22, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

[ Info yang bagus untuk dikongsi bersama ~ ]

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? 
apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan... ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer". ~~ Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! [rasa berdosa pulak sebab selalu bergurau cam tuh ]

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya....
 
** baru tau! takmo wat lagi dah!



mama loves u, bee!

Tidak berblogging dalam jangka masa yang agak lama...
Bukan sebab kehidupan huru hara cam Bujang Sepah tapi sebab dee kan wanita unggul yang menerajui bahtera kehidupan dalam berumahtangga secara solo~~ erk? betul ke ayat nie! selagi my skandal belum menjejakkan kaki ke tanahair [ececeh~~ tak bley tahan ayat gwe!] cam gini laa ting tong dee!

Kehidupan mesti terus! Minggu lepas dee tak sihat maklum laa pewot nie wat hal lagik.. kena admit spital? terus baek bila teringat spital.. hehehe~~ [kalo my skandal ada dah tentu kena paksa rela pegi spital tanpa kompromi].. tapi dee tak kesah kalo dee yang saket sebab dee maseh mampu menahan selagi ada daya nie, cuma apa yang berlaku semalam mengembalikan nostalgia lama..

Bee diserang saket pewot jugak cam dedulos.. risau rasa hati dengan tahap kesihatan my little bee yang tak menentu sejak akhir-akhir nie.. balik keje semalam dee dah bau muntah satu rumah~~ dan tengok my little bee dah terbaring dengan wajah pucat.. tak de lagi bunyi mulut becok si kecik tuu...my mak cakap bee demam dengan pakej sekali... [demam + selsema + muntah + berak] 

Start jam 6 petang dee ada kat umah ~ baju je dah banyak kali salin sebab muntah.. pampers bee je dah masuk 7 helai menjelang tido! kesian sayang mama~~ sedey je tengok dia!

Dalam kepala otak nie, maseh berkira-kira nak bawak spital selayang malam tadi.. tapi memikirkan banyak perkara dan my little bee seperti memahami kesulitan mamanya, dee tengok bee semakin okeh! InsyaAllah.. Sampai je opis pagi tadi, terus call my mak nak tanya kabar bee! mak kata bee tido dan tak munta + berak~~ Setiap 2 jam sekali, dee call lagi bertanya perkara yang sama! huh~~ DugaanNya!

** mama loves you bee!

Wednesday, February 16, 2011

bawaku terbang!

pagi tadi ~
mood bermalasan untukke opis.. tapi semangat dikuatkan demi nak bajet cuti! hahaha~~ [sengal jerk] gelak yang tak berapa nak ikhlas nie sebab kepala otak dee dibebani sesuatu yang sangat penting dan ia harus dipikirkan! macam-macam yang terjadi bermula dari minggu lepas?
  • minggu lepas - jumaat malam sabtu dan sabtu malam minggu! dah dua malam tuu perumahan dee BLACK-OUT... dua malam okeh? first nite, dee memang confirm tak tido langsung sebabnya hati terasa susah bila tengok ke tingkap tak de sorang pun yang dok kat luar ke apa ke? hissshh... jiran tetangga area umah dee macam tak de perasaan je! ntah apa-apa ntah! kesian my little bee yang kena gigit nyamuk.. huhuhu~~
  • senin petang - sekali lagi black-out! BENCI!
  • selasa pagi - sedang mengemas umah, tetiba ada orang bagi salam.. rupanya RT di kawasan perumahan kami, dee agak kaget memula sebab tak de sape kat umah cuma dee ngan my kids je.. abang tuu kata, nak ke tak nak isi form nie dan hantar ke rumah No 22 ~~ okeh, masuk ke rumah dan duduk di tangga sambil membaca intipati edaran tuu.. punyalah terkejut bila membaca part 7 KES SAMUN SENJATA API? Hohoh~~ kesilapan ke atau kebetulan eh... hati meluap dan bertambah berkali ganda rasa benci duduk kat sitOooo...Bawaku terbang! please!
  • malam tadi ~ sedey tengok keadaan my big boy's - Daniel.. dia tak sihat! dada berbunyi bagaikan asma... selsema lagi + demam! kesian dia!
Rasa sedikit tertekan bila macam-macam yang menimpa! "Bawaku terbang!"


Monday, February 14, 2011

HOT TIKET! PANAZZZZ~~

sejak akhir-akhir nie dee bagaikan dah jatuh tangga hati dengan HOT TICKET! wow... satu rangkaian yang sangat sukses, gojes dan terbaeeek laa orang kata [buat masa nie laa..hikhik] 
sila jangan salah anggap juga tentang penggunaan prepaid memandangkan sebelum nie dee memang bantai guna line! bill sebulan tak lari dari RM300 sorang! bayangkan~~ [hohoh..sangat ngeri!] melalui langkah penjimatan nie membuatkan dee bley menyalurkan wang ke jalan lok yew laen... bley berjimba! bersms dengan my skandal tanpa jemu dan muntah! huhu~~ sayalaa manusia paling bahagia!
bayangkan top up RM20 dan guna selama suploh hari tanpa had!hoh~~ dengan keadaan dee yang bagaikan bercintun [maklum laa my skandal kan jauh dimata tapi dekat dihati - pinjam tagline TV9] HOT TICKET  adalah pilihan yang amat sesuai! jom ramai-ramai guna! sangat berbaloi-baloi laa~ dee nie berkata-kata bagaikan duta hotlink lak kan?
sila bayar royalti! lalala~~~

Selamat Hari Berkasih Sayang!

Selamat hari berkasih sayang!
hanya itu je yang bley diungkapkan pada tarikh 14 Februari 2011 and not more than that!
sesuai buat mereka yang telah berumahtangga betul tak? jangan salah anggap sebab dee bukan menyokong Valentines... dan dee tak memanggil tarikh 14 haribulan nie sebagai Valentine.. cukup menggelarkannya Hari Berkasih Sayang macam yang my skandal ucap kan di awal pagi! 
Memang tak sesuai sebab berdasarkan bukti dikumpulkan pihak Jakim, ramai gadis Islam yang terlanjur dan berjaya diselamatkan mengaku terjebak melakukan hubungan seks bebas hingga melahirkan anak luar nikah pada malam sambutan Hari Valentine yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun.. huh~~ sangat keji!

Jadi, untuk mereka yang sedang berkasih sayang tapi lum ada ikatan yang sah.. cukup laa sekadar pandang-pandang je! Okeh! Jangan laa sakan bebenor sebab teruja jumpa kekaseh di hari Valentine's! takde maknanya!

So, kalo korang ternampak ke apa ke yang berunsur keMAKSIATan jangan segan-segan hubungi JAIS!

Hotline 24 Jam 1-800-88-2424
( ADUAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BAGI NEGERI SELANGOR SAHAJA )

Hotline (Aduan) 03-55190398
( ADUAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BAGI NEGERI SELANGOR SAHAJA )

Hotline (Aduan) 03-55190930
( ADUAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BAGI NEGERI SELANGOR SAHAJA )



Friday, February 11, 2011

Jual daging jadi isu ke?

semalam kamis..
semalam gak laa adanya PASAR MALAM kat area umah dee..
memula dee jelajah pasar malam yang macam idop segan mati tak mau ni line nya sangat laa pendek! huh, sampaikan my bff pernah tegur dee... "weh, panjangnya pasar malam kat umah ko nie" ..lebey kurang cam tuu laa bunyinya..

Okeh~~ tuu baru warm up lum gi isi kandungannya.. 
Kat kawasan nie memang 1 Malaysia.. tapi disebabkan sikap 1 Malaysia nie lah yang sangat menyedihkan..kebetulan my bff yang datang dari jauh nie mengidam gamaknya nak makan burger daging.. sangat sedey bila kakak yang jual daging tuu kata TAK JUAL BURGER DAGING SEBAB DAGING TUU ISU DI ******.. erk? terkejut laa jugak! my bff nie sangat tidak puas ati dan terus cari stall burger.. keadaan maseh sama! hohoh~~

Kat sini, dee dan my bff buat kesimpulan sendiri yang kita nie [melayu yang mungkin cuma 40% majoriti] terpaksa tabik hormat kat kaum T_________T ~~ selain dari tuu patut laa orang di area situ selalu baik + manis muka ngan golongan T_______T.. menggelabah betul! nyampah dee~~ memang tak puas ati langsung! Where is the meaning of 1 Malaysia.. kekadang dah macam Little India pulak rasanya area situ... kedai-kedai semua area situ semua dipelopori oleh kaum T______T..

Agaknya laa kan?
Mana hak kita eh? kalo melayu sesuka nak niaga area tuu kena kasi duit jaminan ke? huh~ dah macam kat bombay dah nie! ayoorrkk!


Thursday, February 10, 2011

sayang ANAK tangan-tangankan!

tak paham kekadang!
hurm... sayang anak tangan - tangankan! kalo melampau lempang laju-laju... [erk?hehehe]
peribahasa tuu memang patut digunakan...
dee memang tak puas hati dengan mak bapak yang menghantar anak-anak ke sekolah..
[memandangkan keluar ke jalan besau terpaksa meredah 4 buah sekolah ?

tak kesah laa kan sebab sekolah ada empat bijik! 
tapi yang menimbulkan rasa tak puas ati bila banyaknya kete yang bersidai di tepi ke empat-empat sekolah tadi untuk menghantar anak diorang! siap pimpin tangan si anak, kiss pipi kiri kanan semua! bukan tuu je, malah yang hantar sorang anak tapi kete mak datok besau dowh! pe keja***nya semua nie.. marah betul rasanya! selama nie, memang nak luahkan tapi terperuk sebab selalu jadi madam wong besau je.. tapi hari nie, memang tahap kesabaran tercabar! ouwh... mode sedey nie!

tak salah nak hantar anak, just turun dan biar si anak berdikari sendiri.. dee sendiri ada dua orang anak yang dah bersekolah rendah.. no need to kiss diorang depan-depan sekolah konon tunjuk kaseh sayang... kiss laa kat umah before gerak! mak bapak tak yah nak menggatal kuar kete, kasi signal dan terhegeh-hegeh babai si anak depan pagar sekolah! tak de maknanya.. [makin lemak si anak tuu nanti]

huh~~
okeh, lum sampai dua bulan dok kat kawasan perumahan nie dah banyak bebelan dari dee kan? itu tak kena ini tak kena! sangat tak berkenan dowh!


Wednesday, February 9, 2011

Wanita Badang -- TERBAIK DARI LADANG

woowww weee~~
baru pas ngadap my bff blog!
welcome to da' club beb!
dah der blog dengan tajuk utama WANITA BADANG !

Waah..
memang terbaek dari ladang kobis laaa!
per lagik..
jom jenjalan dan kasi semangat kat siput gary lembap nie!


Tuesday, February 8, 2011

daging rusa nani


kawan my skandal ada bagi daging rusa yang diterbangkan dari kepulauan Borneo gitu... daging rusa muda katanya!korang makan? dee tak makan! daging lembu pun dee tak layan! bukan pe, hati tisu cam dee nie cepat rasa kesian ngan haiwan yang baik walopun halal di makan... ayam? ayam pun tengok laa! huh~~ kalo cam ayam kampung serius woohhh dee TAK LAYAN langsung! [berdosakah dee?] nak kata vege pun cam tak jugak! hehehe~~ apa-apa aje laa!
semalam my mak masak daging rusa tuu! balik rumah, makan time dee tengok dengan terkebil-kebil laa jugak! my mak suroh makan! 
dee kata "mak, nie anak rusa nani kan?" [memang selalu wat joke cam tuu ngan my mak ] 
my mak jawab "iye laaa.. makan laa.. sedap!
dee balas "tak mo laa..kesian! rusa baek! orang goreng telor jerk.." huhuhu~~
my mak ~ terpana tengok dee!

malam tadi... sedang minum nescafe tatkala my kids, pakcu dan my mak makan malam...
dee ~ "kakak, bee, totoi.. tak makan ke anak rusa nani nie?"
totoi ~ " nie anak rusa nani ke nek?" [dia tanya my mak]
my mak ~ 'huh..jangan layan mama korang tu.. nie daging rusa uncle Y kasi
my eisha ngan pakcu layan je daging tuu my mak pun sama... mula laa my mak bercerita tentang arwah atok dee yang gemar berburu.. masa kecik-kecik, arwah atok selalu bawak balik daging rusa, kijang tak pun kancil bila berburu... my mak kata part paling sedap otak kancil? muka blur jugak laa dee ngan pakcu dengar cerita mak! sambil wat muka selamba dee cakap "nanti nak mintak Y otak kancil laa pulak kasi bebudak makan bior pandai, bley kot?" hehehe~~ my mak geleng kepala sambil tersenyum!

**si totoi pulak, pas makan gi ambek kamus bergambar tahap 1 dan bukak page haiwan nak cari gambar rusa.. hehehe.. gelak!gelak!

anak RUSA nani baru tumbuh ekor
apa dosa nani lalu tidak tegur?

[apa kaitan pantun nie ngan rusa tuu.. sila abaikan]

meronggeng di Dataran Shah Alam


Tiada apa yang lebey membahagiakan bila sekeluarga berkumpul bersama.. bersantai di playground.. huh~ [ayat macam orang kurang kaseh sayang kan?.. kadang kala okeh!
Sabtu malam minggu lepas gi bertandang di umah sorang sahabat yang melangsungkan perkahwinan kat Selayang, terus my kids ajak my skandal ke Dataran Shah Alam.. nak main bola katanya! as we know, my skandal nie memang lembut hati sket ngan my kids + pakcu.. layaaaannn~~ bak kata beliau! pas mandi dan transit kat umah my bro terus menuju ke destinasi! 
suka bebudak tuu bukan kepalang bila my skandal pun sama maen bola gak! haaissh.. my little bee dan my eisha pun dah macam lupa yang diorang tuu perempuan! hehehe~~ balik ke rumah jam 12 tengahmalam keliwon ! sampai Rawang lebey kurang kol 12.30 pagi.. mandi kan my kids sebab berpeluh sakan, lebey kurang jam 1.05 pagi landing atas katil.. tapi mata memasing nakal tak mo tido, layang tengok DVD Ngangkung! huh kesudahannya hampir kol 4 pagi baru tido!
[ tak padan kecik minah nie ]
[ tiga beradik yang sangat mencabar kesabaran.. huhu ]
[ my little bee ]
 [ my eisha layan jagung ]
** nie semua angkara my bff laa nie mengajor my kids bersantai kat sini! hehehe... teringat pulak kat my bff!

Kompang CM

home sweet home.. syurga cinta.. rumahku syurgaku..
tuu semua hanya bley digunapakai bila my skandal pulang ke tanahair...[hohoh..ayat tak semenggah].. bila my skandal dah de di sisi..permintaan melebihi kemampuan kekadang! [erk..ayat betul ke ni?] hehehe... mula laa my kids, pakcu and my mak also jugak dee sendiri ajak berjimba dimana-mana yang bley! sangat nakal kan? 
Raye cina ke dua.. pas solat Jumaat!
kebetulan yang teramat sangat bila paksu sibuk nak beli KOMPANG.. alaa..kompang yang digunakan masa orang kawen tuu... maklum laa dah berjinak-jinak dengan dunia kompang pulak since dok kat kawasan baru nie..bukan pakcu je tau, my totoi also.. nak tau ke mana kami beli kompang? hoh~~ di CM okeh! tempat bercanda masa dee muda-muda dan zaman old skool dulu! yippaaaaa~~
[my skandal sedang mengenalkan Central Market kat my kids]
[pengenalan kepada jenis-jenis kompang]
[totoi pun tak ketinggalan]
kadang kala bersantai macam nie sangat menyeronokkan dan merapatkan hubungan kekeluargaan.. bukan tuu je bley imbas nostalgia zaman nakal-nakal dulu..