Showing posts with label GERAM. Show all posts
Showing posts with label GERAM. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Bila hati saket, bahasa dah tak menunjukkan bangsa!

Hai malam...
Malam yang masih muda.. tapi aku rasa macam malam sangat.. i'm so sad actually dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir nie.. Ouwh, bukan berkaitan rumahtangga tapi tentang permasalahan rakan sekerja.

Mana lagi nak mengadu kalo tak blog pelepas rasa nak muntah dan geram aku. My skandal? Dia seorang yang sangat memahami dan selalu nasihatkan aku tentang manusia.. iye.. manusia okeh! sopan dowh bahasa aku ni. tapi patut keh problem yang sempoi aku cerita kat my skandal? mana mungkin.. aku patut meluah rasa pada blog je.. sebab aku nie si penjaga hati.. orang je yang tak reti menilai.. baik bapak aku sampai kawan seopis yang sebaya bapak aku pun aku tibai kalo aku rasa dia tu menjengkelkan dan meloyakan anak tekak aku.. ada aku kesah?

huh... erk.. dah kol sebelas malam.. muda lagik eh? itu bahasa gila-gila.. skang tak bley guna bahasa tu sebab aku kena titon awal.. sok nak tunggu orang sebab nak menumpang kaseh kereta ke PFN.. adoyai.. nasib badan lah! 

Okies.. nanti sambung kesah sentap.. nak bermanja ngan 'anak ikan' aku.. hukhuk.. [jangan memandang aku dengan hina.. :( ]




Thursday, October 13, 2011

cerita seorang pakcik

Hai, all...

Lama sudah aku sepikan diri ni dari dunia blogging.. rindu ke? tak de maknanya.. aku rasa blog hanya tempat untuk meluahkan rasa kecewa, gembira jerk sejak akhir-akhir nie.. nak story kisah suka suki aku rasa cam dah pudar jerk! hukhukhuk...

Bebaru nie aku diserang satu penyakit yang sangat menakutkan diri aku sendiri.. penyakit aku nie boleh diklasifikasikan sebagai TEKANAN DARAH RENDAH.. yang pelik tu dokter cinta tu boleh cakap aku stress.. mana ade? aku rasa tak de problem pun sejak akhir-akhir ni.. cumaaaaa sehinggalah pada suatu hari selepas aku mc ~~~

seorang pakcik dengan selamba datang kat aku suruh wat itu ini... bebelan demi bebelan tetiba dia bley plak wat lawak bangang kat aku disaat kepala aku dah mcm orang kemaruk dadah [akibat pemakanan ubat tuh]

Pakcik : Laaa.. patut lah mc, ilang ingatan rupanya.. [gelak tawa orang]
Aku : [Terkedu.. dalam hati.. aku nak maki.. tapi aku pikir tu pangkat bapak aku] senyum tak ikhlas ~

Macam siot kan? kalo ko rasa apa? aku sedih lah.. aku nangis sepuas-puasnya, mungkin sedih sebab yang cakap tu aku anggap bapak dan yang gelak tu aku anggap adik maklumlah manusia kurang kasih sayang bapak dan adik perempuan tak de nie memang macam tu kan?

tapi aku puas hati sebab aku dah beritahu apa yang membelenggu hati aku pada pakcik tuu.. dan pakcik tu pun dah balas dan mintak maap pada aku.. adik aku tu, aku rasa dia faham dah kot pasal aku.. Haip.. lain kali jangan wat lagik! babap nanti...hohoh...


Sunday, June 5, 2011

Anak itu...

Kesian anak itu....Semoga 'ayah' dan 'ibu'nya mendapat pembalasan setimpal didunia dan akhirat ~

Firman Allah Swt :

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Adakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya, dan dimeteraikan atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf?
Surah Al-Jathiyah ayat 23





Monday, May 23, 2011

aku kecewa dengan makcik nie!


Birthday wishes dari kawan-kawan memang dinantikan... tambahan dengan teknologi yang moden dan canggih nie macam-macam laman sosial yang wujud.. my mak juga tak ketinggalan dengan dunia facebook nie.. may be sebab kehidupan beliau dikelilingi dengan anak-anak yang rajin mengajar beliau tentang dunia IT.. Tapi, malang bila birthday wishes buat mak aku nie telah dicemari oleh sorang makcik.. niat makcik nie murni mengucapkan selamat kepada mak aku.. tapi yang dia pergi melalut bila mak aku cerita nak ke Penang kenapa? mungkin segelintir korang yang baca komen dari makcik nie sebagai perkara biasa, tapi ikhlas aku cakap yang aku sangat tak dapat terima bila dah melencong ke arah lain.. honeymoon laa! aku geli dowh dengar sebab mak aku nie tak de laki! boleh tak makcik jangan cuba buat satu gurauan yang songsang dan menjengkelkan di wall mak aku! aku memang muda tapi aku masih boleh pikir laa derr.. makcik, makcik and all the makcik, usia dah nak menopous dan mungkin makcik dah mengalaminya boleh tak berkelakuan yang sewajarnya di dunia IT nie.. makcik-makcik sekalian, gurauan dewasa makcik sangat menjijikkan.. aku benci dengar semua ni makcik sebab mak aku nie single! bila single status dia janda, bila janda orang jantan [bukan lelaki] akan melambak ambik kesempatan tambahan pulak mak aku masih vogue dan anggun, dan aku dapat rasa ada jantan yang sedang ambik kesempatan.. aku rasa sangat terhina makcik bila ko kata jangan masuk campur hal orang tua... aku nie anak dia! apa yang tertulis kat wall mak aku yang aku rasa keji, aku akan bangkang! aku memang sorang je anak perempuan mak aku, terpulang pada mak aku kalau mak aku nak marah ke? tapi aku tak nak orang salah anggap pada mak aku.. aku sedey makcik!

cukup laa tekanan yang aku dan suami aku hadapi bila berdepan isu single mummy nie makcik! macam-macam cerita bodoh yang aku dengar tak cukup tuu depan mata aku pun berlaku.. tanpa segan silu!

**aku tengok apa yang ko post dah di deleted makcik, tak pasti mak aku ke atau ko yang deleted! jangan terlalu mencintai dunia makcik, and all the makcik! kalau ko ada 2-3 orang anak macam aku InsyaAllah, sejuk perut ko di alam sana tapi kalau anak ko perangai macam g#@$%%^ suksesss ko selamanya!



Thursday, May 5, 2011

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA pinjam tagline nie!

ada cerita lagik nie.. 

bila ada boss memang berkepok idea kreatif untuk berblogging datang menerpa dalam kepala otak nie... entah apa hangeeen ntah... skarang nie kat unit dee memang sedang sibuk ngan projek menteri iaitu e-kasih.. hurm.. memang rata-rata pegawai unit dee sedang bertungkus lumus untuk projek ni.. di mana kementerian akan memberi senarai nama dan sedikit maklumat pemohon yang miskin tegar dan miskin.dan beberapa orang pegawai dilantik untuk menjalankan siasatan dan temuduga dengan pemohon tersebut...

Apa yang menyedihkan dee apabila rata-rata pemohon adalah mereka yang tergolong dalam golongan belia dan muda antara yang lahir tahun 1979 - 1987.. teruk tak? lelaki pulak tuu.. kalau perempuan dan berstatus janda dee tak kesah tapi depa nie rata-rata bujang... kalau ada pun yang berkahwin tapi anak ramai sangat dalam usia yang muda? ouwwwh... kesian melayu! 

Hurm.. memang nasib manusia tak sama.. tapi ANDA MAMPU MENGUBAHNYA... 


Rawang -- Selayang JAMMED PALING BURUK 5/5/11

Kuar rumah kol 7 pagi --

merempit menuju ke tempat keje untuk mencari sesuap nasik... [erk.. bley ke ayat nie?] dari kesesakan di sekolah dan menuju ke pekan Rawang.. dee duga dah jalan jammed tambahan lak adik dee ada sms, CARI JALAN LAIN SEBAB JALAN JAMMED GILER, ORG MASIH DALAM RAWANG LAGI.. gulp... sedangkan mamat nie kuar rumah kol 6 pagi untuk ke KL Sentral.. huk aloh... bakpo jadi lagu tuh?  sehingga skang jam dah pukul 11 pagi.. yang pastinya my boss pun masih terkandas dalam kesesakan yang sangat buruk tuu.. macam-macam dugaan merempuh jammed nie.. time jammed laa tetiba dee bley plak teringat nak makan roti sapu butter..erk.. hehehe! sabor je laaa...

Tiba di opis dengan selamat jam 7.45pagi ? terukkan? nak snap gambo tak bley kang eksiden puloksss... bior laa ia terkubur menjadi memori itam dalam diri dee.. yang kontraktor ni pun satu hal apasal laa ko tak pasang memalam.. orang laen bley buat takkan laa syarikat ko tak mampu nak bayor OT pekerja memalam.. huk aloh... 

Apa pun semoga esok tak seperti hari nie.. 
Tu nasib baik merempit dengan berbekalkan semangat mat rempit my skandal maka dengan jayanya kami mencilok... yipppaaaaa!

**tajuk entri macam laporan kesesakan lalulintas.. kuikuikui

Friday, February 11, 2011

Jual daging jadi isu ke?

semalam kamis..
semalam gak laa adanya PASAR MALAM kat area umah dee..
memula dee jelajah pasar malam yang macam idop segan mati tak mau ni line nya sangat laa pendek! huh, sampaikan my bff pernah tegur dee... "weh, panjangnya pasar malam kat umah ko nie" ..lebey kurang cam tuu laa bunyinya..

Okeh~~ tuu baru warm up lum gi isi kandungannya.. 
Kat kawasan nie memang 1 Malaysia.. tapi disebabkan sikap 1 Malaysia nie lah yang sangat menyedihkan..kebetulan my bff yang datang dari jauh nie mengidam gamaknya nak makan burger daging.. sangat sedey bila kakak yang jual daging tuu kata TAK JUAL BURGER DAGING SEBAB DAGING TUU ISU DI ******.. erk? terkejut laa jugak! my bff nie sangat tidak puas ati dan terus cari stall burger.. keadaan maseh sama! hohoh~~

Kat sini, dee dan my bff buat kesimpulan sendiri yang kita nie [melayu yang mungkin cuma 40% majoriti] terpaksa tabik hormat kat kaum T_________T ~~ selain dari tuu patut laa orang di area situ selalu baik + manis muka ngan golongan T_______T.. menggelabah betul! nyampah dee~~ memang tak puas ati langsung! Where is the meaning of 1 Malaysia.. kekadang dah macam Little India pulak rasanya area situ... kedai-kedai semua area situ semua dipelopori oleh kaum T______T..

Agaknya laa kan?
Mana hak kita eh? kalo melayu sesuka nak niaga area tuu kena kasi duit jaminan ke? huh~ dah macam kat bombay dah nie! ayoorrkk!


Thursday, February 10, 2011

sayang ANAK tangan-tangankan!

tak paham kekadang!
hurm... sayang anak tangan - tangankan! kalo melampau lempang laju-laju... [erk?hehehe]
peribahasa tuu memang patut digunakan...
dee memang tak puas hati dengan mak bapak yang menghantar anak-anak ke sekolah..
[memandangkan keluar ke jalan besau terpaksa meredah 4 buah sekolah ?] 

tak kesah laa kan sebab sekolah ada empat bijik! 
tapi yang menimbulkan rasa tak puas ati bila banyaknya kete yang bersidai di tepi ke empat-empat sekolah tadi untuk menghantar anak diorang! siap pimpin tangan si anak, kiss pipi kiri kanan semua! bukan tuu je, malah yang hantar sorang anak tapi kete mak datok besau dowh! pe keja***nya semua nie.. marah betul rasanya! selama nie, memang nak luahkan tapi terperuk sebab selalu jadi madam wong besau je.. tapi hari nie, memang tahap kesabaran tercabar! ouwh... mode sedey nie!

tak salah nak hantar anak, just turun dan biar si anak berdikari sendiri.. dee sendiri ada dua orang anak yang dah bersekolah rendah.. no need to kiss diorang depan-depan sekolah konon tunjuk kaseh sayang... kiss laa kat umah before gerak! mak bapak tak yah nak menggatal kuar kete, kasi signal dan terhegeh-hegeh babai si anak depan pagar sekolah! tak de maknanya.. [makin lemak si anak tuu nanti]

huh~~
okeh, lum sampai dua bulan dok kat kawasan perumahan nie dah banyak bebelan dari dee kan? itu tak kena ini tak kena! sangat tak berkenan dowh!


Monday, April 12, 2010

[suka aTi buanG baby]


huh...geram betol laa baca paper ari nie...
ada lagi kes buang baby...

dah laa tuu kat kawasan hot plak tuh skang nie...
rasa macam nak hentak je kepala otak diorang tuh...
apa yang dee nak bebelkan nie tak terluah dengan
kata-kata bila nengok gambo baby tuh...
apa kejadahnya diorang nie....
yang paling sengal tuh,
Selangor laa catatkan statistik paling highest sekali dalam bab buang baby nie...
Ish, ya Allah ~~
tak terungkap dengan kata-kata...

ish...marahnya dee ~~~