Tuesday, October 25, 2011

milosuam lagik...

Salam Deewali...


Salam juang Selasa jugak.. sehari sebelum Deepavali, aku nak kupas isu milosuam lagik. Semalam terkejut beruk lah jugak membaca artikel milosuam tentang restoran 1 Malaysia.. memang dasar orang Malaysia jenis makan tanggung, makan macam-macam pas tu bley plak ko belasah kerajaan balik kan? 


RM5.70 mahal ke kalau dah pakej ngan air? aku rasa berpatutan zaman skrg? ko nak harga baper? Doposen ke? adoi..bukak lah minda sikit, ko ambik daging + ikan bagai.. takkan orang nak cas ko singget? melampau la.. dah kerajaan wujudkan kedai macam ni pun makhluk2 ni masih tak puas ati.. apa pun tak boleh.. bersyukur lah!

nak makan murah tapi apa sumbangan ko pada negara?

wat's the hell!!



Thursday, October 20, 2011

Fatwa PAS suatu masa dahulu...


Suatu masa dahulu, PAS pernah mengeluarkan fatwa-fatwa berikut:

1. Wanita tidak boleh kerja malam
2. Wanita cantik tidak diambil kerja
3. Kaunter bayaran berasingan untuk lelaki dan perempuan di pasaraya
4. Suara wanita aurat (tidak boleh hantar Qariah untuk musabaqah Al Quran)
5. Wanita tidak boleh berpolitik

Isu milosuam vs milopanas

Hye ollsss!


Masih teruja dengan isu politik. Bakal diteruskan sampai aku jemu dan rasa nak berenti mengomel sendiri.. Okeh, Moh aku nak citer pasal kisah sorang yang dibantu oleh kerajaan untuk berniaga di Pasar Tani .. ketidakhadiran beliau ke Program Perjumpaan Bersama YB Menteri Pertanian telah mengakibatkan beliau mendapat surat pengantungan dari pihak FAMA... amaran telah dibuat oleh pihak FAMA dalam surat jemputan jika tidak datang ke program tersebut akan dikenakan tindakan... korang rasa dia paham tak? hanya kerana program sehari [menurut fahaman aku Pasar Tani Dengkil bukan beroperasi pada hari Isnin] takkan dia tak boleh datang untuk mendengar amanat dari YB Menteri mengenai Pasar Tani tempat dia mencari rezeki, iye dop? Aku rasa geram dan sangat kecewa lepas tau kisah nie. Setahu aku program menteri hanya diadakan cuma setahun mungkin 2 atau 3 kali sahaja.. itupun lengkap dengan makan dari pagi sampai petang! 

Pelik? yang buat aku marah adalah komen-komen di blog milosuam tentang hal berkaitan.. sangat meloyakan sebab rata-rata manusia yang komen hal ni tak tau apa-apa tentang Pasar Tani.. tapi pandai-pandai cerita vodoh! tetiba isu yang sebegini mereka kaitkan dengan pilihanraya lah, undi lah... YB Dato' pun diorang nak tibai... bongokksssss! Peserta Pasar Tani macam ni sepatutnya digantung seumur hidup, cuba menaburkan fitnah bagi menutup kesilapan, kedegilan dan kelemahan diri. Jika pun tidak dapat menghadirkan diri kenapa tidak disertakan alasan-alasan kukuh seperti, di timpa musibah, kemalangan, kes kematian atau alasan yg boleh diterima berdasarkan bukti yang sahih. Jangan menuding jari kepada pihak lain sekiranya tidak mampu mendisplinkan diri sendiri. haaisshh... dasar manusia tak reti untung!

Minta bantuan dengan kerajaan, bila dah mula bertapak dalam kerajaan bley pulak ko nak belasah kerajaan kan melalui blog milosuam ko kan? wat's da hell! ko sengaja upload pic surat siap berlogo jabatan.. adoyai!

Hidup mesti ada peraturan beb, kerja dan negara jugak macam tu.. kalau tak de law abislah negara, syarikat malah famili jugak sebab tak de kawalan! Dah tua-tua pun kena ajar.. aku rasa kan dia nie mesti pernah kena gantung masa sekolah dulu kan? Fuh.. apa pun tak boley! Boley blah~




aku dan politik

Sejak akhir-akhir nie kehidupan aku lebih cenderung kepada politik. Biasalah bila menjelang  pilihanraya nie makin parahlah PDM berusaha gigih... tak terkecuali di PDM aku! cybertrooper, kursus IT dan akan datang bermacam kursus dah tersenarai dalam kalendar.. fuhh.. tapi trust me! ianya sesuatu yang sangat menyeronokkan dan menerujakan lebih-lebih lagi bab IT.. syiok oh! 

sejak aku mula berjinak dalam dunia propaganda nie, hampir saban hari aku surf laman blog-blog propa samada ianya memihak kepada kerajaan atau pembangkang.. semua aku belasah baca dan membuat rumusan sendiri... tapi siyes aku nak beritahu korang, dengan laman blog, ceramah youtube memang sangat mudah untuk menarik kita terpedaya dengan ceritera dongeng pihak pembangkang... cara penyampaian diorang sangat luarbiasa.. penuh perasaan! aku selalu gak nasihatkan kawan-kawan seopis malah my skandal sendiri supaya ianya boleh sekadar dengar sahaja.. cerita bohong mengenai kerajaan saban hari kita baca dalam blog propa pembangkang.. sangat menyedihkan!

lagi menyedihkan bila rata-rata mereka yang berdiri dibelakang pembangkang terdiri dari penjawat awam.. statistik mengenainya telah pun dibuat! sayang seribu kali sayang.. bila bab bonus, gaji nak naik mula lah melalak minta pada kerajaan.. tapi, bila sokongan dari penjawat awam? cer citer? kat depan mata aku sendiri dah bersepah manusia macam ni.. hipokrit! bila bab ni mula dibincangkan, perkara pertama aku akan sentuh bab gaji yakni rezeki bulanan yang diterima dari kerajaan.. rata-rata jawapan yang aku terima ialah, "gaji aku ni duit rakyat tau.." wat's the hell?

Selepas pembentangan bajet 2012, ramai yang tersengih tapi masih mengomel dan marah kerajaan.. betapa banyak yang kerajaan bantu rakyat.. pun masih tak sedar diri! bukan nak ucap 'tho ceh' ke, iye dop? huh~ malas nak citer lelebih kang kena banned lak blog aku cam papagomo... 

Orait.. buat korang yang masih tak sedar diri "renung-renungkan dan selamat berfikir" kalau rasa masih ngan pembangkang, berentikan anak-anak dari sekolah kerajaan pastu gi masukkan anak-anak international school okeh? Paham? Chiiooowww~~




Laksa Sarawak tajaan

.

Melalui minggu-minggu terakhir before gaji memang memeritkan.. opsss..tapi InsyaAllah tidak bagi aku. Trust me rezeki ada di mana-mana tau bukan setakat keje je, malah lebih dari tuu... Haaaa.. tak perlulah nak beli maggi untuk makan seminggu before gaji kan? setakat stok bosan makan nasik okeh...hahaha..aku tak perli korang ek!

Okeh, hari Selasa lepas ~ wak (mamat MID) panggil kami seopis untuk menjamu selera dengan laksa sarawak.. buatan tangan seorang jejaka terlajak tanpa bantuan seorang wanita okeh! percayalah... erk, memula aku agak terkesima gak dengan ajakan yang aku ingat cuma ajak-ajak ayam tuu... tup..tup.. serius say~ sebelum terima ajakan tu aku cuba dok pikir akan rasa laksa sarawak yang pernah aku mamam masa holiday kat sana.. siyes, memang tak kena ngan selera aku! perasaan vodoh tu aku ketepikan, hati kawan kena jaga beb! kang touching lak... muahahaha~ 

Layan ~~ tapi laksa made by sorang mamat ni siyes sedap tang kuahnya.. tak macam laksa sarawak yang asli.. huk aloh.. boleh terkuar balik isi perut aku! yang ni bagi aku selera yang tak tajam ni sangatlah sedap dan tepat ngan selera aku.. aku tabik spring kat mamat ni! 

Aku nak cakap sikit kat penaja laksa sarawak ~ " tengkiyu beb! lenkali bawak lak mi kolok yang sedap! *peace yoah*"



Sent from my iPhone

Sunday, October 16, 2011

Tahniah Sis Ina Kartini

Ouwh.. Salam kembali!


Aku terpanggil nak wat special entry untuk my friend, sis Ina Kartini.. 

Antara tak sedar rupanya my sista tu dah dapat new baby girl.. Sweetnya! Tapi aku sedikit sedih sebab dulunya aku closed dengan sis Ina.. But, since aku pindah ke opis baru ni setahun yang lepas banyak kawan-kawan yang dah jauh.. Huhuhu.. Erm.. Takpe! It's ok. Mujur Ada laman muka buku kan? At least aku tau gak perkembangan kawan-kawan yang jauh!


Okeh.. Sis Ina, congrats! Daaa...





Sent from my iPhone BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Testing --

Salam Ahad...


Dengan sengaja aku nak testing post entry Dari my iPhone. Sebelum ni, memang Ada try post entry Dari phone via blog lite.. Blog Lite tu tak bley upload pixa tak macam yang new ni. Ceh, statement bagaikan "habis madu sepah dibuang" dan "seperti kacang lupakan kulit".. Hahaha. Sila abaikan okeh!


Testing diteruskan..


Mari Cuba upload pixa.. Maklumlah aku kan pantang berdepan dengan peristiwa, mulalah snap pixa je.. Aku upload pixa Kursus at FRIM - 6/10/2011 bebaru ni senapass okeh.. Erk! Moh kiter---




Fuh.. Aku tak tengok lagi rupa blog aku lepas aku publish ni.. Aku Harap menjadi Dan tak tonggeng terbalik.. Chowwww!








Sent from my iPhone BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, October 13, 2011

cerita seorang pakcik

Hai, all...

Lama sudah aku sepikan diri ni dari dunia blogging.. rindu ke? tak de maknanya.. aku rasa blog hanya tempat untuk meluahkan rasa kecewa, gembira jerk sejak akhir-akhir nie.. nak story kisah suka suki aku rasa cam dah pudar jerk! hukhukhuk...

Bebaru nie aku diserang satu penyakit yang sangat menakutkan diri aku sendiri.. penyakit aku nie boleh diklasifikasikan sebagai TEKANAN DARAH RENDAH.. yang pelik tu dokter cinta tu boleh cakap aku stress.. mana ade? aku rasa tak de problem pun sejak akhir-akhir ni.. cumaaaaa sehinggalah pada suatu hari selepas aku mc ~~~

seorang pakcik dengan selamba datang kat aku suruh wat itu ini... bebelan demi bebelan tetiba dia bley plak wat lawak bangang kat aku disaat kepala aku dah mcm orang kemaruk dadah [akibat pemakanan ubat tuh]

Pakcik : Laaa.. patut lah mc, ilang ingatan rupanya.. [gelak tawa orang]
Aku : [Terkedu.. dalam hati.. aku nak maki.. tapi aku pikir tu pangkat bapak aku] senyum tak ikhlas ~

Macam siot kan? kalo ko rasa apa? aku sedih lah.. aku nangis sepuas-puasnya, mungkin sedih sebab yang cakap tu aku anggap bapak dan yang gelak tu aku anggap adik maklumlah manusia kurang kasih sayang bapak dan adik perempuan tak de nie memang macam tu kan?

tapi aku puas hati sebab aku dah beritahu apa yang membelenggu hati aku pada pakcik tuu.. dan pakcik tu pun dah balas dan mintak maap pada aku.. adik aku tu, aku rasa dia faham dah kot pasal aku.. Haip.. lain kali jangan wat lagik! babap nanti...hohoh...