Tuesday, July 19, 2011

Apendiks ibarat bom jangka...

Jangan tak tau aku pernah alami apendikss.. memang apendiks bagaikan bom jangka bagi aku.. Ya rabbi, sakitnya tak tertanggung... utusan online hari nie ada topik KESIHATAN yang amat menarik untuk dikongsi...  aku rasa perlu share di blog ni, kalau aku setakat print pas tu buang tah ke mana.. kalau dalam blog at least, sesapa boleh share info nie ye dok? Let's read...





Petikan UTUSAN MALAYSIA - Selasa ( 19/7/2011 )





JANGAN salahkan keturunan, gaya hidup mahupun apa yang dimakan apabila tiba-tiba anda didiagnosis dengan penyakit apendiks.

Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Peh Kiam Heng, penyakit tersebut ibarat bom jangka yang boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tanpa mengira gaya hidup atau apa jua faktor lain.

Jelas beliau, ia sebenarnya bermula dari bahagian abdomen atau perut.

"Bila kita makan, makanan akan masuk ke salur pemakanan dari perut ke usus kecil dan akan ke usus besar.

"Makanan yang kita kunyah akan dihadam, kemudian dicerna dengan sebaiknya oleh organ penghadaman.

"Makanan tersebut akan bertukar menjadi bentuk serbuk dan usus besar menyerap air. Apabila menjadi bentuk ini, ia senang masuk dan sekali gus menyumbat satu ruangan kecil yang diberi nama apendiks," jelasnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Menurut beliau, apendiks kalau tersumbat pasti menyebabkan perjalanan dan bekalan darah seseorang terganggu.

Apabila terganggu, mudah jangkitan berlaku menyebabkan apendiks tersebut membengkak dan menimbulkan kesakitan.

"Apabila bercakap tentang penyakit apendiks, kita sering mencari punca mengapa boleh terkena penyakit ini. Sebenarnya, bukanlah disebabkan tabiat pemakanan, atau genetik.

"Sesiapa yang mengalaminya boleh dikategorikan sebagai kurang bernasib baik kerana apendiks bukanlah disebabkan anda seorang pemakan cili padi tegar atau bagi masyarakat Cina tabiat terus berlari lepas makan.

"Kesemuanya tidak ada kena mengena. Tiada kajian yang membuktikan perkara tersebut puncanya. Ia memang ibarat bom jangka," jelasnya.

Beliau menjelaskan, salah satu simptom sakit apendiks adalah kesakitan pada bahagian sebelah kanan bawah pusat hingga kadang kala menyebabkan pesakit demam, rasa memulas, loya dan muntah-muntah.

Namun, ada juga simptom yang tidak klasikal, contohnya perut rasa tidak selesa selepas makan dan berlanjutan hingga berhari-hari.

"Ada juga yang terasa kelainan di dalam perut. Namun, pesakit tidak pasti sakit di bahagian mana.

"Kalau kes yang sebegini, kita akan tahan pesakit di wad untuk pantau keadaan seterusnya.

"Cara diagnosis apendiks adalah mengikut prosedur klinikal sepenuhnya yang mana ia bergantung pada pengalaman doktor memeriksa keadaan pesakit dan ujian darah.

"Bila pesakit disyaki menghidap apendiks, biasanya langkah pertama kita akan ambil darah untuk melihat sama ada sel darah putihnya meningkat atau sebaliknya.

"Selepas itu barulah kita ambil sampel air kencing.

"Memang ada pesakit yang akan bertanya kenapa perlu ambil air kencing. Prosedur ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit secara tepat kerana penyakit kencing kotor juga mempunyai simptom yang sama.

"Jadi untuk mengelakkan salah diagnosis dan rawatan sebaiknya, ujian dijalankan terlebih dahulu," ujarnya.

Sepanjang bergelar pakar, Dr. Peh mengakui perubahan corak pesakit yang dirujuk kepadanya.

"Pesakit zaman ini ramai yang berpendidikan tinggi, mereka rajin mencari maklumat tentang penyakit di Internet.

"Seperkara lagi, mereka memang sangat prihatin dengan tahap kesihatan diri masing-masing. Kebanyakan pesakit saya di hospital swasta ini selalunya sudah dirawat di peringkat awal.

"Berbeza dengan kebanyakan kes yang saya terima ketika berkhidmat di hospital kerajaan dulu ada di antara kes yang apendiksnya pecah dan terpaksa dirawat di ICU," katanya.

Beliau juga meminta pesakit apendiks agar tidak takut dengan pembedahan.

"Prosedurnya seperti pembedahan konvensional lain. Namun, kini terdapat cara moden iaitu laparoskopi iaitu potongan kecil dilakukan untuk kamera, manakala dua lubang lagi untuk peralatan umpama guna penyepit untuk menyingkirkan apendiks.

"Selepas pembedahan, pesakit biasanya tinggal di wad selama tiga hari," jelasnya.






Thursday, July 14, 2011

Sentap

Salam Khamis..

Aku sedikit sentap ari ni..
dek kerana menjaga hati banyak pihak, abis ati aku kena robek.. [eh,eh.. cam lagu dangdut lak] kes pertama pasal boss [ex-boss] aku datang tadi, kasi sokongan moral aku tukar cawangan.. bagus! aku suka.. tapi aku nampak muka rakan2 sejawat yang berkerut pandang aku..  kes kedua pasal my skandal, kes ni wat aku sentap.. opss, nak cerita tapi tak boleh sebab aku nie macam manusia tak ada perasaan... asyik jaga hati orang je, last week tak ada rehat aku berhempas pulas di suatu majlis..[kehendak orang kena turut].. tapi this week, aku lagi sentap bila dengar statement dia.. peergghh... okiees, aku memang berpura-pura! Tq



Tuesday, July 12, 2011

No matter what happen Gary!




Hye Olls...
Hari neh dah 12 haribulan Julai. Lagi 11 hari birthday my besties! Tua dah nok.. Kalo korang nak tau, Gary sekarang tengah touching and merajuk dengan aku. Dia tak tahu yang aku kat sini pon tengah touching menusuk jiwe merajuk sentap kuasa dua dengan dia. Haa bagus dua-dua merajuk. So sape nak pujuk sape neh? Nak tunggu dia pujuk, memang tak ah. Nak aku pulak pujuk dia? Memang aku lah sebab punca dari aku disebabkan peristiwa petang Khamis tuu.. **Sentap! Walopun dua-dua keras kepala. Ape nak jadik pon tak tahu.
Aku memang sayang dekat besties aku neh walaupun dia tak tahu yang aku sayang kat dia (kan Gary?). Walaupun dia selalu tuduh kata aku lupe kawan. walaupun dye selalu marah aku kata yang aku ni jahat. Walaupun dia selalu malas nak bayar kete ngan kad kredit kat kaunter bank.. tak pe aku tolong bayarkan..  Dia suka makan wafer sedap tu untuk breakfirst, tak pe aku temankan.. Aku pun tau aku selalu susahkan ati dia.. huhuhuwaaaaa...
Tapi aku maseh anggap and sayang dia sebagai teman rapat. Dia memang sentiase ade dengan aku bertahun tahun yang lalu teman aku bila sunyi. teman aku bila aku tengah sedih, selalu tenang kan aku bila aku menangis histeria macam orang gila (pernah ke Gary?). She always be with me  no matter what happen. And thats what people call TRUE FRIEND. Dia lah kawan baik aku yang betul-betul sejati...
Tapi tadi aku call dia tengah praktis game boling atau... dia tak mo cakap ngan aku lagik? 




Thursday, July 7, 2011

aku perlu cuti dan menyendiri

Hye Ollss!

tadi aku buat entry tajuk sabar... 
tapi aku rasa SABAR aku dah nak meletopss nie, apatah melihat rakan-rakan dok bergoyang kaki since tukar pentadbiran baru nie. tak ada kerjasama langsung! 

aku nie mana pernah luah mentah-mentah pada orang yang aku tak puas hati. paling tidak blog nie laa jadi pelepas amarah yang marah nie..  masing-masing ego, berlagak macam perfect depan boss baru tu. aku tak patut cerita di sini tapi aku rasa aku patut cerita. sorang manusia lagak macho dan ego serta mengandaikan semua kerja dia buat perfect dan terbaik. sorang lagi low profile tunggu di arah ke hulu ke hilir... sorang lagi mengaku boleh buat tapi kat belakang kutuk boss kaw-kaw.. ntah apa-apa ntah diorang nie.

aku? aku di posisi belakang tabir je.. 
memang dari dulu aku macam tu tak pernah nak enterframe lebih sebab aku sedar aku cuma pencacai dan sisa graduan yang kelulusannya tak boleh digunakan di mana-mana... 

aku nak cuti..
itulah yang terbaik sebelum aku muntah bila semua fail diletakkan atas meja aku dan mereka buat aku macam tak ada perasaan nak beristirehat macam mereka yang sedang berpoya dengan chat! Denagr je aku nak cuti semua manusia dalam opis tu macam tak BESH jerk.. maklumlah apa yang boss nak belum siap! ada aku kesah? sebab boss tak arahkan aku.. boss arahkan korang tapi korang yang sub- kan keje kat aku... 

Okiesss..
tengkiyu blog menjadi tempat melampias kemarahan aku yang merah menyala nie!


Sabar dan semanis kurma ada chemistry!

Allah berfirman di dalam surah Yusuf yang bermaksud, 
"Sabarlah, sesungguhnya sabar itu indah.
Sesuatu yang bersifat subjektif. Sabar akan menjadi sesuatu yang manis [macam semanis kurma itu] dan indah jika hujung kesabaran itu adalah seperti yang kita harapkan. Bila kita mengharapkan orang yang kita kasihi tapi sering menyakiti hati kita akan berubah sikapnya. Tapi jikalau perubahan yang diimpikan tidak juga muncul, apakah kita perlu terus bersabar? Dan paling malang jika kesabaran itu membawa kita kepada dosa. fikir-fikirkanlah. Kepada korang semua yang sedang mempunyai masalah, teruskan berSABAR. 

Adakah ayat aku bagaikan ustazah semanis kurma? hehehe~~ cuma ianya sekadar ingat mengingati dan untuk diri aku sendiri.



Wednesday, July 6, 2011

Privasi handphone aku...

As salam kalian...

Salam 1 Malaysia jugak tanpa kompromi kaum! Erk.. hehehe! Rajin tetiba nak updated pepagi buta, ingat nak berkarya on da' way ke opis thru iphone tapi rasa cam wanita sibuk yang tiada masa depan pc pulak.. lain lah kalo aku dah memang tunggu masa nak tido dan berbaringan malas atas katil, iye dop?

Topik bualan pagi di Hot FM ari nie cukup menarik pada aku. Kalo ikutkan mau jerk aku menelipon tapi rasa cam sama je citer pemanggil-pemanggil dengan aku.. lebey baik tak yoh.. kang bosan lak FBI, Usop Wheelchair dan FF.. Topik today kalo korang dengor PRIVASI TELEFON BIMBIT PASANGAN !


Wah.. hangat dok? 
Moh aku kupas sedikit cerita pasal handphone dalam idop aku neh...

Aku rasa pada diri aku PRIVASI HANDPHONE nie dah tak ada.. bak kata my skandal, kita kena telus dan jujur [dah macam tagline PDRM pulak].. aku dan dia memang tak ada rahsia bab tepon dan sms... tapi kadangkala kawan-kawan bikin spoil.. pernah aku terkena tak silap aku tahun 2008 gitu.. my opismate En R send sms dengan panggilan 'yang'.. aku tau rata-rata kawan-kawan memang gitu even yang perempuan pun selalu sms dengan kata-kata manja dan gedik, tapi itu perempuan kan? tak de lah menjengkelkan sangat. Ia menggoyahkan kepercayaan my skandal pada aku masa tuu..Fuhh, jenuh gak laa aku cuba buat biasa. En R nie memang suka buat lawak sampaikan pada kakak-kakak opis yang dah berumur pun gitu gak bunyi sms nya.. yang wat aku tergelak dan rasa sangat bertuah [terasa diri disayangi dan dihargai] bila my skandal balas sms tuu 'Abang R***, nie wan lah.' 

My skandal bagi nasihat kaw-kaw pada aku.. aku terima tapi dia tak marah cuma dia takut bila aku sangat ramah.. katanya En R tu dahlaa duda.. hati-hati katanya! adoi, jauh kat sudut hati aku.. dalam unit aku semua aku anggap ABAH ANGKAT.. hehehe! sebab semua hampir sebaya mak ngan ayah aku.. 

Dan bermula dari waktu tuu...
En R tak pernah lagi menghantar sms begitu..sms dia okeh, tapi dibelakang ayat mesti ada 'yang'.. erm.. korang jangan buat cam gitu tau! kalo itu salah satu dari hobi korang berenti laa yep! 

Lagi satu my skandal pasti akan cek time nak tido segala sms dan  call yang aku buat dan terima.. dia pun suruh aku tengok sms dan call dia tapi aku tengok tanpa ada rasa sangsi.. walopun ada perkataan SAYANG dari kawan dia tapi sehingga hari nie aku masih tak kesah sebab perkataan tu datang dari En Yas**.. hehehe!

Dan dalam kes nie...
aku membuat kesimpulan yang my skandal sangat sayang aku!  **smile!



Tuesday, July 5, 2011

Aku TAK marah..


Aku TAK marah --> Cuma mungkin marah tuu pandangan kasar korang sebenarnya atau saki baki lama.. erk?

Jom aku try pinjam ayat yang telah di 'translated' dalam Bahasa Melayu ~Aku TAK mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita itu, Ms Lewinsky. Kata bekas presiden Bill Clinton. 10 bulan kemudian, Clinton membuat permohonan maaf secara terbuka kerana kesilapannya bersama Lewinsky. (Ni contoh ye! Sila jangan banned aku!)

Atau pun..
Aku BUKAN nak menyibuk, cuma nak tanya --> Pandangan mata kasar macam menyibuk la jugak tu.
Okeissss korang!

Menggunakan kata-kata negatif hanya membawa kita berhenti pada masalah, bukan pada jalan penyelesaian. Kalau kita betul sekalipun, mungkin pendengar yang berkomunikasi dengan kita akan menyimpan rasa sangsi, ragu-ragu, sentap, touching dan ntah apa-apa perkataan yang sewaktu dengannya terhadap kenyataan kita, kerana perkataan sepertiTIDAK seolah-olah menguatkan dan membenarkan realiti yang sebenarnya ingin kita sembunyikan.Jadi, apa solusi untuk tidak berkata-kata negatif? Berkatalah yang positif dan baik-baik saja. Jika ingin menegakkan kebenaran sekalipun, elakkan mengunakan perkataan TIDAK, tetapi memberi penjelasan dalam perkataan yang positif. Daripada menggunakan perkataan TAK BOLEH dan JANGAN, cadangkan alternatif. Ini lebih positif dan lebih diterima.

Abiss tuu.. nak guna perkataan apa yep? 
Moh pikir-pikirkan...



Mood ala-ala model.. walopun tiada kaitan dengan entry tapi saje nak letak.. hehehe!

Sunday, July 3, 2011

Mengapa ada benci?



Assalaamu’alaikum w.b.t

Isnin yang damai dan angin sepoi-sepoi bahasa di pagi hari nie, terpanggil aku nak menghujahkan sikap manusia.. cuma layakkah kita membenci seseorang? Okiesss.. Orang yang membaca artikel ni dan kalau KAU antara salah sorang yang membacanya lepas kau baca kau pi duduk bawah pokok dan renungkan apa yang pernah kau buat dari kau kecil sehingga sekarang.. adakah kau juga salah seorang yang dibenci manusia lain? Renung-renungkan~

Mengapa ada benci?
Ya , suatu pertanyaan yang sudah zaman berzaman sentiasa ditimbulkan. Manusia memang tidak lari dari bersifat benci-membenci dan tak kurang juga yang membenci pada permulaan tetapi akhirnya sayang. Dan telah popular juga pepatah tak kenal maka tak cinta. Sebelum kenal benci bukan main, tetapi selepas kenal rapat maka timbul pula rasa sayang. Dan selepas hati dah sayang, hilang semua benci-benci lama jadi nostalgia sahaja.

Tetapi ada pula yang dah lama sayang, tetapi datang kemudiannya rasa benci yang teramat. Akhirnya percintaan yang sudah lama terbina berakhir dengan perpisahan. Dulu amat mudah mengucap sayang, tetapi kini bukan main muak dan benci sehingga tidak boleh bersefahaman lagi. Maka kita lihat di situ, begitu mudahnya manusia membenci sesama manusia sedangkan ada jalan untuk menyayangi. Tetapi apabila hati sudah dikaburi, syaitan sudah menguasai, jalan kasih-sayang sudah tidak dapat dilihat lagi. Yang ada hanya pintu kebencian yang menguak luas.

Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu kebencian boleh mengundang kesengsaraan? Mengapa perlu membenci sedangkan kita tahu ianya akan menghuru-harakan keamanan? Jika kerana harta, pangkat dan rupa kita membenci manusia, maka kita sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana masih tidak bersyukur dengan seadanya pemberian dari Allah S.w.t.

Benci berbeza dengan marah. Marah ada tahap-tahapnya. Ada manusia yang jenis marahnya sekejap, ada yang tak hilang2 berbulan lamanya. Maka jika sekiranya kita ada tidak berpuas hati dengan manusia yang lain, adalah perkara yang biasa jika kita marah pun. Tetapi sebaiknya kawal lah kemarahan itu. Cuma apa yang saya mahu tekan kan di sini, marah itu adalah perkara biasa sebagai seorang manusia. Tetapi kerana ketidak puas hatian kita kepada seseorang itu sehingga membuatkan kita benci kepada nya, itu bukan lagi lumrah, tetapi itu sudah melampau. [yang makan cili sila rasa kepedasannya.. sebab ini bukan ayat aku sendiri, ini dari mereka-mereka yang alim..huhuhu]

Cer korang  baca contoh kat bawah nie supaya korang sedar yang korang bukan manusia yang sempurna dan masih dalam proses menuju kesempurnaan...
Aku bagi contoh jika ada segolongan manusia yang sesat dari ajaran Islam yang tulin. Biasanya kita akan marah-marah golongan tersebut dan menyimpan perasaan benci kepada mereka. Sehingga kita lupa apa yang sebenarnya patut dibenci leh kita. Yang patut dibenci adalah perangai atau perbuatannya itu, bukannya tuan empunya diri yang membuat angkara itu. Sepatutnya apabila ada seseorang yang sesat jalan, kita lah yang perlu membimbingnya, bukan terus membenci, memulaukannya dan melebih2 (GHULUW) dalam beragama. Kita lah yang sepatutnya memberi panduan, memberi hujjah2 kepadanya sampai dia kembali ke pangkal jalan. Maka semua itu perlu dilakukan dengan sabar, bukannya dengan jalan membenci , kutuk-mengutuk, caci-mencaci dan busuk hati padanya.

Kita imbas sejarah Nabi Muhammad S.a.w, baginda ketika mahu menghembuskan nafasnya yang terakhir, bukan nama anak beranaknya yang disebutkan, tetapi umatnya. Sebagaimana yang kita tahu, bukan semua umat Nabi Muhammad S.a.w ini mengakunya sebagai nabi, tetapi nabi tetap menyebut2 ummati ummati. Kerana kasih dan kesian belasnya nabi pada umatnya ini. Tetapi adakah kita ini ada kesian belas terhadap sesama saudara kita yang masih berada dalam kejahilan, kesesatan dan sebagainya?

Pemikiran kita ini diajar dari dulu lagi agar memandang negatif dan terus membenci kepada golongan yang tersesat. Tanpa kita berfikir bagaimana cara untuk mengembalikan dia ke pangkal jalan dengan berhikmah. Sememangnya bukan semua cara kita ini berjaya membuatkan orang2 yang tersesat itu dapat kembali ke pangkal jalan, tetapi sekurang2 nya kita mencuba dengan sebaik mungkin. Bukannya dengan hanya menuduhnya sesat , kemudian memulaukannya dan membencinya terus. Kita tidak tahu sama ada orang yang kita benci itu adalah ahli syurga atau bukan. Mana lah tahu di akhir hidupnya dia diredhai dan diampuni dosa2nya oleh Allah kerana kebaikan hatinya, maka jadilah dia ahli syurga nanti insyaAllah. Tetapi kita ni, kita dapat tentukan ke kita ahli syurga atau tidak? Adakah anda sangat yakin bahawa anda adalah ahli syurga sedangkan di hati anda masih ada perasaan benci sesama saudara Islam, masih ada busuk hati, buruk sangka, berniat jahat dan seumpamanya?
Nasihat aku pada korang yang rasa diri korang perfect pada kami yang serba kekurangan ni..

Maka aku nasihatkan diri aku dan sesiapa sahaja, agar kita sama2 perbaiki akhlak kita. Kerana Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Tidak dinafikan kita ini ada mempunyai sifat marah, tetapi semoga kita dapat mengawal dengan baik sifat marah yang tercela ini. Kalau nak marah sangat pun, marah lah sekejap jer, kemudian ambil air wudhuk dan buat apa sahaja yang baik untuk redakannya. Dan jangan lah dibiarkan kemarahan itu berjangkit kepada kebencian pula. Malah yang sebaiknya adalah kita cuba sedaya upaya untuk menanamkan rasa kasihan belas kepada golongan yang kita marahkan itu. Bak kata pepatah, marah2 sayang. Marah kerana sayangkan dia kerana tidak mahu lihat dia dan orang lain susah di kemudian hari. Wallahu a’lam
**Nota kepala - aku sedih dengan kejadian disekeliling aku kerana dalam hidup aku, aku pernah membenci tapi aku benci perangai seseorang, berlainan sikap manusia itu yang membenci seseorang sehingga mati. Bukan itu sahaja, aku pernah membenci salah seorang kaum keluarganya, tapi aku segera memaafkannya kerana aku sedar masih jauh perjalanan hidup aku dan aku takut orang lain membenci aku.. Nasihat aku pada KORANG dan juga diri aku sendiri..berhenti membenci seseorang kerana sedikit sebanyak hidup kita pasti ada effectnya. Kita sakit, kita susah itu semua penangan sikap angkuh kita sendiri. Manusia yang kita benci semakin sedar akan KEPARATAN hidupnya satu masa lalu, sehinggakan berjabat tangan pun kita buat tak nampak. Wallahualam.. itu antara diri sendiri dengan Allah S.W.T... Sekian!







Saturday, July 2, 2011

Filem KARAK dan kanak-kanak..

No komen bila menengok perangai my kids semasa menonton filem KARAK.. macam mana gamaknya bila nonton kat wayang? sah satu kerusi empat orang duduk atas aku.. boleh gitu?



Sib baik bantal empat segi tuu cukup tiga untuk wat penutup muka.. hehehe