Monday, May 23, 2011

aku kecewa dengan makcik nie!


Birthday wishes dari kawan-kawan memang dinantikan... tambahan dengan teknologi yang moden dan canggih nie macam-macam laman sosial yang wujud.. my mak juga tak ketinggalan dengan dunia facebook nie.. may be sebab kehidupan beliau dikelilingi dengan anak-anak yang rajin mengajar beliau tentang dunia IT.. Tapi, malang bila birthday wishes buat mak aku nie telah dicemari oleh sorang makcik.. niat makcik nie murni mengucapkan selamat kepada mak aku.. tapi yang dia pergi melalut bila mak aku cerita nak ke Penang kenapa? mungkin segelintir korang yang baca komen dari makcik nie sebagai perkara biasa, tapi ikhlas aku cakap yang aku sangat tak dapat terima bila dah melencong ke arah lain.. honeymoon laa! aku geli dowh dengar sebab mak aku nie tak de laki! boleh tak makcik jangan cuba buat satu gurauan yang songsang dan menjengkelkan di wall mak aku! aku memang muda tapi aku masih boleh pikir laa derr.. makcik, makcik and all the makcik, usia dah nak menopous dan mungkin makcik dah mengalaminya boleh tak berkelakuan yang sewajarnya di dunia IT nie.. makcik-makcik sekalian, gurauan dewasa makcik sangat menjijikkan.. aku benci dengar semua ni makcik sebab mak aku nie single! bila single status dia janda, bila janda orang jantan [bukan lelaki] akan melambak ambik kesempatan tambahan pulak mak aku masih vogue dan anggun, dan aku dapat rasa ada jantan yang sedang ambik kesempatan.. aku rasa sangat terhina makcik bila ko kata jangan masuk campur hal orang tua... aku nie anak dia! apa yang tertulis kat wall mak aku yang aku rasa keji, aku akan bangkang! aku memang sorang je anak perempuan mak aku, terpulang pada mak aku kalau mak aku nak marah ke? tapi aku tak nak orang salah anggap pada mak aku.. aku sedey makcik!

cukup laa tekanan yang aku dan suami aku hadapi bila berdepan isu single mummy nie makcik! macam-macam cerita bodoh yang aku dengar tak cukup tuu depan mata aku pun berlaku.. tanpa segan silu!

**aku tengok apa yang ko post dah di deleted makcik, tak pasti mak aku ke atau ko yang deleted! jangan terlalu mencintai dunia makcik, and all the makcik! kalau ko ada 2-3 orang anak macam aku InsyaAllah, sejuk perut ko di alam sana tapi kalau anak ko perangai macam g#@$%%^ suksesss ko selamanya!



T-shirt untuk blogger tegar!

halloooo mr monday! 
Ouwwwhh.. [buat-buat malas..] penat laa kejap je dah senin.. rasa cam semalam baru ari Jumaat! [melampau ke.. hehehe] Keje tetap keje, blog tetap blog! hahaha ~~

First entry di hari senin dua hari sebelum dapat gaji! yeay~


Nak mempromosikan t-shirt untuk geng blogger, ada contest yang dibuat tapi dee tak layak masuk.. [mode : sedey] tapi tak kesah.. untuk geng blogger tegar, haa mari dapatkan t-shirt nie.. nak order klik SINI tau.. dee tau ramai yang teruja kan? price pun sangat berpatutan RM25 termasuk postage bak kata tagline Kamdar 'berbaloi-baloi' ~ nak tau saiz apa korang pakai silaa laa ukur baju dibadan sendiri pas tu klik kat link bawah untuk fill-up order.. jangan lupa bank in duit tau! Tempahan akan mula dibuka bermula 20 Mei sehingga 31 Mei 2011.. Okieeess!


Berminat? Nak Order?


Rasa ragu-ragu boleh hubungi 013-6754373 atau 013-2644184 (The Gecko Art Ent)
Daaaa ~~~




Friday, May 20, 2011

Luahan hati di hari jadi ~ sad!


20 Mei tarikh keramat dalam keluarga dee.. birthday my mak dan pakcu! Pakcu adalah insan yang paling happy, pagi-pagi siap remind dee "kak, hari nie besday orang".. dah 12 tahun umur pakcu, ermm.. dah besau na kena gi buat IC dah.. cuma dalam meraikan birthday mereka berdua rasa duka tetap ada terutama pada T__T..cuma orang perseorangan yang mengetahui... wang tak menjamin kebahagiaan bagi dee, hanya ikatan kekeluargaan yang penting sekarang.. tapi hidup kami dah berlainan mungkin sejak wujud makhluk halus Allah yang mula mengajar dia semakin jauh dari jalan yang benar.. [bahasa perlu berkias kerana ianya maruah keluarga dee cuma untuk dikongsi supaya ianya dapat dijadikan teladan] Bak kata hati my skandal "Kecewa dan terluka kerana tiada kebahagian dan keceriaan lagi yang terpancar sempena Hari Lahir ini ... Tidak seperti dahulu ....Tiada lagi senyum tawa , lawak jenaka dan suka dan duka. Bersama-sama sekeluarga meraikannya ... Dengan memikirkan kepentingan diri sendiri , sesebuah keluarga itu akan hancur dan musnah ... Moralnya... Nafsu Dan Amarah membawa padah ... Renungkanlah..." Kadangkala kami confius sama ada beliau sedar dan tidak tentang ketidakselesaan ini..

Walau apapun..."Selamat hari lahir uolssss"




Wednesday, May 18, 2011

Ahad yang mencabar!

Ahad lepas..
sambungan kesah CERITA YANG MACAM-MACAM..
my adik ipar datang pada hari ahad dengan segerombolan macam rombongan cik kiah kelihatannya.. memuliakan tetamu adalah amalan Rasullullah SAW.. maka, dengan rasa yang sangat teruja mereka sekuarga dijamu dengan santapan ala-ala restoran kapitan cina.. hehehe! Sup tulang yang pekat, ayam masak tomato untuk anak-anak saudara, sayur-sayuran campur yang sangat gojes gitu... [my skandal kata..hehehe

bila orang datang rumah nampak happy gembira, maka tuan rumah lagik laa ber'double trouble' kegembiraan mereka betoi tak? makan sudaaa... sesi melawat satu rumah jugak sudaa.. solat zohor juga selesai.. ada permintaan dari adik ipar dee dan kuarga, minta bawa diorang jalan naik komuter sambil hantar terus balik ke stesen bas. Pada perkiraan dee, memang rasa malas nak ikut my skandal disebabkan rasa tak berapa nak sihat.. tapi bila my skandal beria-ia ajak maka, dee follow laa jugak.. 



Dari Stesen komuter Rawang, kami beli tiket menuju ke Kuala Lumpur.. [ouwwh, poyo woh ayat dee!] tak berenti sampai KL Sentral pun.. maka, dalam keadaan hujan lebat kesemua kami meredah menuju ke Central Market (CM).. apa perasaan korang kalo korang di situasi dee? mesti korang, tak de keje cari keje kan? huh, follow je laa kang kecik ati jantung semua bagai.. rasa semacam bila berjalan jauh dengan mengheret anak yang macam nampak ramai.. dari CM melangkah terus ke Puduraya.. betapa malangnya, setiba di Puduraya tiket bas ke selatan tak dijual kat situ.. $#^^$^ mekap yang berkepuk gebu tadi dah mula dibasahi keringat ..[erk.. hehehe] maka, menuju ke LRT untuk ke BTS -- Bdr Tasik Selatan.. kat stesen baru tuu je yang ada jual tiket ke selatan.. kaki dah lenguh, my kids pun dah menampakkan wajah kebosanan.. kesian! turun naik komuter, dah rasa macam kat Japan puloksss.. 




Sesampai kat kaunter tiket sedang molek ada tiket bas jam 6.30 petang.. selesai kiss, laga-laga pipi gitu, dan babai kami terus ambik komuter balik ke rawang.. jauh perjalanan kami petang tuu... kesian my kids tertido keletihan dalam komuter... Hurmm... kesimpulannya, ada kemudahan gunalaa sewajarnya jangan laa nak menggatai naik tren laa apa laa dengan kuantiti makhluk yang ramai.. [pening kepala tau..hahaha]

Okeh ingat ye! Sekian..**kurang idea sebab migrain


Tuesday, May 17, 2011

Selamat hari cikgu!

"selamat hari guru, cikgu!" tuu laa ayat manis setiap kali 16 May datang menjelma... untung mereka yang bergelar pendidik kan? tak pe, tuu rezeki dema... kita dengan cara kita! tuu laa sape suruh tak belajar pepandai, kan dah tak boleh jadi cikgu...

sebut pasal cikgu nie terimbas kenangan sewaktu dee baru lepas SPM..


Dee pernah bergelar guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara Petaling Jaya.. bukan tuu saje, sangat besar tanggungjawab dee ketika tuu.. dee telah diamanahkan untuk menjadi guru kepada sebuah kelas terahir Tahun 5.. Nauzubillah, perangai anak-anak murid dee sangat mencabar dee ketika itu.. apa tidaknya, bising dah memang kerja mereka.. bab-bab gangster murid Tahun 5 dirangkul oleh kelas dee, kelas paling kotor pun kelas dee.. terpikir tak bagaimana nak bentuk anak-anak ni? kadang kala timbul rasa malas nak ke sekolah untuk mengajar dek kerana perangai mereka.. tetapi, makin lama hati mereka harus diselami.. majoriti diantara mereka yang berada dalam kelas ni semua punya masalah keluarga.. Kesian! Kenangan bergelar guru memang tak boleh dibeli dan ianya sangat bernilai.. betapa besarnya pengorbanan sorang guru, selalu berfikir tentang anak-anak muridnya walopun semasa cuti..**hilang kata-kata 
kini, giliran my kids pulak menyambut hari guru!
seperti biasa dee adalah mangsa mereka, "mama, nanti hari guru kakak nak bagi present tau kat cikgu"  nasib baik teknologi semakin canggih... macam-macam idea yang boleh digunapakai.. untung jadi cikgu laa nie kan? hehehe~~~

Monday, May 16, 2011

A special little lady in my life turns 8 years old.. hehehe

ini si kakak.. birthday girl of 28 May!
Tiap kali datangnya bulan-bulan kelahiran my kids, dee laa paling pecah kepala pikir nak bagi present apa untuk my kids... Tahun nie tahun pertama sambut birthday di rumah baru.. kawan-kawan pun ramai, macam-macam yang dirangka untuk celebrated birthday kakak yang bergabung ngan pakcu (20 May)..Bukan main excited lagi si kakak yang garang nie.. yang seronoknya, kek akan disumbangkan oleh somebody.. sape tuu kena tunggu laa ye.. diam tak diam dah 8 tahun dah si kakak~~ ' kakak, mama loves you!'

Cek mek Bee

Apa motif taruk gambar nie tetiba?

Kalau nak tau...Nie salah satu cara bee tanya sebanyak mana kasih sayang sesiapa saje kepada dirinya.. selalunya bee akan tanya dee "mama sayang bee tak?" dee pun jawab sambil mencium mesra pipi gebunya.."sayang sangat.." lantas bee tanya lagi sambil buat jari macam dalam pixa kat bawah tuu.. "banyak macam nie ke? sepuloh ke lima?"

Sweet sangat tengok dia macam tuu...
Before tido pulak bee akan mengucap dan selawat.. Alhamdulillah dah pandai mengucap dan selawat ke atas Nabi.. siap dengan meanings sekali.. dah besar dah dia.. tak caya cuber tengok pixa bawah nie betapa kecohnya bercerita.. yang peliknya semua tengok ternganga pulak tuu.. hehehe!
bukan tuu je.. bee nie adalah anak yang bijak pada perkiraan dee dalam usia semuda tuu.. apa taknya, nintendo dah memang mainan dia.. kadang-kadang ingatkan dia tido sebab senyap dok kat atas bila naik je, berkerut keningnya main nintendo sambil kata "jangan laa kacau bee".. erk! hehehe...bee ni tak garang macam si kakak (eisha) dan tak selucu abangnya totoi yang suka buat lawak dan usik orang..
Hurm... sayang sangat my kids! Love!Love!

Saturday, May 14, 2011

Apabila si tua tak sedar diri ~

Salam ~

Tittle entry sangat ngeri bunyinya, haissh... sedih mengenangkan seorang yang selayaknya bergelar nenek dan datuk kepada cucu-cucu menghabiskan sisa tua dengan melakukan maksiat dan dosa.. Astaghfirullah... Sepatutnya sisa sisa umur yang Allah kurniakan pada kita digunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dimanafaatkan untuk bertaubat dari dosa-dosa yang lalu. Digunakan untuk memohon maaf sesama manusia...

Alangkah rugi sewaktu umur sudah senja..
sudah tua TETAPI masih lagi mencintai dunia..
berbekalkan kenangan lampau, si tua masih lagi bersarang dengan dendam kesumat..
masih lagi bergelumang dengan maksiat…
alangkah rugi dan sesal ketika di alam barzakh dan di padang mahsyar nanti kerana tangisan airmata darah pun ketika itu sudah tiada guna lagi...

Mari bermuhasabah diri ~

Ya Allah,
Ampunkan dosa mereka!
Ampunkanlah dosaku,
Ampunkanlah dosa ibubapaku,
Ampunkanlah dosa guru-guruku,
Ampunkanlah dosa sahabat-sahabatku,
Ampunkanlah dosa muslimin dan muslimat.
Jauhkanlah kami dari azab neraka,
Jauhkanlah kami dari bala bencana,
Jauhkanlah kami dari kata-kata dusta,
Jauhkanlah kami dari hasutan dan godaan syaitan.
Kurniakanlah kepada kami nur dan hidayah-Mu,
Kurniakanlah kepada kami rahmat dan nikmat, zuriat yang soleh dan solehah.
Amin.

**Dalam sebuah hadith Qudsi ada dijelaskan.." Allah mencintai orang tua yang taat tetapi Allah lebih mencintai orang muda yang taat. Allah benci orang muda yang maksiat (derhaka kpd Allah) tetapi Allah lebih benci orang tua yang maksiat (derhaka kpd Allah) "


Cerita yang macam-macam!

Selamat berhujung minggu..
Semalam idea sangat berduyun tiba tetapi malangnya BLOGSPOT gagal dibukak.. Ouwwh.. saya telah membazirkan idea-idea bernas tuu.. maapkan daku! eh..eh.. per meraban neh! Seminggu yang lalu, dee sangat busy dengan keje yang kelihatan macam tak banyak tapi sebenarnya melambak, sehinggakan masa untuk makan tengahari TIADA? [erk.. overnya dee!] untuk aktiviti bisnes matching online dee pun terpaksa diketepikan jugak urusan pengeposan.. kesian kan? bagi yang belum dapat barang pesanan tuu bawa bersabar dalam perjalanan dan bak kata omputeh 'on the way'.. haaissh..

Dua hari adalah hari sepatutnya untuk bergoyang kaki..
Tapi hari sabtu yang sangat padat, dipenuhi dengan rutin mingguan biasa.. tugas sebagai bibik laa pulak! huhuhu.. menggosok baju untuk seminggu, basuh kasut my kids [walopun diorang suka basuh sendiri tapi keadaannya tak berubah, sebagaimana sebelum basuh cam tuu laa keadaannya selepas dibasuh.. erk.. paham tak cam ne keadaan kasut mereka?hahaha..] tak cukup tuu, nak gi beli lauk untuk seminggu, dan yang pastinya minggu ini adalah minggu yang kelihatan seperti tiada waktu rehat tetapi sebenarnya weekend yang special.. Sunday, adik my skandal nak datang dari Melaka.. saje datang melawat, ziarah dee sekuarga.. lagipun since pindah rumah baru nie, diorang tak pernah datang.. jadik, seharian keje 'touch up' umah laa.. planning masak special sebab orang jauh nak mai.. [jauh ke?]

Seminggu yang lalu..pada hari ahad yang hangit!

dee ke Pusat Sains Negara bawak my kids dan pakcu.. Setengah hari kami kat sana.. bukan main lagik nengok pameran dinasour.. nanges-nanges my kids dikejekan dek my skandal.. Ouwwh, sangat notti.. ada adegan yang macam dalam Jurassic Park my skandal buat! [ dapatkah anda imagine? lalala] walopun dimerata tempat tertulis DO NOT TOUCH tapi ada diorang kesah? tak caya nengok gambo nie.. ala-ala Jurassic Park sambil ketiga-tiga my kids terjerit - jerit minta tolong.. haissh.. sangat kelakar sehinggakan ada pulak penonton dramaking tuu.. hahaha..


so, per komen? sangat pandai berlakon filem thriller..adoi!...
 

macam-macam eksperimen yang kami cuba.. terasa cam saintis gila pun ada.. alamak, terlebih sudah! hehehe...




bukan tuu je.. ada sudut mewarna.. yang tak patutnya my skandal pun sama dok mewarna.. gian gamaknya color guna krayon kot... :)

hasilnya...tadaaaa.. 4 alien!
kuar je dari Pusat Sains terasa bahang dan kehangatan cuaca petang.. terpandang lak KOPIESATU! Ooouwhh.. per lagik, my kids masing-masing merengek haus.. hohoh~~ sekali sekala bak kata my skandal..
dan yang pastinya, memang berbaloi-baloi bawak anak-anak yang sedang membesar cam my kids tuu.. satu kenangan yang tak boleh lupa bila my kids dah mula berpikir dan banyak tanya bila melihat pelbagai eksperimen dan bahan di sana.. semua benda nak dicuba... bayaran masuk sangat setimpal ngan pembelajaran yang dapat kat sana... memupuk minat anak-anak dalam ilmu sains.. nak less masuk? bawak Enrich Card, memang potongan yang berbaloi-baloi.. Okiessss ~~

Saturday, May 7, 2011

Untuk mak-mak aje! Selamat Hari Mak, Mak!

'Terima kasih mak kerana menjaga saya ketika saya demam'

urghhh.. sorry dee bukan demam tapi nie ayat pinjam dalam iklan tv.. hahaha! dee suka ayat tuu bila iklan tuu ke udara dan kadangkala bila my skandal ada di sisi dee mula tunggang langgang kan ayat tuu.. tapi bila dee renung sendiri betapa besarnya ucapan TERIMA KASIH itu buat mereka yang bergelar ibu, emak, mama, mummy, ummi kan? dee pun salah sorang tak terkecuali..

Iklan hari ibu merata termasuk dalam internet..
my little bee pun tak terlepas jugak.. sangat alert dengan hari istimewa, besday sesape aje dalam rumah nie.. dengan gaya gedik dan manja dua tiga hari nie selalu peluk dee dan ucap "Selamat hari ibu, mummy" [ayat time mengada-ngada tapi dee suka..hik] kekadang pulak "Selamat hari ibu, mama" [ikut suka hati dia nak panggil dee kan?] tak pe laa asalkan bee tak panggil nama sudaa... pengertian tetap sama..

My eisha pulak lain halnya, semalam petang berbual dengan ica.. tetiba ica cakap 'mama, esok bagi kakak RM 3.50 boleh tak?' dee agak terkejut dan bertanya kenapa... lantas si kakak menjawab 'kat sekolah kakak ada jual bunga harga RM 3.50, boleh tak mama?' adusss... terkedu sampai gitu sekali anak-anak nak membahagiakan hati si ibu.. alahai...

My handsome boy pulak selalu cakap 'nanti bila adik dah besar, adik nak belikan mama cincin..' erk.. Amin.. mudah-mudahan..

Bahagia kan menjadi ibu bila anak-anak mula menampakkan kematangannya?
Okiessss dalam life dee kan, wujud 3 orang ber title ibu..

Pertama -- Of course laa my mak PN APIDAH BINTI ARIFFIN..
Untuk mak tersayang.. 
Mak sekiranya mak ada didepan akak, ingin sekali akak memeluk dan mencium mak, akak rindukan pelukan mak, alangkah seronoknya jika kita dapat bersama macam dulu berpeluang untuk menatap wajahmu dan memelukmu, tapi sekarang tidak…mak makin jauh dari kami dek kerana kebizian yang kadang kala difikirkan langsung tiada pekdahnya, namun ingatan kami terhadap mak tak pernah luntur walau sekali pun,  mudahan mak sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki walau apapun akak sayang mak!…Selamat Hari Ibu, mak.*alahai feeling sudah*

Kedua -- Dah tentu ibu mertuaku PN HALIMAH BINTI HJ TAMIN
Untuk ibu mertua yang dikasihi.. 'alaaa kassimm' opss.. hehehe..
Mak, terima kasih kerana menyayangi diri ini, suami dan anak-anak, mak sangat baik hati, sebab tu kami pun seronok nak balik kampung, mak tidak membeza-bezakan anak menantu mak, mak sayang dengan cucu-cucu mak, seronok bila kita dapat berjumpa, bergelak tawa bersama, masak sama-sama, makan sama-sama, shopping sama-sama, best kan mak…kami doakan mak panjang umur murah rezeki, Amin.

Ketiga -- agak korang sape? erm.. My stepmother.. PN DILA
Untuk ibu tiri dee also, dee ucapkan Selamat Hari Ibu...*nothing to say*no [icture*
 
Ouwhhh.. sangat panjang bebelan dee mengenai hari ibu kan.. Okiesss pesanan buat korang semua,
"wahai anak-anak muda, sayangi lah ibu bapa kita kerana tanpa mereka siapa lah kita yang bisa berpijak di bumi nyata ini. Ucapkan Selamat Hari Ibu, Semoga Panjang Umur kepada ibu-ibu kita."


Friday, May 6, 2011

BOTAK pun hensem jugak haaaissshh

Nie bukan cerita tapi maklumat yang bagus dan ianya patut di share ngan kawan-kawan.. tambahan pada sesape yang mengalami takpun orang tersayang ke...hurm...Let's share!

Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan meng-hasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Namun begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut gugur secara berlebihan dengan mendapatkan rawatan segera. Ini kerana proses kebotakan akan melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung. Ini kerana keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-nya. Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut (papila) mula menyusut (atrofi) menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.

Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

1. Androgenetic alopecia - botak disebabkan faktor keturunan.

2. Traction alopecia - akibat sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut.

3.Telogen effluvium - faktor tekanan emosi dan fisiologi.

4. Anagen effluvium (toxic alopecia) - berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu.

5. Alopecia areata - serangan sistem imun terhadap sel folikel

Faktor paling utama ialah tekanan. Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja sehingga mengalami banyak tekanan kerja terutamanya jika tidak ditangani dengan balk menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.

Botak juga boleh berpunca melalui genetik. Masalah keguguran rambut boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya.

Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestoster-on (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin.

Kulit kepala yang terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk akan menutup liang pada kulit kepala yang menyebabkan gang-guan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Ini merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur.

Antara faktor lain yang membawa kepada masalah keguguran rambut seperti kecederaan kulit kepala, pengambilan ubat-ubatan, amalan makanan tidak seimbang, merokok, mengambil minuman keras, trauma, pencemaran bahan kimia yang terkandung dalam produk dandanan rambut, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan dan alahan pada bahan kimia.


Makanan seimbang elak botak

Untuk mengelakkan botak, anda disarankan mengamalkan pemakanan seimbang. Hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Anda juga perlu mendapatkan garam galian terutama zat besi, zink, kalsium, magnesium dan kromium harian yang secukupnya. Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekal sihat.

Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang min­yak yang terdapat pada setiap folikel rambut muka aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Cara yang betul juga perlu dipraktikkan bagi mengelakkan rambut gugur. Caranya dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancar-kan perjalanan darah.

Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala dari­pada sinaran ultra lembayung.

**Tapi kan sebenarnya botak pun okeh tau tambahan bila yang botak tuu cam dia nie ~~ hehehe




Segar dari Oven Iva

masih dalam sesi mempromosikan perniagaan kawan-kawan... maklum laa keadaan ekonomi kini membuatkan kita terpaksa ada part time lover.. oppss.. notti tau mulut nie.. hehehe! apa yang dee yakin dan confident dee promoted sebab dee tau rasa nya bagaimana.. Ouwwh.. Iva, sila jangan perasan! sape kenal Iva Saionji? Penyanyi soprano? eh, bukan.. apa? Pelakon tambahan dalam filem mamat khalid? pun bukan... I'M SORRY bak kata Amir pendek tuu.. huk aloh mu nie... Iva nie Rakan sekerja dee memang sorang yang kreatif [kadang-kadang laa..bweekkk.. hehehe] suka rasa dia cute dan comel [tengok style laa] Beliau sedang bertungkus lumus dalam bisnes CUPCAKE yang sangat laa cumel dan ala-ala kedai kek gitu dibuatnya... urusniaga berlaku sekitar opis dan boleh jugak menular ke luar kawasan kalo sesape nak order tapi bayaran tambahan [duit minyak ] sendiri tanggung... setakat LA okeh jer dia hantor.. lalala... jangan marah ye cik puan Iva..


satu untuk saya.. satu untuk dia...
my little bee memang gitu bila nengok cupcake yang ada bintang..
4 pcs -- RM 12
Teruja? 
Teringin?
Mengidam pulok? Okiesss...
kontek Iva untuk pembikinan CUPCAKES yang comel nie :

017-271 1254
Iva Saionji
chentaoven@gmail.com


blog beliau masih dalam pembikinan
Online hari kerja sahaja buat masa ni..sabtu atau ahad sila call ok dia okeh... harga pun tak mahal macam kedai SR... erk..lalala~~ selamat berhujung minggu! [ayat melepaskan diri]