Thursday, June 30, 2011

seminggu yang terus berlalu...

Minggu yang sangat sibuk..
Istilah yang macam gamp*** jer. Bukan sebab aku keje tapi terlalu banyak peristiwa mengejutkan Dan tak terduga dek akal berlaku di sekeliling aku.

Bermula Dari Senin, dah mula menampakkan kesuraman apabila mendapat perkhabaran yang MAK abang rodi dah meninggal dunia jam 11 pagi. Yang pergi tetap pergi.. Takziah Dan banyakkan bersedekah Al-Fatihah buat arwah.

Selasa macam biasa..
Terus berlalu!

Rabu datang Dan tak terduga aku dikejutkan dengan berita yang hampess bila bos aku kena tukar cawangan maka, aku bakal mendapat boss baru? Ouwwhh.. Bertukar pemimpin, kalo dulu corak pimpinan ala Tun M tapi mungkin yang baru ala Najib kot? Hehehe... Yang sedih bila boss aku sendiri terkejut diberitahu oleh seorang reporter TERJAH (nampak sangat suka jaga tepi kain Kak Limah kan)... Boss aku belum sempat bukak Surat, tapi reporter ni boleh naik sampai opis aku tingkat 3 semata-mata nak g tau boss aku.. Memang hangen aku tengok makcik ni.. Nak cerita lelebey aku Akan wat entry special pasal boss aku.. Tunggu je lah!

Khamis penuh rahmat..
Anak aku si Daniel pulak demam Dan muntah-muntah.. Waduh, apakah ini dugaanMu? Aku redha Dan pasrah. Dengan perangai anak-anak yang semakin membesar Dan kenakalan yang melampau kadang Kala buat aku terkesima bila my skandal tiada di sisi... Huwaaaaaaa...

Lagi Hal nak cerita bila kawan-kawan Putrajaya ajak join Holiday ke Haadyai pada 16/7 sampai 19/7.. huhu.. Hati sangat gedik, tapi aku tau halangan setebal Dan sekeras tembok German.. Korang pernah tengok tembok german tuu? Hehe.. Sori, aku pun tak pernah... Arrghhh apa-apa aje! Bior ku pikir..

Adusss penat lah tangan..
Nak tido sebab 'capek'.. Bye all!



Sent from my iPhone

Saturday, June 25, 2011

Tweet.. Tweet..

Tweet.. Tweet..
Ni semua pasal adik manis Iva Saionji yang sibuk ajak aku bertweeter.. Pelik gak memula.. Tapi rasa seronok lak, lagi pantas Dari pesbuk.. Wooowoo, tapi itu tak bermakna aku nak say babai kat pesbuk kan? Itu kan salah satu sumber pendapatan Dan jugak punch kad aku.. Sampaikan kawan opis bley tau ke mana aku meronggeng atau berjimba.. Aku dah buat pesbuk macam diari dah pun.. Skang ni aku rasa cam taksub ngan tweeter lak.. Bagi orang lain, tweeter dah basi, tapi TIDAK bagi aku sebab aku dapat rasakan kejakunan aku. Erkk.. Jom tweet.. Tweet..


Send from my iPhone

Thursday, June 23, 2011

Iklan - Kereta untuk dijual

Iklan..Iklan..

Assalamualaikum WBT..

Sekadar membantu seorang sahabat yang hendak menjual kereta WIRA miliknya.. maklum lah kuarga dia dah besau maka, kena lah mencari inisiatif berkereta besau iye dop? kalau ada di antara korang yang sedang menggoogle KERETA HENDAK DIJUAL.. aku rasa selayaknya ko lepaking jap kat blog aku neh.. hehehe! kot berkenan sudilah mengkontek okeh?



Details :
Harga : RM 16 000 tuuunaaai.. kalau utang bank 7 tahun - RM280/month
Model : Wira Sedan 1.5 (A)
Color : Yellow Pamela
Reg. year : 2002
Mileage : +-90000
Transmission : Auto [tekan terus jalan..hehehe]

Gambaq kereta Wira tuu serius aku tak ada.. 
Pasal bank jangan risau segalanya diuruskan oleh owner.. 
kalau korang teruja dan nak merisik, sila lah kontek owner kereta AZLINA (017-649 7084) 

anakku dan sazali.. erk..salah tajuk! **peace

Sawadikap..
Alhamdulillah selesai bab sekolah my kids, ke hulu ke hilir seharian.. Ada pulak tu cikgu tak caye aku ni mama pada hero dan heroin aku.. Alahai hidup! ( terasa seperti muda remaja wah.. Hehe )

Hero aku Fitri Daniel aka totoi.. MasyaAllah, cukup ligat Dan lasak dia disekolah.. Bab study, dia adalah tergolong dalam anak yang cemerlang.. Thanks God! Alhamdulillah.. Cuma cikgu Ada mengusik tentang kawan baik totoi adalah seorang GIRL.. Waduh, kok aku bakal punya menantu? Waduh.. Hihi.. Yang best tuu Nama girl tu NurShahFitri.. Cikgu kata Nama pun sama macam janji.. Hehe.. Dan paling aku tak sangka selama ni aku Dan my skandal mati- mati ingat totoi kelas last rupanya kelas dia adalah kelas yang terbaik... Hurm.. Hero aku ni!

Abis je jumpa cikgu totoi yang peramah tu aku terus bergegas dengan rombongan aku ke kelas si kakak aka Julita Alisha.. Sib baik cikgu kakak ni tak mesra sangat kalau tak mau baper jam lak aku berborak macam cikgu totoi tadi.. Hehe..

Huh, hero Dan heroin aku memang jenis mentelaah last minit, perangai hodoh aku kot? Mana sempat baca boleh jawab.. Tapi, ini masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap mereka.. Berdasarkan keputusan, hero aku memang low profile, tak pernah tunjuk minat tapi dia boleh menjawab dengan baik, si heroin aku lak agak merosot Matematik.. I must do something! Hoho..

Pakcu baru nak UPSR tahun ni.. Kena push jugak tuu..

Huh, berat tanggungjawab aku! Semoga dipermudahkan Kami dalam segala apa yang Kami lakukan Dan terangilah hati Kami.. Amin!

T__T gambar makcik kecik aku yang ter'upload'... sayang makcik kecik nie! hehehe~~~





Sent from my iPhone

Tuesday, June 21, 2011

Ayu Suraya

Ada cerita terbaeeekkk..

Antara salah satu keprihalan my bucuk-bucuk manja sape lagi kalau bukan Bee! Sekaligus sangat seronok bila tengok bee bercerita tentang Ayu Suraya.. Memula hangin gak sebab sikit-sikit Ayu Suraya.. Setiap Kali drama tu mesti bee Akan berhempas Pulas cerita episod drama tuu.. Sampai kan aku yang tak ikut cerita tu pun dapat imagine! Hadoi!





Sent from my Iphone

**Omongan kosong aku

Fuih.. seminggu dah aku tak updated dan jenguk blog nie.. bizi memfotostat dan skop keje dah macam opis boy skang sejak unit kami sedang melancarkan pilihanraya Pasar Tani Wilayah Persekutuan.. mana ada orang yang terror mengolah mesin, dari tak pandai me'repair' mesin terus jadik technician.. alahai idop! Dalam kekalutan nie jugaklah my skandal sedang berhempas pulas out station kat Kuantan.. [hurmmm..nak kena gi spot check gak kat sana tuu... hahaha..tetiba *wink*wink] Aaarghh entry ku semakin lari topik.. Ooh tidak!

Esok aku ingat nak plan cuti..bley ke aku plan seraya beritahu pada boss aku? siot.. boss aku gi kursus tapi itu tak bermakna aku hoorey okeh, aku tetap ambik cuti tahun.. banyak benda aku nak urus esok, dengan report kad my kids si kakak dan abang jugak pakcu yang memang menjadi tanggungjawab aku... pas tu, aku kena berhempas pulas uruskan bisnes aku nie.. huhu~

Baru nak gi ambik report kad, aku dah seriau semacam malam nie.. hahaha! sangat sengal mama kamu nie! Okiesss.. nak tido lah.. eh, tak.. nak main farmville! hahaha~ adiooosss


Tuesday, June 14, 2011

Luahan suami isteri **

LUAHAN PERASAAN SUAMI


1. "isteriku, Iktitraflah kelakianku".
2. "Isteriku, Jagalah Rumahku".
3. "Isteriku, Janganlah Leteri aku".
4. "Isteriku, Fahamilah Perasaanku".
5. "Isteriku, Berbincanglah dengan ku".
6. "Isteriku, Hiasilah Dirimu".
7. "Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku".
8. "Isteriku,Hargailah pemberianku".
9. "Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak".
10. "Isteriku, Jagalah Makan Minumku".
11. "Isteriku, Jagalah pakaianku".
12. "Isteriku, Didiklah Anak-Anakku".
13. "Isteriku, Raikan Keluargaku".
14. "Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran dan Kelebihanmu".
15. "Isteriku, Janganlah Membuang Masamu".
16. "Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah".
17. "Isteriku, Patuhlah Kepadaku".
18. "Isteriku, Janganlah Cemburu Buta".
19. "Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu".
20. "Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku".
21. "Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
22. "Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia".
23. "Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku".
24. "Isteriku, Janganlah Boros".
25. "Isteriku, Hargailah Kejayaanku".
26. "Isteriku, Galakkanlah Hobiku".
27. "Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku".
28. "Isteriku,Berjimat Cermatlah".
29. "Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku".
30. "Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."


LUAHAN HATI ISTERI TERHADAP SUAMI





1. suamiku...bimbinglah keluargamu...
2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!
3. suamiku...jagalah matamu...
4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu.
5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat.
6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!
8. suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10. suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11. suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling
aje dan nak komen aje.
12. suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!


P/S: Naper suami banyak sangat dia punya luahan..? 'darling, awak tak macam tuu kan?'
Pasal dosa sang isteri, suami yang tanggung jika dia tidak menegur.







Monday, June 13, 2011

rasa macam sedih je!

Hollaaaaa...
terasa sepi pulak hari neh? 
ayat paling sentap yang pernah aku luahkan secara berani di blog.. biasalah bila sang kekasih pergi mencari rezeki ada lah sikit rasa cam nak sentap, tapi itu cuma sementara.. AGI IDOP AGI GELABAN.. betoi ka ayat neh? aarrgghh apa-apa aje lah! 

memang idop macam tayar dunlop, kadang kita kat atas, kadang kat bawah.. buat masa nie kemelut dalam keluarga sudah berkurangan cuma financial problem pulak! biasalah, macam yang pernah aku cerita dalam entry lepas-lepas, simpanan memang abis licin sama laa jugak ngan monthly salary tak berbaki? kesian kan? tapi aku kan macam ulat.. ulat dalam batu pun bley idop.. tapi kesian kat anak-anak aku, my skandal kata 'biarlah mereka rasa susah sikit..' [dalam kering pun bley gak bawak anak-anak berjalan ke Masjid Negara dan macam-macam lagi ]  tapi dalam idop kami tak de istilah mintak tolong mak bapak.. memang bapak aku banyak duit, tapi tuu semua duit dia.. hasil titik peluh dia.. nama aku nak mintak, SORRY! kalau dia nak kasi silakan.. tengkiyu tuu je yang mampu aku luahkan... tapi bila aku pikir sekali imbas dan renung dalam-dalam, ramai lagi yang susah berbanding aku buat masa nie.. tambahan sekarang unit aku kena buat siasatan terperinci untuk Program E-Kasih (miskin tegar).. walopun mereka-mereka tinggal di sekitar KL tapi rumah mereka daif dan tiada apa.. sedih**

Kawan-kawan kata aku masyuk sebab laki gi out station, aku lak bisnes? 
apa kejadahnya... aku bersyukur dengan apa yang aku buat sekarang nie.. tapi aku memang tak ada untung malah pernah rasa rugi pun, dengan kawan-kawan rapat lagi laa.. huhu tapi aku tak kesah, aku rasa ia macam satu permainan je... my skandal pulak, selama 2 bulan tak kuar out station dengan lajunya membayar rumah sebanyak berbulan-bulan sekaligus... **aiman tak kesah!

nak pinjam bank?
aku rasa ianya bukan satu tindakan yang baik.. begitu jugak my skandal.. jangan sampai kena AKPK lak.. huhu~~  biarlah slip gaji santek dan bersih dari segala anasir hutang.. Alhamdulillah.. bank pulak yang hutang tak kasi refund, aci tak gitu? Owwhh, lupa lah.. today aku puasa sunat dalam bulan Rejab.. setakat jam 3:08 petang nie aku nampak gagah lagi.. hahaha, walopun tak sahur malam tadi.. bangun niat kol 3 pagi tapi malas nak sahur? okeiss lah, cukup sudah luahan hati aku untuk hari nie.. ini luahan tau bukan mintak simpati.. huk aloh!






Selamat hari bapak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entry sempena Hari Bapa/Papa/Daddy/Ayah/Abah/Walid dan macam-macam gelaran yang mempunyai maksud yang sama ~


Sering kali kita mendengar cerita, anak lebih rapat dengan ibu, insan yang melahirkan mereka. Sikap wanita yang lebih penyayang, ambil berat, mampu menasihati dengan baik selain beberapa perkara membuatkan anak rapat dengan ibunya. Lelaki yang juga suami dan bapa kerap kali dilihat agak renggang dengan anak-anak kerana sikap mereka yang agak tegas.

Ðalam Islam telah nyata dan jelas bahawa peranan mendidik anak bukan hanya kewajipan mutlak para isteri dan ibu sahaja. Seperti yang terkandung dalam dalam al-Qur’an banyak kisah-kisah yang menceritakan besarnya peranan suami sebagai ayah dalam pendidikan anak.

Salah satu contoh yang paling jelas adalah kisah Luqman yang memberikan nasihat kepada anak-anaknya di surat Luqman (surat 31 ayat 13 dan seterusnya..) Begitu juga apabila kita melihat sejarah Nabi-nabi dan Rasul yang mana mereka dididik dan diasuh dengan cara tersendiri. Misalnya kisah nabi Sulaiman yang dididik oleh ayahnya, nabi Ðaud, khusus untuk menggantikan kedudukannya sebagai raja, atau Nabi Yusuf yang mendapatkan curahan kasih sayang dari Nabi Ya’kub sehingga timbul perasaan dengki dan iri hati saudara-saudaranya yang lain.


Juga Rasulullah SAW sendiri, yang meskipun ditinggalkan oleh ayahnya sejak dalam kandungan, tapi peranan bapa ini digantikan oleh datuk dan bapa saudaranya yang mengasuhnya di waktu baginda kecil, ia sedikit banyak menyuburkan sifat-sifat kepemimpinan dan bakat perniagaan baginda setelah dewasa. Tentu saja semua hal ini tidak terlepas dari tarbiyah Robbaniyyah (pendidikan langsung dari Allah) mengingat tugas-tugas mereka sebagai Nabi dan Rasul, namun dari kisah-kisah Nabi dan Rasul tersebut terlihat JELAS peranan ayah dalam pendidikan putera-puteranya.

Ði kalangan tokoh gerakan Islam, Hasan Al-Banna sendiri menceritakan peranan ayahnya dalam mendorong perkembangan potensi beliau (di antara pengaruh guru-gurunya yang lain) sehingga beliau boleh mendirikan gerakan Islam terbesar di abad ini. Malangnya dalam masyarakat kita sama ada disedari atau tidak wujud perbezaan di antara peranan ayah dan ibu. Sering kali seorang suami atau ayah itu dianggap sudah cukup baik jika dia telah bertanggungjawab memenuhi urusan kewangan keluarga. Seorang ayah yang tidak terlibat dengan urusan mengasuh dan mendidik anak masih dianggap biasa sahaja. Inilah ‘fahaman songsang’ yang wajar diperbetulkan.


Walhal, jika dilihat daripada aspek psikologi ia sangat menekankan kepentingan peranan ayah dalam tumbesaran anak-anak. Ikatan emosi antara ayah dan anak ditentukan salah satunya adalah interaksi. Interaksi yang baik di antara anak dan ayah dipercayai sangat mempengaruhi kecerdasan emosional seorang anak hingga membentuk dirinya menjadi seorang dewasa yang berjaya.

Bagaimana suami yang juga berperanan sebagai ayah boleh menjalin ikatan emosional ini, ikuti tips berikut ini:

1 - Persiapkan diri sejak isteri hamil

Masa kehamilan sembilan bulan ini dapat anda gunakan untuk mengajak suami untuk turut serta membuat persiapan dirinya sebagai ayah sebagaimana anda membuat persiapan sebagai ibu. Sebagai suami dan calon ayah, dia perlu berperanan aktif dalam membantu kehamilan isteri. Mengikuti persiapan persalinan, membaca buku mengenai kehamilan, merawat bayi atau berbelanja bersama untuk menyambut kelahiran bayi.

Jika berpeluang mintalah suami menemani anda dalam bilik bersalin. Melihat pengorbanan isteri melahirkan anak dan detik-detik terdengarnya tangisan bayi akan menambah lagi rasa kasih sayangnya terhadap isteri lebih-lebih lagi terhadap anak.

2 - Turut aktif mengasuh bayi

Sedari awal menjelang kelahiran, cubalah ikut aktif menjaga dan mengurus bayi. Ði percayai seorang ayah yang turut sama mengganti lampin, memandikan bayi dan mengasuh bayi sejak lahir besar kemungkinan akan meneruskan tugas ini dibulan-bulan berikutnya.

Ði peringkat awal pasti merasa kekok dan mungkin tersilap cara, tapi lama-kelamaan suami akan terbiasa dengan tugas-tugas ini. Bayi anda akan semakin merasakan kehadiran suami anda sebagai ayahnya, mengenali wajah, suara dan bau ayahnya.

3 - Bermain bersama


Ketika bayi semakin membesar, luangkan masa bersama untuk bermain, membaca, buku, atau melakukan aktiviti yang menyenangkan bagi bayi anda yang telah mula merangkak, belajar bertatih dan bercakap. Ciptakanlah permainan yang sesuai dengan usia anak. Membaca, menggunting dan dan menampal bersama-sama. Sedikit tip untuk golongan lelaki, apa aktiviti yang mereka boleh lakukan bersama anak bagi menambah kemesraan.

(A) Berbasikal bersama-sama

Anda tentu masih ingat betapa seronoknya berbasikal ketika kecil. Namun aktiviti ini semakin hilang bila kita meningkat dewasa sesuai dengan pekerjaan yang menuntut masa. Jika anda teringat keseronokan zaman kecil, rasailah perkara yang sama ketika bersama dengan anak. Ajak anak berlumba, ceritakan kenangan kisah-kisah anda ketika kecil bersama kawan-kawan dan sebagainya. Aktiviti begini mampu mengeratkan hubungan anda dan anak. Ketepikan soal masa kerana jika diberikan 50 jam sehari pun, manusia sentiasa sibuk sedangkan masa bersama anak-anak adalah perkara paling penting.

(B) Bina dan terbang

Ðalam zaman sains dan teknologi ini, pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama. Ini termasuklah jika anda membuat roket mainan dan bermain bersama anak-anak. Walau pun anda mampu membelinya di kedai tetapi ia tidak sama jika anda membinanya dan kemudian bermain bersama anak.

Ketika inilah anda harus menggunakan akal anda yang mungkin bekerja sebagai jurutera, arkitek dan sebagainya untuk bersama dengan anak-anak. Ketika anda mengajar mereka membina kapal terbang, anda sebenarnya mengajar anak tentang dunia masa depannya. Apa yang harus dihadapi dan dipelajarinya ketika dia dewasa kelak. Jangan jadikan anak anda seperti robot, yang hanya mengikut arahan sebaliknya ajar anak tentang sikap berdikari. Barulah anda boleh bergelar bapa atau lelaki sejati.

(C) Melihat bintang dan bulan di langit

Mungkin sesetengah ibu bapa tidak berkemampuan kerana hobi ini dilihat memerlukan belanja mahal tetapi di Pusat Sains Negara, banyak kemudahan dan bahan yang boleh anda ajarkan kepada anak-anak.

Ajarilah anak-anak tentang dunia sains. Bagaimana cakerawala berpusing, bumi dan bulan yang berpusing dan sebagainya. Kaitkan juga dunia cakerawala dengan fenomena alam bagaimana ia berkait rapat antara satu sama lain.

Memupuk minat anak tentang dunia sains sebenarnya mendedahkan anak kepada satu fenomena ciptaan Allah yang maha Esa. Ketika meneropong bulan menggunakan teleskop, ceritakan kepada anak-anak apa yang mereka perlu tahu tentang dunia ini. Mana tahu, suatu hari nanti, anak anda akan ke bulan kerana tiada yang mustahil di dunia ini.

(Ð) Berkhemah dan memancing

Sesetengah bapa menganggap menghabiskan masa dengan anak sebagai sesuatu yang leceh. Tahukah anda, sikap negatif ini jika dibiarkan berterusan akan membuatkan anak mengikut jejak anda di masa depan. Perkara yang sama akan dilakukan kepada anaknya pula. Justeru itu, bagi mengelakkan hal ini terjadi, peruntukkan masa bersama dengan anak. Ajaklah anak pergi berkhemah sambil memancing. Mengajar anak tentang alam adalah satu perkara indah, anak akan belajar tentang kehidupannya pada masa akan datang.

4 - Terlibat dalam kehidupan sosial anak anda

Ketika anak anda mulai menginjak alam persekolahan, dia pastinya akan memulakan kehidupan sosial yang baru. Sebagai bapa usahakan terlibat dalam kehidupan sosial anak anda. Contohnya mengenali nama kawan-kawannya, gurunya dengan siapa dia bergaul, akitiviti yang dia lakukan bersama rakannya atau gurunya.

5 - Jadilah pendengar yang baik

Kesibukan kadang-kadang menyebabkan anda mengabaikan cerita-cerita anak anda. Berikan keseimbangan antara kerja dan keluarga atau usahakan jangan membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah. Luangkan waktu lima minit sahaja untuk mendengar celoteh anak-anak dan benar-benar memahami isi ceritanya. Jangan hanya mengiyakan agar cerita anak itu cepat habis atau dengan mengatakan ayah sibuk.

Sekiranya anda menunjukkan wajah yang tidak berminat untuk mendengar cerita, ini akan membuatkan anak anda merasa kecewa dan akan semakin malas untuk bercerita dan ‘sharing’ itu akan mulai menghilang. Jadi, jangan mengeluh bila anak anda tidak mahu bersifat terbuka pada anda, atau wujud jurang kumunikasi di kemudian hari nanti.

6 - Komunikasi yang baik

Bila ayah berada di luar atau tinggal terpisah berjauhan dengan anak, usahakanlah untuk terus menjalin komunikasi yang baik dan mesra melalui telefon dan internet. Tunjukkan perhatian anda, rasa sayang anda melalui telefon, sms, ‘chatting’ atau surat.

Anda juga boleh menggunakan detik ini sebagai kembara kedewasaan anak. Contohnya dengan mengatakan ayah akan pergi selama beberapa hari, ayah minta tolong agar Alif menjadi anak yang baik dan menjaga ibu. Anak anda tentu akan merasakan dipercayai dan bertanggngjawab di atas tugas-tugas tertentu.

7 - Percaya anak dan berikan sedikit ruang

Jadilah seorang ayah yang memberikan kebebasan dan dapat mempercayai anak. Kepercayaan anda akan menjadikan dia membesar menjadi anak yang percaya diri dan berdikari. Jangan terlalu kerap memaksa dia untuk melakukan sesuatu tapi cubalah berikan pilihan, misalnya Alif mahu A atau B. Ðan tetaplah membuka kemungkinan pilihan lain selama pilihan itu tidak bertentangan dengan syariat dan prinsip.

Sebagai seorang ayah, suami anda boleh membimbing dan memantaunya.

8 - Layanilah anak sesuai usianya

Kehendak seorang bayi pastinya berbeza dengan keinginan seorang anak yang sudah bersekolah, begitu juga dengan anak remaja dan seterusnya. Cubalah untuk memahami kehendak anak anda dan tidak menganggapnya sebagai kanak-kanak kecil.


Menciptakan kedekatan atau jalinan erat di antara ayah dan anak adalah sebuah pelaburan yang berharga. Si suami atau ayah akan menyesal jika tidak memulainya sejak awal, baru merasa sesuatu yang tidak kena atau kekok bila anak mulai dewasa. Hubungan ayah dan anak akan terasa kaku, formal dan wujud jurang di antara keduanya. Hindarilah perkara ini berlaku dalam keluarga anda.

Kesimpulan

Sekali pun perkara dilihat seperti leceh tetapi membesarkan anak-anak tentang soal kehidupan adalah perkara terbaik yang dilakukan oleh seorang bapa. Ingat, anak adalah amanah Allah, andalah yang tukang mencorakkannya. Jika terlalu banyak perkara negatif yang anda tunjukkan maka negatif jugalah yang akan anda peroleh ketika anda tua kelak.

Mengajar anak-anak tentang erti kehidupan, adalah perkara paling menyeronokkan. Semakin anda menghargai mereka, maka mereka juga akan menghormati anda sebagai seorang bapa yang juga lelaki yang mampu menyenangkan jiwa raga mereka.




Begitu juga jika anda menyayangi mereka, maka anak juga akan menyayangi anda. Pendek kata, anda perlu menjadi idola anak-anak kerana apabila anda menjadi tua, maka mereka akan menghormati anda sebagai bapa yang sangat sempurna.

Para ayah, dekatilah anakmu sedari mereka kecil lagi! Entry istimewa untuk semua bapa... Selamat menyambut Hari Bapa.



Saturday, June 11, 2011

rajin ke saje tunjuk rajin? **huk aloh

entry tatkala rajin berkongsi cerita...
jumaat yang damai, aku cuti kecemasan. bukan niat aku tapi, omak aku ada hal yang memang aku sendiri tak bley nak adjust, sape nak jaga 3 buah hati aku nie? so, dengan rasa penuh tanggungjawab aku pun sms boss, walopun umah boss cuma selang jalan je.. hahaha! bley plak terpikir nak buat macam-macam sajian ari neh.. [rajin tak aku?] tambahan lak my skandal nak pulang, waduh.. lagi laa rasa cam semua nak buat.. dan paling keji ku rasakan bila my skandal tiba kat rumah dia akan berkata "semua ayang buat? waahh.. rajinnya ayang!" boley ke gitu? hahaha~~ silap beb! aku nie bukan apa, buah hati aku bertiga tuu suka mengunyah dan makan-makan jadi aku rasa sewajarnya aku buatkan untuk mereka... sampaikan eskrem malaysia pun aku buat gak.. suka depa!

mende yang pertama aku buat selepas masak makanan tengahari semalam ialah, agar-agar koktail.. walopun nampak santek, bley plak terkeras.. tapi sejuk-sejuk makan sedap.. hehehe..silap teknik kot!

dan paling mengancam sepetang semalam ialah aku telah membikin kuih onde-onde jambu.. okiesss tak nama nie? hahaha.. bley plak si pakcu bawak kawan semalam pas balik ngaji, maka aku pelawalah si kawan pakcu nie.. yang sadis ayatnya "eh khairil, mak aku buat kaler hijau.. " dengan selamba aku jawab "erk, kaler hijau dah abis laa dik, tuu akak bikin kaler pink.. ok kan?" si kawan pakcu "erm ok, sedap.. sama je rasa macam onde-onde yang lain.." sambil menelan beberapa bijik lagi.. "tak pe, lain kali akak buat kaler kuning pulak.." **smile... kesudahannya onde-onde telah disempurnakan oleh my skandal semasa menonton MAHARAJA LAWAK malam tadi.. **terharu
bila semua equipment memasak ada, semua bley jadik! tapi kalau tak de tuu lah penyebab malas bertapa dalam hati.. iye dop? tapi apa pun ada seseorang yang selalu membahagiakan idop aku, ceriakan aku, buat aku tersenyum... budak ineh!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Ini bukan entry jual kain.. peace**

kain..kain..lelong..lelong! huk aloh... silap lah, nie bukan entry nak jual kain secara borong okeh... tapi 6 pasang kain ela nie penuh makna kerana ianya pemberian dari seorang sahabat.. memang terkejut sangat sebab aku ingat dia nak kasi kat orang lain, tapi ianya untuk aku.. atau adakah dia telah membaca entry SETELAH DUA BULAN tuu? ermm..kompius neh! sebab lepas aku post entry tuu lah, sahabat aku nie datang bagi aku kain-kain yang santek dan gojes nie.. apa-apa je lah, yang pasti.. dah hantar tempah nie! siap cakap kat makcik tuu jangan siapkan awal-awal nanti aku teruja nak pakai tak sempat pakai raya.. hehehe.. comotkan? sukati laa... janji aku bahagia! rezeki jangan ditolak.. Alhamdulillah, thank you sahabat! "saya sangat terharu dengan pemberian ini kerana segala kerjasama yang saya curahkan adalah ikhlas dan ianya memang tugas saya" ~~ maap, nama tak bley disiarkan atas sebab-sebab tertentu takut hangpa pi kat dia mintak kain nak buat baju raya pulak.. hahaha... Okieessss! End --


Thursday, June 9, 2011

Drama SAKA yang lawak!

malam keliwon...
dah tentu chanel tv rata-rata citer momok gitu..

tak de laa keji cuma aku rasa cam nak gelak terguling-guling bila nengok citer 'YOU SAKA PERGI JAUH-JAUH' ...? tambahan lak ada si Nabil.. adoi! bukan nak mengejek tapi first time tengok iklan citer nie kat tv dah terasa cam lawak apatah lagi bila nengok citer neh.. director drama nie cam memain je ngan SAKA.. adoyai, nanti kena baru tong!toing! apa-apa pun aku tetap sokong industri filem negara nie... chaiyork!chaiyork!




Wednesday, June 8, 2011

setelah 2 bulan ~

my skandal kembali out station setelah 2 bulan tak de keje luar.. biasa lah bila bekerja dalam bidang engineering perlu siap sedia! uhuk!uhuk! ayat penyedap hati! tambahan pula sekarang nie di jabatan-jabatan kerajaan memang kurang projek pembinaan... ada projek selain Pahang, sedang run projek Kota Kinabalu.. takkan my skandal nak jaga lagi site situ setelah hampir 3 bulan dok kat sana? ye dok? ade yang mengalir air mata duyung kang! kelihatan seperti aku happy ke? tipulah jika aku happy dan melonjak kegembiraan kalau boleh nak aje ku suruh my skandal dok kat umah, pegi balik keje ikut opis hour tapi apakan daya aku.. aku bukan KP pun.. huhuhu... dia keje pun untuk bahagiakan aku dan anak-anak.. ye dok? dengan keadaan gawat ekonomi skarang,  roadtax 3 vehicles aku yang nak mati bulan 8 dan 9 berturut-turut.. nak raya lagi.. baju kurung raya lum tempah, selalunya time gini dah siap dah! sedih jugak.. tapi aku tak kisah sebab ramai antara kawan-kawan aku yang baru beli rumah mengalami nasib yang sama, dengan insurans rumah nak bayar.. monthly rumah tak yah cakap lah cuma nasib aku baik sebab my skandal seorang yang cukup berhati-hati dalam pengurusan kewangan nie...  bila dapat claim bayar rumah 3 bulan terus.. sib baik 2 bijik kereta tuu dah abis bayar kalau tak, sah punah dan aku ngan my skandal jadik peminjam tegar bank rakyat [bank pilihan anda]... Okeh, selesai sudah cerita aku! Menanti hari nak gi berjimba kat Kuantan je.. tambahan pulak my kids sibuk nak jalan macam dulu-dulu... hurm... Okieesss! nanti sambung! daaa....



Monday, June 6, 2011

Masuk syurga dek kerana bulu mata

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.

Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut."

"Nah! Kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan selembar bulu mata."


**nota kaki -- Taubatlah dengan sebenar-benar taubat yang penuh penyesalan dan keikhlasan sebelum terlambat.. Allah itu Maha Pengampun..

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.
Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...
SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."
Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."
Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...
SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

**nota kaki -- 'saya sayang awak sepenuh hati biarpun apa terjadi'

Sunday, June 5, 2011

adakah ini entry yang 'down'?

ada diantara kawan yang mengikuti blog nie bertanya, 'mengapa terlalu banyak kesah duka?' aku jawab bersahaja 'biasalah lumrah hidup.. Allah menguji hambanya.. Dia rindu mendengar suara rintihan doa hambanya' [ayat pinjam...huhu] bukan apa, memang aku rasakan sangat down sejak akhir-akhir ni, aku cuba ceria macam biasa sehinggakan di opis pun kawan-kawan sedar dan tahu aku di takuk mana.. takkan nak buka pekung didada.. apa yang boleh aku pusingkan reason aku.. bior setimpal dengan memek muka aku nie.. balik rumah bagaikan tiada apa cuma anak-anak penguat semangat dan rakan bergaduh sayang.. untuk bersemuka dengan dia, aku rasa aku tak layak sebab aku tak perfect.. aku nie pencacai je wookksss! idop pun tak berharta! aku degil? memang aku degil.. tapi aku sedar sedikit akan kedegilan aku dah semakin merosot, korang tau kenapa? skarang bila marah, aku masuk toilet then termenung depan mirror dan ambil wudhu'... rasanya itu jalan terbaik kan? Ouwwhh, ok.. aku chow lah! sedang aku menaip aku diintai oleh seseorang.. agaknya tak sabar nak baca blog aku nie.. Okieeesss! nite!

**kata kunci -- aku masih seperti dulu cuma aku terkilan!




Anak itu...

Kesian anak itu....Semoga 'ayah' dan 'ibu'nya mendapat pembalasan setimpal didunia dan akhirat ~

Firman Allah Swt :

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Adakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya, dan dimeteraikan atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf?
Surah Al-Jathiyah ayat 23





Friday, June 3, 2011

Alisha's Birthday!

Seminggu sudaa berlalu...

28 Mei tahun nie jatuh pada hari Sabtu.. dan ianya merupakan date istimewa buat our first young lady, Cik Julita Alisha...usia dan bertambah menjadi 8 tahun ~~

Membuat sedikit jamuan kecik adalah kewajipan, biasalah si anak kecil memang suka diraikan!walopun bajet kureng tapi tetap disambut dengan ala kadar.. yang seronoknya, birthday kek alisha memang di sponsored oleh atok [my daddy] dan pn iva [miss universed oppss] hahaha! Alhamdulillah! seronoknya si kakak hanya Allah je yang tahu.. tak lupa jugak pada wadah sebab sudi melayan karenah bakal anak buahnya.. dan hadiah yang sangat disukai oleh si kakak.. [yang pelik, bee pun dapat hadiah..huhu] 


Antara makanan yang dijamu kepada para jemputan petang sabtu tuu.. walopun majlis kecik, letih gak.. sib baik, chef wan yang masak... [chef wan = my skandal okesss]
Sesi pemotongan kek petang tuu...
My skandal : melayan tetamu kecil
aku? tolong potong kek...
bee -- mungkin nyanyi lagu negaraku? hehehe
kakak -- tersenyum gembira
Wadah : bergambar ria dengan birthday girl
totoi : masih blur dengan kejadian
pakcu : served kawan-kawan yang datang
Nie my bro, doe dan wadah.. InsyaAllah, ada jodoh naik pelamin nanti! Amin..
Atas : Kek Blackforest dari atok Brian
Bawah : Kek kolam itik [erk..hehehe] dari Iva dan Najib
Antara gambar gedik dee dan wadah
My skandal dah macam orang wat keje kat kenduri kawen dah.. tuu tetamu kami jugak, Yasser dan Sue.. Incik dan puan engineer!
sukanya kakak for da' second time tiup lilin petang tuu.. si totoi dan bee berebut nak makan kolam dan itik? hehehe...
si pembuat kek tegar -- Iva dan Najib.. semoga sukses! tak sangka pandai adik aku neh buat kek deco cam tuu! segala tempahan sila hubungi klik sini 
Suka kakak.. dapat hadiah banyak! ermm.. semoga kakak menjadi anak yang solehah, dengar cakap mama, ayah dan nenek, hormat orang tua, kekalkan prestasi dalam pelajaran, jangan asyik main game je, jangan garang dengan adik-adik okesss! mama love u, kakak!